ᵇᵘⁿᵍᵃ ʸᵃⁿᵍ ᵗᵉʳᵃᵏʰⁱʳ
sekujur tubuh yang terduduk diatas kerusi roda menghadap kearah cermin kaca menghiasi dengan hujan renyai-renyai, zafri dekati. lantas kedua bahunya zafri elus lembut.
"abang." serunya bersama senyuman terukir dibibirnya sebaik saja pandangan matanya dihala kearah zafri. melihat senyuman lebar itu, zafri jadi turut tersenyum sama.
kerusi roda itu zafri pusingkan agar tubuh kecil itu zafri hadapkan kearahnya. sekaligus zafri pegang erat tangannya yang sejuk itu.
"mama kata sayang tak makan lagi. kenapa tak dengar cakap ni?" nada zafri sedikit tegas namun tak adalah keras mana. tak tega zafri nak memarahi isteri yang sekaligus menjadi wanita terkahirnya itu.
"sara nak tunggu abang balik... nak makan sama-sama." senyuman masih tak lekang dari bibirnya. satu tangan dilepaskan dari genggaman zafri sebelum naik mengusap lembut pipi suaminya.
"kan abang dah kata jangan tunggu abang makan. abang tak nak--" jari yang sejuk dihalakan kearah bibirnya itu mematikan bicaranya.
"abang." serunya lagi dan tak semena-mena air matanya tumpah mengenangkan nasib menimpa mereka.
laju zafri melutut, menyamai ketinggian mereka. kali ini kedua tangannya naik menyeka air mata hangat itu.
"abang tak sukalah sayang nangis macam ni." zafri cuba mencari anak mata yang kini sudah dibanjiri dengan air mata. zafri memang tak suka bila mana mata itu dibasahi dengan air mata. sama ada oleh kerananya ataupun bukan. melihat air mata itu, zafri boleh rasakan sakit yang mencengkam didadanya.
"abang pernah tak dengar perkataan ni... not all stories have a fairy tale ending. dalam hidup ni tak ubah samanya macam buku cerita yang direka. ada yang happy dan ada yang sebaliknya. tapi kisah kita ada diantara dua tu--"
zafri menggeleng kepala. tidak mahu isterinya meneruskan perkataan itu. dia tak sanggup dan belum dapat menerimanya lagi.
sara menyentuh kedua tangan yang sedari tadi tidak habis menyapu air matanya yang tiada kesudahan mengalirnya. dia tahu lelaki itu sayangkan dirinya. perit untuk ditelan namun ianya nyata. penyakit barah otaknya itu sudah tiada penawarnya cuma hanya bergantung kepada beberapa ubat-ubat yang diberi sahaja.
"sara sayang dan cintakan abang. ya, memang asalnya cerita kita dulu childish. tapi..." sara berhenti seketika dan ketawa kecilnya bergema mengingati titik permulaan perkenalan mereka dulu.
"tapi abang masih setia disisi sara walaupun berkali sara tolak tapi abang masih degil nak kenal dengan sara. sepuluh kali sara tolak, seribu satu alasan abang cari hanya untuk nak dekat dengan sara."
zafri turut sama tersenyum bila mengimbas kembali kisah mereka. apa yang sara katakan itu ada benarnya. kisah mereka sangat childish. mana mungkin zafri boleh lupakan seorang wanita yang sudah separuh mengawal perasaan dan sekaligus hatinya siang dan malam.
"abang ingat semua tu. masa sayang tolak abang tu, abang rasa kecewa tapi abang tak pernah putus asa. now, lihatlah... sayang ada dengan abang." ujar zafri dengan bangganya.
bunga yang susah untuk didekati itu kini menjadi miliknya. kalau dulu bunga itu tajam untuk disentuh sekarang bunga itu tak setajam dulu kerana setiap kelebihan dan kelemahan bunga itu, zafri sudah tahu.
kring!
"selamat datang... huh!" sara mengeluh kecil tatkala melihat gerangan yang tiba dihadapannya itu.
