EPS 2

112 9 0
                                    

jungkook berbisik ditelinga yerin lalu mengatakan sesuatu yang membuatkan hati yerin hancur setelah mendengarnya .

"aku sampai ke tahap ni pon hanya semata-mata untuk membalas balik seegala perbuatan kau terhadap mendiang teman wanita aku ."

yerin mengebilkan matanya berkali-kali sambil berkerut dahi . dia tidak percaya yang jungkook sanggup berbuat demikian .

"t-tapi awak cintakan saya , kan ?" soal yerin lagi .

jungkook tergelak sinis .

"kau ni mmg bodohkan ? aku tak sangka kau akan percaya dekat aku sehingga sanggup terima perkahwinan ni ." balas jungkook gembira melihat riak wajah yerin yang ketakutan sekarang ini .

"j-jadi semuanya hanya lakonan semata-mata supaya saya dapat berkahwin dengan awak ?" teka yerin .

"ye sayang , dengan cara ni je aku mampu seksa hidup kau bagi pihak lisa ." balas jungkook lagi sambil menyelit rambut yerin kebelakang telinganya .

"t-tapi apa s-salah saya ?" soalnya lagi masih keliru apa salahnya terhadap lisa . cukuplah betapa terseksanya diri dia setelah kematian sahabat rapatnya itu .

jungkook mencapai tangan yerin kasar lalu menunjukkan parut ditangannya .

"kau ingat parut ni ? parut yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya 3 tahun yang lepas ?"

yerin mendiamkan diri . apa kena mengena kemalangan jalan raya tersebut dengan keadaan yang berlaku sekarang ini ?

"disebabkan kau , orang yang aku cintai mati dalam kemalangan tu ! kau punca dia mati kau faham tak !?" tengking jungkook lalu menarik rambut yerin kasar .

"akk-"

"kalau kau tak bawak dia pulang kerumah haritu , semuanya takkan jadi mcmnilah ! dia takkan mati !" sambungnya .

kali ini yerin hanya mampu mendiamkan diri . sgala memori tentang kejadian tersebut mula segar diingatannya semula .

"kenapa bukan kau yang mati ? kenapa perlu DIA !????" kata jungkook sekali lagi melepaskan segala amarahnya terhadap yerin .

sudah lama dia ingin mengatakan perkara ini pada yerin . betapa bencinya dia pada yerin kerana merampas kebahagiaannya . kalau bukan kerana dia , majlis perkahwinan dia dan lisa telah pun berlangsung 3 tahun yang lepas namun semuanya hancur dek kerana kecuaiannya membawa kereta sehingga mengakibatkan kemalangan yang teruk .

yerin terduduk mendengar segala penipuan dan kebenaran pada hari ini . dia tidak mampu berkata-kata kerana dia juga berasa serba salah terhadap kemalangan yang menyebabkan sahabatnya mati .

jungkook melihat yerin yang mengalirkan air mata sambil terduduk kaku dibiliknya .

"aku nak kau keluar dripada bilik aku . sekali lagi kau melangkah masuk dalam bilik ni , aku akan buat lebih teruk dripada sekarang ni faham !" arah jungkook tegas .

yerin bangun dengan perlahannya lalu beredar keluar dri bilik jungkook .

jungkook mmndg gambar mendiang teman wanitanya lalu melihat cincin perkahwinan dijarinya .

"ini jalan yang terbaik untuk membalas perbuatan dia terhadap awak , lisa . saya akan pastikan dia rasa apa yang saya rasakan . saya berjanji ." kata jungkook dingin .

................

yerin masuk kedalam biliknya setelah keluar dri bilik jungkook . dia terduduk diatas katil masih tidak percaya tentang perkara yang bru sahaja terjadi tadi .

patutlah setelah berkahwin jungkook mula bersikap dingin terhadapnya . rupanya perkahwinan ini hanya atas dasar dendam jungkook terhadapnya . betapa bodohnya dirinya kerana mudah jatuh cinta pada jungkook . selama ini dia fikirkan jungkook betul-betul ikhlas dengan perasaannya namun ianya hanya satu penipuan demi mencapai hasratnya .

SWEET REVENGE { JK FF | DARK GENRE } ✓Where stories live. Discover now