KEESOKAN HARINYA
yerin bersiap-siap untuk ketempat kerjanya memandangkan dia tidak dapat berjumpa dengan abangnya semalam .
tiba-tiba seseorang mengetuk pintu biliknya .
"masuklah ."
jungkook masuk kedalam bilik yerin sambil membetulkan kolar bajunya .
"ouhh , awak dah siap dah ?" soal yerin .
"hm , btw tolong pakaikan necktie niey . susah pulak ." balasnya .
yerin tersenyum padanya .
selalunya pndai je jungkook pakai necktie sendiri tapi tiba-tiba dia minta tolong pakaikan .
yerin menuju kearah jungkook lalu mengikat tali lehernya .
jungkook hanya memerhatikan wajah yerin yang cantik itu .
cantik pulak yerin bila berpakaian sebegini .
yerin telahpun siap memakaikan tali lehernya namun jungkook masih termenung memandangnya .
yerin mengangkat sebelah keningnya .
"jungkook ?"
jungkook mengebilkan matanya bru tersedar dari lamunannya .
"em o-okaylah kau dah siap ke ? aku dah lambat nak pergi kerja ni ." katanya .
yerin mengambil beg tangannya lalu tersenyum .
"dah , jum ?" yerin menadah tangannya ingin dipegang oleh jungkook .
jungkook yang sedikit teragak untuk memegang tangannya akhirnya mengalah .
mereka berdua berpegangan tangan memasuki kereta menuju ke tempat kerja yerin .
................
jungkook sedang sibuk memandu sementara yerin hanya memandang keluar tingkap menikmati pemandangan . tiba-tiba telefon jungkook berdering . dia segera menoleh kearah jungkook .
jungkook mengangkat panggilan tersebut masih memandu .
"ye , sekejap lagi aku sampai . aku hantar isteri aku pergi tempat kerja sekejap ." balasnya .
yerin tersipu malu apabila terdengar ungkapan "isteri" dari mulut jungkook .
tiba-tiba dia terlihat jungkook memakai cincin perkahwinan mereka . dia sedikit terkejut namun tidak lama selepas itu tersenyum sendiri .
nampaknya jungkook dah boleh bukakan hati untuknya .
jungkook telahpun menamatkan panggilan apabila tiba-tiba dia terlihat yerin tersengih seorangan .
"dah kenapa tersengih macam kera busuk ni ?" soalnya pelik .
"o-ouh hahaha takde pape ." balasnya memandang tempat lain .
jungkook hanya mengerutkan dahi pelik melihat perangai yerin itu lalu fokus memandu semula .
jungkook telahpun sampai dihadapan bangunan yonghwa . yerin terus mencapai beg tangannya dan ingin keluar namun jungkook menarik bajunya .
"ouk , kenapa ?" soal yerin .
"balik nanti aku tak tahu boleh jemput kau ataupun tak . nanti apa-apa aku call kau . jangan tak angkat phone pulak ." katanya .
yerin mengangguk .
"okay ."
"another thing ."
"what ?" soal yerin lagi .
jungkook mendekatkan wajahnya perlahan kearah yerin .
yerin segera menutup matanya perlahan apabila merasakan jungkook ingin mencium bibirnya namun tiba-tiba jungkook mengambil sesuatu dirambutnya .

YOU ARE READING
SWEET REVENGE { JK FF | DARK GENRE } ✓
Fanfictionjungkook yang merupakan seorang doktor mengahwini kawan kepada mendiang teman wanitanya , jung yerin hanya untuk membalas dendam kerana beranggapan yerin merupakan punca mendiang teman wanitanya mati kemalangan dan merancang untuk menyeksa hidupnya...