ᵇᵘⁿᵍᵃ ʸᵃⁿᵍ ᵗᵉʳᵃᵏʰⁱʳ
perlahan kerusi roda dinaiki sara, zafri tolak masuk kedalam bilik beradu mereka. tak sabar zafri nak tunjukkan kejutan untuk sara.
"abang, lama lagi ke?" soal sara sambil meraba-raba tangan zafri. sudahlah tadi dia ditinggalkan diruang tamu selama sejam lebih sementara lelaki itu berada didalam bilik mereka dan sekarang matanya sudah ditutup dengan kain berwarna merah. itu semua zafri yang minta, sara hanya turutkan saja.
"kejap. sayang jangan buka dulu."
berkerut dahi sara tatkala halwa telingannya menangkap seperti bunyi tapak kaki berlari sana-sini. tak semena-mena hatinga jadi gugup.
"abang--"
"jangan buka dulu!" dari jarak laungan suara itu, sara tahu lelaki itu jauh darinya. semakin berdebar jantung sara menunggu.
sekali lagi sara terdengar seperti bunyi tapak kaki berlari dan kini bunyi tersebut seperti berhenti dibelakangnya. sesaat, kerusi rodanya itu mula bergerak.
"wait! jangan buka dulu!"
sara mencebik. ada-ada saja perangai zafri itu.
pandangannya yang gelap tadi kini dijamah dengan satu meja bulat. ditengah-tengahnya ada lilin menyala dengan api kecil. juga diisikan dengan beberapa pinggan berisikan makanan namun dihadapan pinggannya cuma ada bubur sayur saja dan air putih.
"surprise!" seraya itu laju zafri mengambil tempat dihadapan sara.
"lain kali tak payah buat semua ni. membazir dan buang masa saja. abang tahukan sara tak suka kejutan?"
"if it's make you happy, then it's not a waste of time. abang buat semua ni sebab abang tahu sayang suka benda-benda macam ni. please, jangan tolak lagi apa yang abang beri." zafri tersenyum lebar tatkala mengucap apa yang terzahir dalam hatinya. sungguh dia sangat bahagia saat itu dikala insan yang dia sayangi turut merasakan bahagia itu.
lantas sara turut tersenyum. dia memang suka akan keadaan begitu. itu adalah satu-satunya impian yang dia inginkan bersama lelaki yang bergelar suami. tak semena-mena air matanya mula bergenang.
"buat susah abang je." ujar sara bersama air mata mengalir membasahi pipinya.
"janganlah nangis. abang buat semua ni untuk kita berdua. tak susah mana pun. apa yang abang buat untuk sayang tak susah. abang akan rasa susah kalau abang tak buat apa-apa langsung untuk sayang." zafri menghulurkan tangannya lalu menyeka air mata sara.
"terima kasih, abang." ucap sara masih dalam perasaan teruja.
"sama-sama kasih. jangan nangis lagi. abang tak suka tengok sayang nangis... eh! ada lagi!"
sara tertawa bila tengok zafri sudah kalut berlari kearah katil mereka.
"nah, untuk isteri abang yang kuat menangis ni." sejambang bunga ros merah disuakan kearah sara. rambang mata sara melihat bunga tersebut. sara memang gemarkan bunga sebab itu dulu dia terfikir hendak buka kedai bunga yang kini dijaga rapi oleh sepupunya, hasya.
"aip!" baru saja kad kecil berwarna merah berbentuk hati itu, sara capai namun terhenti tatkala zafri mula bersuara. berkerut dahi sara sebaik saja anak mata mereka bertemu.
"itu boleh baca bila abang kerja esok. malam ini kita nikmati candlelight dinner date kita."
nak tersembur tawa sara nak dengar. candlelight dinner date?
"kenapa sayang gelak?"
"abang makan sedap-sedap. sedangkan sara pula makan bubur. mana aci!" pura-pura sara merajuk. tak adalah bubur itu nak dijadikan masalah. saja nak manja-manja malam itu.
