BAB 4

12 2 0
                                    

'Don't judge me if you don't know my story'- Anonymous

.
.
.
.
.
.

"Rakan-rakan sekelasnya setuju mengatakan dia itu psiko. Kau tahu, wristbandnya di tangan kiri itu diguna pakai untuk menutup parut-parut kelaran suicide attempt nya."

"Siapa?"

"Pelajar baru dalam kelas sastera itu."

"Begitukah? Sayang sekali paras rupanya boleh dianggap cantik. Cantik tapi gila?"

Hahaha!

"Cantik?! Tubuhnya kurus seperti pesakit anorexia. Seperti tulang-tulang yang bergerak. Mana mungkinlah yang seperti itu boleh dianggap cantik. Jika kau berikan dia pada seekor anjing, belum tentu juga anjing itu mahukannya."

"Bukankah anjing sangat menggemari tulang sepertinya?"

"Boleh dianggap dia malah lebih buruk dari tulang-tulang yang digemari anjing."

"Hei, jangan lupa khabar-khabar angin yang terkait dengannya!"

"Maksudmu?"

"Bukankah rakan sekelasnya mengatakan bahawa dia memiliki haruman khusus semirip bauan kuburan?"

"Kenapa begitu? Adakah dia pengamal ilmu hitam?"

"Mungkin juga. Ada orang mengatakan ibunya korban bunuh diri. Black magic went wrong?"

"Erghh. Bukankah itu mengerikan?"

"Tell me about it. Kau tahu siapa rakan sebiliknya?"

"Aku rasa dia tidak memiliki rakan sebilik. Jadi cerita tentang dia selalu bercakap sendirian itu benar? Adakah ketika itu dia sedang bercakap dengan makhluk-makhluk yang kita tidak nampak?"

"Hantu?"

"Iya! Padanlah tubuhnya kurus. Aku rasa dia memberi makan syaitan dan iblis belaannya menggunakan darahnya sendiri. Benarkah ibunya korban bunuh diri? Bagaimana kalau sebenarnya ibunya itu dibunuh oleh syaitan yang kelaparan?"

"Ini gila, kau tahu?!"

Hahaha!
.
.
.
.
.
.

Kerana kata-kata hinaan yang terlempar kepadanya lebih menyakitkan dari luka-luka sayatan di pergelangan tangannya, kerana khabar-khabar angin yang akhirnya membuatkan dia terlihat buruk oleh mata-mata yang selalu menghakimi, Lalisa Miranda memilih untuk menghabiskan masanya di gudang lama itu. Melukis dan terus melukis setiap figura yang sempat terakam di matanya.

Sehinggalah pada satu saat, seretan pintu gudang yang terdengar sangat mengilukan membuatkan konsentrasinya terhadap lakaran di sketch book nya itu terganggu.

"Kau?!"

Sosok pujaan hati setiap gadis di sekolah itu terlihat sangat kacau. Menatapnya dengan penuh kesenduan. Miranda menghela nafasnya kesal. "Bukankah ini masih terlalu pagi untuk menuntut janji Tuan Jung."

Romeo melangkah, marapati Miranda yang sedang duduk di atas longgokan kerusi-kerusi yang sudah tidak diguna pakai. Lalu tanpa amaran, mendakap gadis itu yang masih di dalam seragam sekolahnya. Membenamkan wajah tampannya ke leher Miranda yang sedang terpaku. Tidak habis fikir dengan kelakuan semberono lelaki pujaan setiap gadis di sekolah itu.

"Apa kau baik-baik saja?" Pertanyaan itu dibiarkan sepi tanpa jawapan. "Kau tahu aku masih belum membersihkan diri sejak kelmarin. Aku malah masih di dalam seragam sekolah. Apa tubuhku tidak berbau aneh?"

Selamat Malam KekasihWhere stories live. Discover now