"hai!" zafri melambaikan tangan kearah sara bersama sebingkis senyuman diwajahnya. fikirannya sudah diracuni oleh wanita itu sehingga buat malamnya tak tenteram. wanita itu juga acap kali muncul didalam mimpinya. setentunya ianya adalah indah belaka.
"nak beli bunga ke nak petik bunga?" usik hasya merangkap sepupu kepada sara dan juga sekaligus pekerja sara.
zafri tertawa kecil mendengar. tak boleh dikira dengan jari berapa kali dia jejak dekat kedai bunga tersebut. tujuannya hanya satu... maisara ayesha.
"dua-dua sekali saya nak." selamba zafri berkata tanpa ada rasa malu. wanita yang sedari tadi tak berganjak memandangnya itu didekati namun kaunter dihadapan menghalangkan jarak dekat diantara mereka.
"uit! tak nak pandang cik abang ke?" usik hasya lagi seraya mencuit siku sara sambil munungnya mencerlung kearah zafri yang sedari tadi tak mengalihkan anak matanya dari terus menatap wajah ayu milik sara.
"ish! jangan kacau akulah hasya! kalau kau nak, kau pergi layan dia. aku banyak benda nak kena buat ni." bisik sara namun bait bicaranya itu masih kedengaran oleh zafri.
zafri tahu sangat sikap endah tak endah wanita itu. itu juga merupakan salah satu sebab kenapa zafri suka dengan sara. bunga itu susah untuk didekati dan bunga itu jarang juga ditemui mana-mana tempat. jadi, keputusan zafri memang tak salah memilih sara jadi teman hidupnya.
"garangnya my sara ni."
berdesing telinga sara mendengar. telinganya tidak pekak untuk membezakan maisara dengan my sara.
"maisara bukannya my sara." tekan sara dan satu jelingan pedas diberi kepada lelaki dihadapan kaunter itu.
"sama je bunyinya."
hasya yang menjadi orang ketiga itu sudah kembang kempis mendengar. wanita mana tak cair dengan lelaki seperti zafri ni? bukannya hasya tak tahu sikap sepupunya yang susah untuk didekati itu. bukan hanya zafri yang datang dengan niat nak berkenalan dengan sara, cuma hasya rasakan zafri ini lain daripada yang lain. tak pernah mengalah walaupun berkali-kali sara menolaknya.
"awak ni macam saljilah."
sara sudah mengerut dahi. entah apa yang lelaki itu ucapkan dia tak mengerti langsung. kekadang lelaki itu akan ungkapkan sesuatu benda yang sara sendiri sukar untuk tafsirkan. pelik. sangat pelik.
"beautiful yet cold."
sara mula mencebik mendengar namun hatinya kian berdebar dengan perkataan pendek dan penuh bermakna itu.
"sudahlah encik. kalau encik taknak beli bunga, baik encik--"
"kan saya dah kata nama saya zafri." potong zafri. haih! susah betul nak dapatkan bunga yang satu ini.
"baiklah encik zafri." tekan sara lagi membuatkan zafri tertawa kecil mendengar. suka pula tengok wajah memerah wanita itu.
"you have got something what they don't."
melentok-lentok kening sara buat kedua kalinya. lelaki ini memang pelik bagi sara. sehingga sampai satu tahap sara ingatkan lelaki itu adalah pisiko.
"macam biasa... saya nak bunga daisy." matanya tidak lari dari memandang anak mata sara yang kini sudah merenungnya dengan pelbagai seribu satu soalan bermain dikotak fikirannya.
seperti selalunya, zafri tak akan pulang dengan tangan kosong. pulangnya bersama sebatang bunga daisy. namun tanpa zafri sedari dia melukakan sekeping hati bersama soalan yang penuh tanda tanya.
ᴠᴏᴛᴇ, ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ & sʜᴀʀᴇ.
ᴛʜᴀɴᴋ ʏᴏᴜ.
YOU ARE READING
bunga yang terakhir ©
Romance"sayang sentiasa cantik dimata abang. dari pertama kali kita berjumpa, abang tak lepas pandang mata sayang. betullah orang kata, worlds change when eyes meet. masa tu abang yakin sayanglah wanita yang abang tercari-cari selama ini. walaupun waktu tu...