"sayang..." meleret suara zafri. tahu sangat dengan sikap manja sara itu. nanti bila zafri yang buat balik, sara pula malu nak layan.
"okey, untuk keadilan... abang minum air putih ni je." sejurus itu air putih didalam cawan diangkat.
terharu pula sara bila zafri sanggup berbuat demikian hanya ingin menjaga hatinya. sungguh tiada apa dia mahukan melain lelaki dihadapannya itu, zafri widad.
"makan bubur pun sara tak kesah. abang makanlah. kalau abang tak makan, sara tak makan bubur ni. biar kita sama-sama lapar." ugut sara.
"dah pandai ugut abang, eh?" terangkat-angkat kening zafri.
"abang yang ajar. nanti bolehlah sara ugut abang kalau abang buat perangai."
"macam mana abang tak buat perangai kalau isteri abang ni degil taknak dengar cakap abang? kalau ikutkan hati abang ni, abang masukkan sayang dalam poket. tak adalah susah nak cari. dua puluh empat jam depan mata abang." seloroh zafri membuatkan sara tertawa kecil. sedikit sebanyak zafri senang bila mendengar tawa itu. segala rasa sedih tadi ditepis. biarlah malam itu mereka nikmati rasa bahagia.
tergetar-getar tangan sara menyentuh sudu. bukannya zafri tak perasan akan itu. perlahan perbicaraannya bersama doktor peribadi mereka pada beberapa bulan yang lalu mula menerjah fikirannya.
"macam mana dengan keadaan isteri saya buat sekarang ni?" soal zafri sebaik saja dia bersama doktor peribadinya menjauh dari bilik dimana tempatnya sara sedang nyenyak ketiduran.
"buat masa ni kita isteri awak hanya perlu bergantung dengan ubat-ubat yang saya beri tadi." keluhnya.
"kenapa doktor?" naik risau zafri bila kedengaran doktor muda itu mengeluh.
"saya sarankan buat sekarang ni, saya cadangkan isteri awak gunakan kerusi roda buat sementara. keadaan isteri awak sangat lemah. kalau boleh jauhi dari buat kerja yang berat. maaf pihak kami hanya bantu sebanyak itu saja. bila isteri awak dah bangun nanti, tolong beri ubat yang saya beri tadi."
zafri menunduk menekur lantai sebelum pandangannya dikalihkan kearah bilik yang terbuka luas itu. zafri tak kuat untuk menerima semua ini. dia sayangkan sara dan kalau sebolehnya dia nak sara sehat sepenuhnya. jika tak ada ubat untuk menyembuh penyakit itu, zafri cuma ada satu senjata yang mungkin akan dikabulkan permintaannya iaitu, doa.
"tapi isteri saya dapat sembuhkan?"
doktor itu mengeluh lagi. sukar untuk dirinya mengatakan perkara yang sebenar. bak ditelan mati mak, diluah mati bapa.
"saya hanya menjalan tugas sebagai seorang doktor dan selebihnya kita serah kepada tuhan." perlahan bahu zafri ditepuk memberi kekuatan.
"abang fikir apa tu? sara cakap lebar ni pun tak dengar." sara mencebik. sudu diletakkan kembali diatas meja. buburnya hanya dimakan separuh saja.
"maaf. abang terleka sekejap dengan kecantikkan sayang malam ni. sayang cakap pasal apa tadi?" dalih zafri.
"boleh tak malam ni kita tengok cerita sampai pagi? sara nak spend time dengan abang." sara tersenyum.
sedikit banyak hati zafri menjadi gusar. hatinya rasa tak tenang nak bicara sara itu.
ᴠᴏᴛᴇ, ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ & sʜᴀʀᴇ.
ᴛʜᴀɴᴋ ʏᴏᴜ.

ANDA SEDANG MEMBACA
bunga yang terakhir ©
Romance"sayang sentiasa cantik dimata abang. dari pertama kali kita berjumpa, abang tak lepas pandang mata sayang. betullah orang kata, worlds change when eyes meet. masa tu abang yakin sayanglah wanita yang abang tercari-cari selama ini. walaupun waktu tu...