10

165 21 0
                                    

ᵇᵘⁿᵍᵃ ʸᵃⁿᵍ ᵗᵉʳᵃᵏʰⁱʳ

[joey + rory; when i'm gone.]

sedikit demi sedikit susuk tubuh keluar dari pagar tanah kubur tersebut cuma hanya tinggal zafri dan sekeluarga saja yang tinggal. ramai juga yang ucapkan takziah atas pemergian sara petang itu.

"zafri, kamu taknak balik ke?" soal walidnya.

zafri mengukirkan senyuman pahit sebelum menggeleng kepala. mama sara sedari tadi hanya diam. satu-satunya anak yang dia ada kini sudah tinggalkan dia.

 "umi dan walid balik dulu. zafri jangan balik lewat."

zafri hanya mengangguk lemah.

usai itu umi dan walidnya pulang. beberapa minit kemudian mama dan papa arwah isterinya meminta diri sebab nak sediakan majlis tahlil untuk malam nanti.

zafri mengusap batu nisan yang terpacak diatas tanah yang memerah itu. rasa tak percaya dengan apa yang sudah terjadi. baru pagi tadi sara berjanji kepadanya.

"sara cuma nak cakap yang hanya abang dihati sara buat sekarang ni dan selama-lamanya. sara cintakan abang."

zafri merungkaikan pelukan mereka. rasa berat hati nak tinggalkan sara dirumah walaupun ibu mertunya akan menjaga sara. tapi entah hatinya rasa berat bila melihat keadaan sara itu.

"walaupun abang banyak kali cakap benda ni... abang nak sayang tahu bahwa abang sentiasa cintakan sayang sepenuh hati abang. sayang kena tahu, sayang adalah tempat kegembiraan abang. bila sayang hilang, bermakna seluruh hati abang ada bersama dengan sayang." ujar zafri sejurus menyeka air mata sara.

"abang pergilah. nanti pekerja abang bising pula bila majikan diaorang tak datang tepat masanya."

semakin berat hati zafri hendak meninggalkan sara seperti rasanya itu adalah kali terakhir dia akan berjumpa dengan sara.

"sara tak akan tinggalkan abang." bicara sara sekadar menyedapkan hati suaminya. walhal hakikat dia sendiri tahu akan benda itu.

"janji tak tinggalkan abang? abang rasa berat hati nak keluar hari ni--"

"tak apa. mamakan ada dengan sara. kalau ada apa-apa pun mesti mama call abang dulu. abang jangan risau. tengah hari ni sara masakkan kegemaran abang."

"okeylah kalau macam tu. masak nanti minta tolong dekat mama. jangan lasak sangat." sempat lagi zafri berpesan.

"okey, bos!" tabik sara bersama sebingkis senyuman terukir. zafri menghulur tangan sebelum sara secepatnya mencapai tangan tersebut dan dicium lama.

"i love you, abang."

"i love you more." dahi sejuk itu dikucup sebelum beredar keluar dari bilik.

"assalamualaikum sayang. abang dah rindukan sayang." zafri tertawa kecil namun sekejap saja sebaik saja esakkannya mula terlepas dari mulutnya. bahunya terhenjut-henjut sambil menunduk memandang tanah merah tersebut.

"abang dah tak tahu nak buat apa selepas ini. sayang dah bawa sepenuh hati abang dan sekarang abang rasa buntu. bukannya abang tak dapat terima tapi--" zafri menggigit bibirnya sebelum kedua kelopak mata dipejam rapat.

"sayang dah bawa pengaruh besar dalam hidup abang. sayang buatkan abang sedar erti makna hidup. abang tak jemu bila tiap kali sayang manja dengan abang. abang suka bila sayang merajuk sebab tak dapat apa yang sayang nak. abang minta maaf... abang minta maaf sebab pernah tinggikan suara dekat sayang."

"kalau abang tahu benda ni akan terjadi hari ini juga, abang tak akan lepaskan sayang. abang sanggup terlepas projek tu sebab abang tak sanggup hilang sayang."

zafri menyeka air matanya sebelum senyumannya diukir.

"abang kena balik dulu. sayang tenang dekat sana. tunggu abang. abang cintakan sayang. assalamualaikum." usai itu, zafri kembali pulang ke rumah persendiriannya bersama sara yang kini hanya tinggal dirinya saja.

kelihatan ramai orang yang hadir sudi membacakan surah yassin buat sara. keluar saja dari perut kereta hampir seluruh mata memandang kearahnya dan rata-ratanya memandangnya dengan riak simpati.

lihat saja keluarganya sibuk buat kerja, laju zafri masuk kedalam bilik. menganti bajunya sebelum membantu apa yang patut. niatnya tergendala sebaik saja telihat kerusi roda yang selalu sara duduki. disitu ada sejambang bunga daisy bersama sekeping kad putih.

sejambang bunga daisy tersebut dicapai. kad putih tadi dibawa menuju kearah katil. punggung dihenyak perlahan dibirai katil sebelum kad tadi dibuka.

'may the flowers remind us why the rain was so necessary.'

berkerut dahi zafri. dibaca sekali lagi kad tersebut sehinggalah air matanya buat sekian kalinya mengalir.

"abang ni diibaratkan air hujan dan sara pula diibaratkan seperti bunga."

"maksud? abang tak faham."

sara meletakkan kepalanya diatas bahu zafri pandangannya dihala kearah cermin kaca yang masih belum kering dari air hujan semalam.

"bunga tak dapat hidup tanpa adanya air. kalau tak ada air, bunga matilah. jadi bunga ni perlu ada dengan air. macam apa yang sara katakan tadi... abang air dan sara bunganya. air hujan yang membasahi bunga sehinggalah dia mekar."

"pandai juga isteri abang ni buat katakan. belajar dari mana, hm?"

"sara belajar dari buku quotes yang abang beli sebelum kita kahwin." sara tersenggih menampakan gigi baris putihnya.

zafri tersenyum sendiri bila mengimbas kembali kisah lamanya bersama sara.

"abang pernah tak dengar perkataan ni... not all stories have a fairy tale ending. dalam hidup ni tak ubah samanya macam buku cerita. ada yang happy dan ada yang sebaliknya. tapi kisah kita ada diantara dua tu..."

"tak semua cerita berakhir dengan kegembiraan... sekarang sayang dah tinggalkan abang. abang redha semua tu. kita jumpa disana nanti sayang. abang sayangkan sayang... sangat-sangat." kad putih tadi dikucup lama bersama air mata berlinangan yang tiada henti-hentinya.

ᴛʜᴇ ᴇɴᴅ.
ᴛʜᴀɴᴋ ʏᴏᴜ ғᴏʀ ʀᴇᴀᴅɪɴɢ ᴜɴᴛɪʟ ᴛʜᴇ ʟᴀsᴛ ᴄʜᴀᴘᴛᴇʀ ᴏғ ʙᴜɴɢᴀ ʏᴀɴɢ ᴛᴇʀᴀᴋʜɪʀ.

bunga yang terakhir ©Where stories live. Discover now