09

85 17 0
                                    

ᵇᵘⁿᵍᵃ ʸᵃⁿᵍ ᵗᵉʳᵃᵏʰⁱʳ

zafri yang tengah merapikan rambutnya itu sekilas memandang sara dari pantulan cermin. tak semena-mena bibirnya mengukirkan senyuman bila isterinya itu laju saja mengelak dari memandang matanya.

"curi-curi pandang abang ni, sayang ada nak cakap apa-apa ke, hm?" sisir tadi diletak atas meja sebelum kakinya berpusing menghadap sara yang terduduk dibirai katil.

wajah sara pucat seperti selalu. bibirnya pula sudah kering. jelas tulang-tulang didada, ditangan dan dikaki sara kelihatan.

"tak ada apa. sara saja nak tengok abang. takut nanti rindu." saja sara nak mengusik zafri.

"alahai... kenapa dengan isteri abang ni? abang tak pergi mana pun sayang. abang pergi kerja lepastu abang balik. semenjak dua menjak ni sayang kuat mengusik, eh? dah jadi hobi ke, hm?" zafri mencuit hidung sara.

"abanglah yang ajar. kalau tak ada guru tak ada pelajarnya." seloroh sara dan disambut dengan tawanya.

"amboi! makin lama, dah pandai mengusik abang. sayang ada nak pesan apa-apa ke?"

"abang, boleh tak sara nak minta peluk sebelum abang keluar?" senyuman dibibir pucatnya itu terukir.

"taknak minta pun abang kasi. ni kenapa manja sangat ni? abang pergi kejap je tapi tengok sayang macam tak nak minta lepas ni macam tak nak pula abang nak keluar." segara tubuh kecil itu zafri tarik masuk kedalam dakapannya.

"abang." serunya lembut.

"ya? sayang nak pesan apa-apa ke?"

"sara sayang abang... sangat-sangat." tiba-tiba saja air matanya mengalir.

"kenapa ni sayang? sayang buat abang risaulah. kalau sayang rasa sakit, beritahu abang. please, sayang dah janji tak ada rahsia antara kitakan?"

sara menggeleng kepala. air matanya tadi diseka.

"sara cuma nak cakap yang hanya abang dihati sara buat sekarang ni dan selama-lamanya. sara cintakan abang."

zafri merungkaikan pelukkan mereka. rasa berat hati nak tinggalkan sara dirumah walaupun ibu mertunya akan menjaga sara. tapi entah hatinya rasa berat bila melihat keadaan sara itu.

"walaupun abang banyak kali cakap benda ni... abang nak sayang tahu bahwa abang sentiasa cintakan sayang sepenuh hati abang. sayang kena tahu, sayang adalah tempat kegembiraan abang. bila sayang hilang, bermakna seluruh hati abang ada bersama dengan sayang." ujar zafri sejurus menyeka air mata sara.

"abang pergilah. nanti pekerja abang bising pula bila majikan diaorang tak datang tepat masanya."

semakin berat hati zafri hendak meninggalkan sara seperti rasanya itu adalah kali terakhir dia akan berjumpa dengan sara.

"sara tak akan tinggalkan abang." bicara sara sekadar menyedapkan hati suaminya. walhal hakikat dia sendiri tahu akan benda itu.

"janji tak tinggalkan abang? abang rasa berat hati nak keluar hari ni--"

"tak apa. mamakan ada dengan sara. kalau ada apa-apa pun mesti mama call abang dulu. abang jangan risau. tengah hari ni sara masakkan kegemaran abang."

"okeylah kalau macam tu. masak nanti minta tolong dekat mama. jangan lasak sangat." sempat lagi zafri berpesan.

"okey, bos!" tabik sara bersama sebingkis senyuman terukir. zafri menghulur tangan sebelum sara secepatnya mencapai tangan tersebut dan dicium lama.

"i love you, abang."

"i love you more." dahi sejuk itu dikucup sebelum beredar keluar dari bilik.

hilang saja kelibat zafri, sara mencengkam disisi kepalanya. rasa sakit mula menyengat dikepalanya. pandangan pula matanya mula kabur dan sesaat kembali normal.

beberapa saat dalam keadaan begitu, akhirnya sara kembali tenang. perlahan telapak kakinya mencecah lantai dan keluar dari bilik tersebut. kerusi roda? dia tak perlukan kerusi roda itu.

zafri pula rasa tak sedap badan. dari sepanjang perjalanan ke tempat kerja sehinggalah dia terduduk dihadapan meja mesyuarat yang diadakan baru beberapa minit. salah seorang pekerjanya dihadapan sedang membentang projek yang bakal mereka anjurkan nanti, sedikit pun zafri tak ambil tahu.

fikirannya melayang fikirkan tentang sara. mendengar saja zafri mengeluh, semua yang ada disitu terdiam. takut jika ada yang tak memuaskan hati zafri.

"kita tangguhkan dulu meeting ni. saya harap kamu semua faham."

usai itu, laju saja zafri memasuki perut keretanya sebelum enjin kereta dimulakan dan kereta mula meluncur laju menuju ke rumah persendirian mereka.

"sayang." seru zafri sebaik saja tiba dihadapan pintu rumah.

"sayang--"

"sara ada dekat dapur." balas ibu mertuanya yang kelihatan seperti baru keluar dari tandas.

laju zafri memasuki ruangan dapur dan dilihatnya sara terduduk diatas kerusi sambil kedua tangannya diatas meja dan menekup wajahnya. melebar senyuman zafri melihat sara yang ketiduran disitu.

"sayang." lembut zafri memanggil sara sebaik saja punggung dilabuhkan disebelah sara.

"penat sangat tu. tadi sara sempat masakkan kepala ikan masak kari. mama nak tolong tapi berkeras juga nak masak sendiri untuk zafri. tahu-tahulah perangai degil sara tu."

zafri sekadar tersenyum mendengar bicara ibu mertuanya. terharu bila isterinya itu bersungguh-sungguh memasak untuk dirinya.

"sayang, abang dah balik ni." zafri mengusap belakang tubuh sara dengan lembut namun sara masih tak berganjak.

"sayang." zafri mengoncang sedikit tubuh sara dan masih sara tak bertindak balas.

"sayang, bangunlah. abang dah balik ni. abang nak rasa masakkan sayang. taknak dengar abang komen ke?" sejurus itu zafri menarik lengan sara.

"sayang--" terkejut zafri bila lihat wajah sara sudah memucat lain daripada pagi tadi.

"sayang, janganlah main-main dengan abang."

sara bukannya jenis yang susah nak dibangunkan tapi kali ini susah sangat dibangunkan.

"sayang, abang dah balik ni. taknak tengok abang ke?"

laju ibu mertua zafri mendekati tubuh sara dan jari terlunjuknya diletakan dibawah hidung sara sebelum kepalanya digelengkan.

"inna lillahi wainna ilaihi roji'un."

"sayang janganlah takutkan abang. bangunlah... tadi dah janji tak tinggalkan abang." tubuh sara digoncang-goncang lagi.

"zafri jangan macam ni. kesian dengan--"

"tak! sara main-main je ni mama. sara cuma tidur je ni."

"zafri--"

"sayang, bangun. abang ada banyak benda nak cerita dekat sayang ni. sayang tak nak dengar ke? kalau nak, bangunlah. abang... abang cintakan sayang."

ᴠᴏᴛᴇ, ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ & sʜᴀʀᴇ.
ᴛʜᴀɴᴋ ʏᴏᴜ.

bunga yang terakhir ©Where stories live. Discover now