yerin memandang jungkook yang daripada tadi berdiri merenungnya lama .
dah kenapa pulak jungkook heret dia ke rooftop ? apa yang penting sangat ?
"kenapa doktor bawak saya kesini larut malam macam ni ? ada hal penting ke yang doktor nak cakap ?" soal yerin namun tiada jawapan .
jungkook masih mendiamkan diri .
"okay nevermind , kalau takde perkara penting yang doktor nak cakap saya pergi dulu-"
"sebenci ini ke awak terhadap saya , jung yerin ?" kata jungkook membuatkan langkahnya terhenti .
"saya tahu kesilapan saya tak dapat dimaafkan tapi semua manusia buat kesilapan . saya cuma seorang manusia biasa yerin . jadi perlukah awak bertindak sejauh ni ?" sambungnya lagi .
yerin pusing menghadapnya semula .
"apa yang awak cakapkan sekarang ni hah ? saya tak faham ." soalnya .
"perlu ke awak tipu saya....saya tahu saya tak berhak jadi suami awak , tapi sekurang-kurangnya saya berhak tahu yang sebenarnya jung areum tu adalah anak kandung saya !" balas jungkook membuatkan yerin terkejut .
jadi rahsianya telah terbongkar ?
"a-apa awak cakapkan ni ? itu anak saya dengan yonghwa lah-
"jung yerin !" jungkook memegang kedua-dua bahu yerin .
"tolong.....tolong jangan tipu saya lagi . awak tahu semua tu tak benar jadi kenapa awak perlu tipu diri sendiri ?" katanya dengan nada perlahan .
yerin terus menepis tangan jungkook kasar sambil mengalirkan air matanya .
"ya ! saya tipu diri saya sendiri ! ya memang areum tu adalah anak awak . puas ?!" kata yerin dengan nada marah .
jungkook mendiamkan diri seketika .
"awak tahu tak apa yang saya lalui 5 tahun yang lepas tanpa awak ? saya hampir separuh mati melahirkan areum walaupun pada waktu itu saya memerlukan awak disisi saya . dan ya , saya bencikan diri saya sendiri sebab masih tak boleh buang awak dari fikiran saya . saya benci sebab walaupun awak dah buat saya macam-macam , saya masih berharap yang awak akan berubah ." sambungnya masih mengalirkan air mata .
jungkook berasa amat bersalah padanya .
dia betul-betul telah menghancurkan hati wanita yang dicintainya .
"jadi bagitau saya sekarang , berhak ke awak bergelar seorang ayah kepada anak saya ?" kata yerin memandang jungkook lemah .
jungkook mengalirkan air matanya .
"saya tahu sepanjang perkahwinan kita , saya banyak lukakan hati awak dan saya menyesal sehinggakan saya hampir hilang tujuan hidup tapi saya tahu , itu takkan mengubah apa-apapun . cuma saya nak awak tahu yang saya betul-betul minta maaf pada awak . saya juga menyesal sebab lambat menyedari betapa sayangnya saya pada awak , jung yerin ." balas jungkook .
YOU ARE READING
SWEET REVENGE { JK FF | DARK GENRE } ✓
Fanfictionjungkook yang merupakan seorang doktor mengahwini kawan kepada mendiang teman wanitanya , jung yerin hanya untuk membalas dendam kerana beranggapan yerin merupakan punca mendiang teman wanitanya mati kemalangan dan merancang untuk menyeksa hidupnya...