BAB 2

18 2 0
                                        

I would not wish any companion in the world but you - The Tempest
.
.
.
.
.
.

"Kau tahu Jung, aku orangnya seperti apa."

Di bawah terik matahari petang, Yoongi berdiri beberapa langkah dari tiang gol setinggi 2.75 meter itu, menghempas bola basket ke lantai gelanggang sambil tatapannya berpusat penuh kearah papan tampan dan gegelung jaring yang sepertinya sudah bersiap untuk menghadapi ancamannya. Titis keringat yang terbit dari celahan rambut hitamnya tidak dipedulikan. Pemuda itu benar-benar sedang bermandi keringat.

Romeo yang sejak tadi menghabiskan waktunya menjadi penonton terhadap kesungguhan Yoongi sebaik tamat perjumpaan rutin diantara semua ahli jawatankuasa badan pengawas, tidak dapat tidak menghela nafasnya perlahan. Sepertinya dia sudah dapat menganggak ke mana perbualan sepihak itu akan terarah.

Ah! Si Romeo hanya perlukan satu distraction dari berpuluh kekacauan dalam hidupnya, bukannya satu lagi pengertian tentang moral apatah lagi itu datangnya dari orang seperti Yoongi yang tidak selalu memiliki sesuatu yang dipanggil budi pekerti. Jadi untuk kali ini saja, benarkan si Romeo tetap diam di bangku penonton paling hadapan, mengagumi kehebatan sahabatnya itu menakluk bola dengan tangan magisnya.

"Sadist. Monster. Kau bahkan bercakap dalam bahasa yang penuh cynical."

Kekekan si lelaki tampan bergema tatkala dia melihat Yoongi menjungkitkan sebelah kening, menatapnya dengan tatapan yang terlukis dengan sebuah pengkhianatan.

"Come on, Jung!" Mata kucing Yoongi kembali tertumpu ke papan tampan. Dengan hanya menggunakan tenaga yang tersisa selepas beberapa jam berlatih dengan bersungguh untuk acara kejohanan bola keranjang antara sekolah yang akan berlangsung dalam masa beberapa hari lagi, bola yang dilantun sebentar tadi akhirnya di campak masuk ke dalam gegelung jaring. "Apa aku benar-benar seburuk itu dimata kau?"

Seraya itu Romeo menepuk kedua belah tangannya. Lantas dia berdiri sambil membuka satu persatu butang kemeja sekolahnya sebelum melepaskannya di atas bangku bersama beg dan barangannya yang lain, menyisakan hanya sehelai tank top hitam untuk membaluti tubuh rampingnya. Perlahan si lelaki tampan merapati sahabatnya yang sedang terbaring kelelahan di lantai gelanggang. Jangan lupakan kesungguhan Yoongi dalam satu-satunya sukan yang digemarinya itu dan bagaimana dia menghabiskan seluruh waktunya di gelanggang basket sejak beberapa minggu yang lalu.

"Kau tahu aku tidak bermaksud apa-apa. Kau malah sahabatku yang paling baik, hari ini dan selamanya."

Yoongi memejamkan matanya. Wajah datarnya dengan baik dapat menyembunyikan perasaan senangnya ketika mendengarkan kata-kata itu. Selamanya. Ya dia menyukai idea tentang 'selamanya' itu. Lalu, sudah tentu si monster akan melakukan apa saja untuk terus menjaga sosok mataharinya.

"Jadi mari dengarkan kata-kata sahabat kau yang paling baik ini, dan menurutlah tanpa apa-apa bantahan."

"Kalau percakapan kita ini terarah kepada Taehyung, kau tahu apa jawapan aku kan?" Romeo memutar malas bebola matanya. Entah apa yang difikirkannya tatkala bola basket yang sedang pegun di satu sudut gelanggang itu dicapai sebelum dilantunkan menghempas lantai beberapa kali. Bola itu kemudiannya dicampakkan ke gegelung jaring. Lalu seperti yang dijangka, bola itu jatuh semula ke lantai tanpa melalui jaring seperti layaknya permainan basket yang lain.

Oh, ayuhlah! Bukankah kita semua tahu betapa teruknya kombinasi lelaki yang kononnya cukup sempurna itu dengan mana-mana sukan yang pernah wujud di muka bumi. Si Romeo bahkan tidak mampu membaling bola besbol melebihi 2 meter, atau bermain bola sepak melebihi 2 minit tanpa memalukan dirinya sendiri.

Selamat Malam KekasihTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang