ᵇᵘⁿᵍᵃ ʸᵃⁿᵍ ᵗᵉʳᵃᵏʰⁱʳ
[hurts so good; astrid s.]
matanya sedari tadi tak lepas memandang tubuh kaku sara yang kini sudah 5 hari tak bangun-bangun. tangannya pula tak henti-henti mengelus lembut wajah yang kian memucat tak berdarah itu. patutlah zafri rasa lain semacam saja bicara sara malam itu.
"sayang... taknak bangun ke? abang rindu nak borak dengan sayang. sayang bangunlah. abang ada banyak benda nak cakap dengan sayang ni. kalau sayang nak tahu, sayang kena bangun dulu." lirih dan sayu zafri bersuara. walaupun hakikatnya sara tak akan menjawab pun. zafri yakin sara dengar suaranya.
"abang nak dengar sayang ketawa. abang nak tatap mata sayang... setiap masa, setiap detik, setiap waktu. sayang tak rindu abang ke? dah 5 hari sayang tak bangun. nanti bila sayang dah bangun, abang bawa sayang pergi ketempat yang sayang nak. abang janji. kali ini abang ikut apa yang sayang nak. sayang taknak bangun ke?"
hanya bunyi deruan nafas sara saja kedengaran. dadanya pula perlahan naik dan turun. pedih rasa hati zafri melihat segala wayar-wayar yang ada ditubuh sara. kalau dia ada pilihan, biar dirinya saja digantikan dengan sara. zafri sanggup.
"sayang... abang rindu sayang." zafri menggigit bibir bawahnya dan sesaat tangisannya mula pecah. dia rindukan isterinya. sungguh dia rindukan sara yang dulunya ceria dan gembira selalu.
"sayang bangunlah. abang tak sanggup hilang sayang. abang... abang tak sedia bila abang buka mata je... sayang dah tak ada disebelah abang. sayang dengarkan apa yang abang cakap ni? jadi bangunlah." bersungguh-sungguh zafri memujuk tubuh yang tak sedarkan diri itu. teresak-esak tangisan zafri bergema diruangan bilik hospital tersebut.
kalaulah sara bangun nanti memang teruk zafri dimarahnya. sara dengan hospital memang musuh dari dulu lagi. sara lebih suka duduk dirumah berbanding ditahan dihospital. alasannya bosan sebab warnanya putih. sebab itu selama ini zafri hanya biarkan sara dirawat dirumah persendirian mereka.
"papa dan mama sayang tadi ada melawat sayang. diaorang pun rindukan sayang. sayang tak rindukan kami ke? abang tak peduli kalau sayang nak marah-marah, merajuk sekalipun dengan abang, abang rela. asalkan sayang buka mata sekarang ni. abang..." terketar-ketar bibir zafri ingin menyambung bicaranya.
"abang sayangkan sayang."
dan tak semena-mena air mata sara mengalir dari tubir mata dan sekaligus membuatkan zafri tersenyum nipis.
"abang tahu sayang dengar apa yang abang cakapkan. abang nak sayang tahu, hanya sayang yang ada dihati abang... selama-lamanya."
semakin deras air mata sara mengalir walaupun hakikatnya tubuhnya masih kaku berbaring diatas katil itu.
"abang pernah cakapkan yang sayang cantik dimata abang?" soal zafri walhal dirinya tahu sara tak akan menjawab pun.
"sayang sentiasa cantik dimata abang. dari pertama kali kita berjumpa, abang tak lepas pandang mata sayang. betullah orang kata, worlds change when eyes meet. masa tu abang yakin sayanglah wanita yang abang tercari-cari selama ini. walaupun waktu tu susah nak pikat sayang, abang tetap tak undur diri. walaupun banyak kali sayang tolak abang, abang tetap maju kedepan." zafri tersenyum mengenangkan hari pertama mereka.
"sayang juga pernah cakap yang abang ni kuat merapu walaupun sebenarnya apa yang abang cakapkan tu semuanya betul dan ikhlas terluah dari hati abang."
"sara dah tak cantikkan?" pandangannya jatuh memandang kakinya yang berbalut stokin.
"sayang, dengar ni apa yang abang nak cakapkan. how your life feels is more important than how it looks. no one is ugly. everyone is beautiful in different ways. dimata abang, sayang masih cantik dan sempurna." tangan kekura yang sejuk itu digenggam erat seperti tak nak dilepaskan langsung.
"tapi sara dah botak... dah tak cantik." lirih sara berbicara.
"masih cantik dimata abang. sayang berambut ataupun tak masih sempurna dimata abang."
"abang ni kuat merapulah. sara tak kesah kalau abang nak cari yang lain. sara izinkan--"
"syhh... abang dah taknak dengar topik ni. hati abang sakit bila dengar sayang cakap macam tu. abang cuma cintakan sayang seorang saja."
"walaupun sara dah tak ada--"
"abang yakin sayang akan sembuh. macam mana yakinnya abang dulu tak bertepuk sebelah tangan, macam tu juga keyakinan abang."
"abang..." air matanya kini sudah mencurah membasahi pipinya.
"don't cry, i know you're trying your hardest. i'm always here for you. abang akan sentiasa ada disisi sayang selalu. kalau boleh sedikit pun abang taknak berenggang dengan sayang." zafri menyeka air mata itu.
"terima kasih untuk segala-galanya. sara ni menyusahkan abang je. sedikit pun tak pernah beri kesenangan buat abang. sara nak minta maaf sepanjang perkahwinan kita ni abang rasa tak bahagia. sara tahu abang nak anak tapi sara tak mampu beri anak buat abang."
"kenapa sayang cakap macam tu? sayang tak pernah menyusahkan abang pun. lagipun abang suka bila sayang selalu bergantung pada abang. pasal anak tu abang tak kesah. abang tak nak sayang penat." kedengaran nada nakal zafri membuatkan wajah sara berubah rona.
sedalam-dalamnya zafri menikam sepasang anak mata sara. cantik. hanya itu yang zafri dapat ungkapkan. mata sara berbeza dari pandangannya. mata itu seolah-olah menyinar dimalam hari seperti lampu yang menyuluh hari gelap zafri.
"kenapa pandang sara macam tu?" sara menekup kedua pipinya. semakin memerah wajahnya bila dipandang sebegitu.
"sayang tahu benda apa yang abang suka dekat sayang?"
"apa?" terjongket kening sara dengan rasa ingin tahu.
"mata sayang selalu memukaukan abang. setiap kali abang pandang mata sayang tu, abang rasa dunia abang terhenti sekejap. kekadang sampai tahap jantung abang jadi tak keruan. sepasang mata sayang tu mampu mengoyahkan hati abang. kalau boleh abang taknak satu saat pun mata sayang ni tertutup dari pandangan abang."
"abang... janganlah cakap macam tu. malulah sara." laju sara menutup wajahnya dengan kedua tangannya.
"seronok pula usik sayang ni." zafri menarik tangan sara agar tak terus menghalangi pandangannya.
"janganlah!" satu tangannya naik menampar manja dibidang dada zafri.
"ni yang buat abang makin sayang ni."
"abang..." meleret suara sara meminta agar zafri berhenti mengusiknya.
ᴠᴏᴛᴇ, ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ & sʜᴀʀᴇ.
ᴛʜᴀɴᴋ ʏᴏᴜ.
![](https://img.wattpad.com/cover/295129399-288-k396387.jpg)
YOU ARE READING
bunga yang terakhir ©
Romance"sayang sentiasa cantik dimata abang. dari pertama kali kita berjumpa, abang tak lepas pandang mata sayang. betullah orang kata, worlds change when eyes meet. masa tu abang yakin sayanglah wanita yang abang tercari-cari selama ini. walaupun waktu tu...