5 HARI KEMUDIAN
jungkook pulang daripada rumah selepas berjumpa dengan jimin tentang urusan kerja .
tiba-tiba dia terlihat yerin yang sedang sibuk memasak . dia berjalan kearahnya .
yerin yang sedar akan kehadirannya masih tidak menghiraukannya . sudah 5 hari yerin tidak menyapanya membuatkan jungkook merasa kekosongan .
entah kenapa dia berasa sedih apabila dilayan begitu .
"kau masak apa tu ?" soalnya .
"sup ayam ." balas yerin tidak memandangnya .
jungkook hanya mengangguk dan melihat yerin memasak sup ayam tersebut lalu dia mengerutkan dahi .
"macam tu ke kau masak sup ?" soalnya .
yerin mengerutkan dahinya .
salah ke cara dia memasak ?
jungkook menggelengkan kepala langsung masuk kedapur .
"sini bagi aku buat ." katanya berdiri disebelah yerin . yerin hendak keluar daripada dapur tersebut namun jungkook menghalang jalannya .
"kau nak pergi mana ?" soal jungkook .
"awak kata awak nak buat . awak buatlah , saya nak buat kerja lain ." balas yerin langsung hendak pergi namun jungkook masih menghalang jalan .
"nope , kau kena tengok aku masak sup niey . kalau tak sampai bila-bila kau tak tahu masak benda senang ni ." kata jungkook membuatkan akhirnya yerin mengalah jua .
sebenarnya yerin masih terasa dengan apa yang dikatakan oleh jungkook pada tempoh hari .
kenapa jungkook perlu melayannya dengan baik dan memberikannya peluang untuk menaruh harapan kalau jungkook tidak pernah menganggapnya seperti seorang isteri ?
jungkook mula memasak dan memotong sayur . yerin hanya memerhati gerak gerinya apabila tiba-tiba jungkook memberikannya pisau .
"nah , potong ."
yerin memandangnya keliru .
"potong apa ?" soalnya .
"potong sayurlah takkan potong jari kau pulak ." sinisnya .
"o-ouh...."
yerin mula memotong sayur tersebut namun teknik potongannya sedikit kekok membuatkan jungkook tidak berpuas hati .
"kalau macamni sampai esok pagi pon tak siap . sini aku ajar ." jungkook memegang tangan yerin cuba mengajarnya memotong dengan betul dari belakang .
yerin sedikit terkejut namun hanya mendiamkan diri .
"potong kecil-kecil macam ni . pastikan potongan tu kemas dan cara kau pegang pisau tu betul ." kata jungkook sedikit tekun manakala yerin kelihatan kekok . jantungnya daripada tadi tidak berhenti-henti berdegup laju . pipinya sudah mula naik merah padam . dekat betul jungkook padanya .
"yah yerin-sshi , kau dengar tak apa aku cakap ni ?" soal jungkook apabila yerin hanya mendiamkan diri .
"a-ahh nae . um saya boleh buat kerja ni sendiri . awak pergilah berehat-" yerin hendak beredar daripada situ namun jungkook memusingkan badan yerin menghadapnya dan meletakkan kedua-dua tangannya di atas meja diantara yerin menguncinya daripada melarikan diri .
jungkook merenung anak matanya lama .
"hey....kau masih marah lagi ke dengan apa yang aku cakapkan haritu ?" soalnya dengan nada lembut .
yerin memandang tempat lain .
"t-takdelah . lagipon buat apa saya nak marah , saya tak sepatutnya mengharapkan sesuatu yang tak pasti . awak tak salah apa-apa ." jelas yerin menipunya .
YOU ARE READING
SWEET REVENGE { JK FF | DARK GENRE } ✓
Fanfictionjungkook yang merupakan seorang doktor mengahwini kawan kepada mendiang teman wanitanya , jung yerin hanya untuk membalas dendam kerana beranggapan yerin merupakan punca mendiang teman wanitanya mati kemalangan dan merancang untuk menyeksa hidupnya...