BAB 5

12 1 0
                                        

Semuanya akan baik-baik sahaja.

Entah siapa yang cuba dia bohongi. Tetapi, bukankah sepatutnya begitu? Selama dia menjadi halimunan bila harus berada dalam keramaian. Selama dia meminggirkan diri, dan terus berdiam di dalam dunia kecilnya. Miranda tahu, semuanya akan baik-baik sahaja, selama mana dia menyembunyikan dirinya dari dunia yang selalu kejam. Sekurang-kurangnya begitulah yang diharapkan.

Kata ayah, dia tak ubah dari segala sesuatu yang bermaksud kegagalan. Dan setiap kali kata-kata lelaki keparat itu berlegar-legar di fikirannya, tak kurang pula gadis itu mengukir senyuman sinis.

Entah kegagalan siapa agaknya yang dimaksudkan ayah?

Kegagalan si tua keparat yang menghancurkan keluarganya sendiri dan memilih untuk membina keluarga baru dengan seorang wanita socialite, atau kegagalan ibunya untuk berjuang hidup dengan baik membesarkan anak-anaknya meski hatinya itu telah mati lalu memilih untuk menamatkan hidupnya dengan menggantung diri di kamar, dan membiarkan anak-anaknya tumbuh dewasa dalam keadaan yang penuh penghakiman.

Entah kegagalan siapa, yah?"

"Belajarlah untuk hidup dengan baik, Miranda!"

Semudah itu ayah mengherdiknya. Tatapan kecewa yang selalu diberikan setiap kali sekolah menghubunginya kerana masalah-masalah disiplin yang tanpa niat dicetuskan. Bagaimana caranya untuk hidup dengan baik, ayah? Sedang ayah tidak pernah ada untuk mengajar? Kalau saja ayah tahu bahawa anak gadisnya itu telah lama berhenti untuk hidup. Kalau saja ayah tahu betapa lelah untuk dia tetap berjuang, bertahan dalam keadaan yang penuh kesepian. Keseorangan ketika harus melangkah dalam lorong yang gelap.

Tetapi ayah tak akan tahu kerana ayah tak pernah peduli!
.
.
.
.
.
.

"Kau tidak ikut kejohonan basket kali ni, Kook?"

Lelaki bertubuh atletis itu mendongak. Menghentikan ulangkajinya untuk menghafal segala formula matematik tambahan sebagai persediaan menghadapi ujian ulangan esok pagi. Dan disaat sosok yang menyapa itu melabuhkan punggungnya di sebelah kerusi kosong, melihat persekitaran gelanggang basket yang hampir penuh dengan para penyokong, Jungkook sekadar menggeleng perlahan.

"Kau tahu sahabatmu itu Jung." Lelaki bergigi arnab itu memuncungkan mulutnya kearah Yoongi yang sedang melakukan pemanasan badan bersama beberapa ahli pasukan yang lain sebelum perlawanan pertama dimulakan. "Dia melarangku menyertai kejohanan ini selama mana markah ujian bulananku buruk. Lalu seperti yang kau lihat sekarang, instead of joining them, aku malah harus berusaha keras untuk membaiki markah ujianku. Dasar diktator!"

Entah berapa kali pula lelaki yang lebih muda itu mendengus kesal. Dan tidak terkira pula berapa kali dia mengacak-acakkan rambutnya yang bewarna perang keemasan itu sebagai melahirkan rasa sebal dihatinya.

"Sepertinya kau bermain terlalu lama sehingga mengabaikan pelajaran kau?" Di sudut bibirnya, tergaris satu lengkungan kecil. Senyuman manis yang menurut Jungkook selalu menghangatkan. Seperti layaknya sang mentari yang selalu bersinar. Lalu tanpa sedar, Jungkook ikut tersenyum kecil.

"Bukan salahku Jung jika aku terlahir tanpa kebijaksaan seperti kau, mahupun Namjoon. Tidak kira berapa lama masa yang aku habiskan untuk belajar, hasilnya tetap sama. Mengecewakan."

Kekesalan yang terluah Jungkook membuatkan Romeo memandangnya dengan tatapan yang sukar diertikan. Lalu layaknya kasih seorang abang kepada adiknya yang sedang cemburut merajuk akan sesuatu yang dianggap sebagai ketidakadilan, lelaki itu mengacak lembut helaian rambut Jungkook. Bermaksud untuk menenangkannya, seperti Romeo sedang mengabari Jungkook bahawa semuanya akan baik-baik sahaja.

"Sepertinya tuhan itu adil Kook."

"Huh?! Maksud kau?" Namun Jungkook tetaplah Jungkook. Kalau sering mendapatkan markah ujian yang rendah tak kira seberapa lama masa yang dihabiskan untuk mengulangkaji itu dianggap adil, Jungkook benar-benar ingin merasa marah saat ini. Sebelah keningnya terjungkit, seakan meminta penjelasan.

Selamat Malam KekasihTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang