03

99 13 0
                                        

ᵇᵘⁿᵍᵃ ʸᵃⁿᵍ ᵗᵉʳᵃᵏʰⁱʳ

"kenapa awak nak berkahwin dengan saya? banyak lagi perempuan yang layak untuk berada disamping awak." sara betul-betul tak faham mengapa lelaki dihadapannya itu berkeras ingin melamarnya menjadi isteri untuk lelaki itu.

"that is for me to know and you to think. untuk pengetahuan awak, ya memang perempuan diluar sana layak untuk saya tapi hati saya terpilih untuk awak. awak tak ada pilihan selain yes or yes."

pada awalnya hampa pula sara mendengar lelaki itu berkata namun diakhir penghujungnya membuatkan dia tersenyum lebar. lelaki itu ada saja benda dia buat hingga membuatkan sara sendiri tak tentu arah.

"awak tahukan saya ada penyakit?"

zafri sekadar mengangguk. sara pula jadi tak keruan. bagaimana lelaki itu boleh tenang saja?

"awak rasa berbaloi ke semua ni?" soal sara lagi. bukannya dia tak mahu cuma dia tak mahu lelaki itu menyesal dengan pilihannya.

"sekarang ni saya pula tanya awak... awak sayang saya ke tak?"

perlahan sara mengangguk kepala. pipinya kini sudah berubah rona.

"jadi apa masalahnya? sara... berbaloi ke tak, itu semua ketentuannya. saya yakin awak memang tercipta untuk saya. dari hari pertama saya jejak dekat kedai bunga awak ni, saya dah mula sukakan awak. penyakit awak tu bukan satu sebab untuk menghalang saya dari memperisterikan awak."

rasa sebak mula bertandang dihati bila dirinya rasa dihargai. sara rasa dirinya bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki sebaik dan setulus seperti zafri. walaupun jarak pertemuan mereka agak singkat.

"dengar sini... maisara ayesha, sudikah awak menjadi permaisuri dihati saya buat selama-lamanya?"

kelat saja senyuman dibibir sara. selama-lamanya? perkataan itu sukar untuk sara hadamkan. baginya tak ada benda yang selamanya yang akan bertahan.

"saya sudi." balas sara tanpa ada rasa ragu-ragu lagi. kini dia nekad menginginkan lelaki itu sebagai imamnya.

"okey. awak tak boleh tarik balik sebab besok saya akan suruh umi dan walid saya meminang awak."

terus melebar senyum sara. ternyata lelaki itu serius dalam perhubungan mereka. jelas lagi nyata lelaki itu ikhlas inginkan dirinya. kalau tak, memang taklah zafri melamarnya.

"abang..." meleret sara memanggil zafri yang ketika itu berdiri tegak dihadapan cermin yang luas itu sambil bercekak pinggang.

"abang." laju leher zafri memusing sebaik saja suara sara kedengaran. sejurus itu kaki panjangnya berlari mendekati sara. punggung didudukkan dibirai katil bersebelahan dengan sara.

"sayang ada sakit mana-mana ke? abang risau sayang tak bangun-bangun dari semalam. abang ingatkan sayang--" terhenti kata zafri. tak sanggup hendak menghabiskan katanya.

"sara sayangkan abang." bisik sara.

"abang pun sayangkan sara. please, jangan buat macam ni lagi. abang risau. kali ini tolong dengar apa yang abang cakap. untuk kali ini, abang nak sayang jangan banyak bergerak."

kelmarin zafri dikejutkan dengan berita yang kurang baik. waktu itu zafri berada tempat kerjanya dan setiap kali dia keluar, pasti mama sara akan menemani isterinya itu. alangkah terkejutnya zafri bila ibu mertuanya menelefon bahwa sara tak sedarkan diri sebaik saja memuntahkan segala isi dalam perutnya. terpaksa zafri batalkan mesyuaratnya demi isterinya. bagi zafri tak ada yang penting selain isterinya, maisara ayesha. dia tak kesah berapa ribu duit dia hilang kerana duit boleh dicari tetapi maisara ayesha cuma satu-satunya yang ada.

"sara cuma bosan duduk dalam bilik." semakin kendur suara sara. dia tahu setiap apa yang dia buat, zafri tak pernah marah. memang begaduh itu ada cuma zafri sekali pun tak pernah tinggikan suara. hanya cuma perlu saja. itupun sebab sara berdegil nak keluar.

"abang tahu sara bosan tapi sara tak kesiankan abang ke? abang tak kesah sejauh manapun jarak rumah kita ni dari kerja abang. cuma... abang belum bersedia lagi." lirih zafri bersuara. air matanya tidak mampu lagi ditahan. melihat itu, sara juga turut menangis. dia sendiri yang menghidap penyakit itu pun belum bersedia lagi.

"sara janji tak buat lagi dan sara janji akan dengar cakap abang. sara minta maaf."

kekura tangannya yang sejuk itu naik menyeka air mata zafri. zafri juga turut menyeka air mata sara.

"jangan minta maaf. sayang tak pernah buat salah pada abang. kalau ada pun, abang sentiasa maafkan."

sesama mereka mengukirkan senyuman. zafri tak pernah salah bila memilih sara menjadi peneman hidupnya walaupun dia tahu wanita itu akan pergi juga akhirnya.

 "terima kasih ada disetiap sara perlukan abang. terima kasih sebab terima kekurangan sara. terima kasih juga sebab fahamkan sara."

"dah tak payah banyak cakap. sekarang ni abang nak sayang rehat dulu." usai itu zafri bangkit namun laju saja sara mencapai pergelangan tangan zafri dan sekaligus menghentikan langkahnya.

"abang nak pergi mana?"

"abang tak pergi mana-mana pun. abang nak buatkan bubur untuk sayang. sayang berehat--"

"tak payahlah. sara tak lapar lagi. abang temankan sara baring sini." ruangan kosong disebelahnya ditampar-tampar perlahan.

"tadi dah janji dengar cakap abangkan?"

sara mula mencebik. haih! nampak gayanya tak ada alasan lagi untuk sara mengelak. bukannya dia tak nak makan, cuma tekaknya tak berapa menerima sebarang makanan. apatah lagi nak minum.

"tapi sara betul-betul tak lapar."

"kena makan juga. kalau tak, macam mana nak sehat?" sayu saja nada zafri. tahu akan penyakit yang tiada penawar itu tapi mungkin ada benda yang ajaib berlaku. bukannya zafri tak redha cuma benda itu akan berlaku dengan kehendak ilahi.

"sara cuma--"

"syhh... jangan banyak cakap. abang masakkan bubur dulu. ni bila abang keluar, jangan nak gatal sangat kaki tu nak turun lantai. abang nampak saja sayang jejak lantai, malam ni sayang tidur sendiri."

sara memuncungkan bibirnya kedepan. ituulah kelemahan dia. tak boleh tidur jauh dari zafri. tak ada zafri, tak lenalah tidur malamnya.

pintu bilik mereka, zafri biarkan terbuka luas. nanti jika ada sesuatu berlaku, bolehlah dia dengar dari ruangan dapur. kalau ikutkan hati zafri, dia taknak berenggang dari sara. setiap detik dan saat, dia nak ada disisi sara.

ᴠᴏᴛᴇ, ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ & sʜᴀʀᴇ.
ᴛʜᴀɴᴋ ʏᴏᴜ.

bunga yang terakhir ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang