02

117 14 0
                                        

ᵇᵘⁿᵍᵃ ʸᵃⁿᵍ ᵗᵉʳᵃᵏʰⁱʳ

[breathless; shayne ward]

kerusi roda yang diduduki oleh sara, perlahan zafri tolak. jenuh juga sara memujuk lelaki itu untuk membawanya keluar ke taman dibelakang rumah mereka. permintaan orang yang tersayang, memang susah untuk zafri tolak. lagi-lagi permintaan dari sara.

"dah lama sara tak tengok taman ni. selalunya terperuk dalam bilik je memanjang. bilalah sara boleh tengok keindahan ni lagi?" lirih sara bernada.

zafri menunduk melihat sara dengan wajah yang sayu. sedikit sebanyak hatinya rasa terhiris dengan bicara sara.

"abang." seru sara seraya tangannya menyentuh tangan zafri yang masih menolak kerusi rodanya dengan perlahan. dengan sentuhan itu, zafri menghentikan langkahnya.

"hm?" zafri sekadar menggumam sebelum menolak kerusi roda itu berhampiran dengan bangku panjang tidak jauh dari situ. punggungnya dihenyak diatas kerusi yang diperbuat dari kayu asli itu sebelum tubuh sara dipeluk dari belakang. cuma penyandar kerusi tersebut menghalang tubuh mereka dari bersentuhan. dagunya pula diletakkan diatas penyadaran kerusi roda membuatkan pipi mereka berlaga sama.

"abang ingat tak bunga daisy yang abang selalu beli tiap kali abang singgah kedai bunga sara?" soalnya dan disambut bersama tawa kecil.

"pasal tu abang memang tak boleh lupa. tak tahulah abang patut rasa bersyukur atau rasa bersalah." tawa mereka mula bergema disatu taman kecil itu bila masa lalu mula terimbau kembali.

"abang ni jahatlah!" tangan zafri dihempas lembut.

"sumpah... waktu tu sayang kelakar gila bila tahu pasal semua tu. tapi berbaloi juga." terangkat-angkat kening zafri.

"sara, wait!"

terus terhenti langkah sara yang cuba lari dari terus berhadapanan dengan zafri. waktu itu hasya pula ada hal jadi hanya sara saja yang menjaga kedai bunga tersebut.

"encik nak apa lagi zafri? encik dah dapatkan bunga daisy tu, lepastu encik berilah dekat orang yang encik nak beri tu." jelas sara namun kedengaran seperti sesuatu menyapa halwa telinga zafri. lantas senyuman nipis terukir dibibirnya hingga membuatkan sara mengeluh kesal.

"it's zafri. masalahnya kenapa awak selalu mengelak bila saya nak bercakap dengan awak ni?"

sara menjuihkan bibirnya ketepi dan sekaligus menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum kembali berhadapanan dengan zafri. seperti biasa, kaunter meja menjadi orang ketiga diantara mereka.

"so awak nak apa? nak cakap apa lagi? cakaplah." soal sara namun matanya menunduk memandang kaunter meja. tak ada kudratnya membalas pandangan anak mata lelaki itu.

zafri masih lagi dengan senyumannya. dimatanya sara memamg comel. nampak berani tapi sebenarnya tak. sebab itu zafri dapat menilaikan dari kelakuan sara itu lain daripada yang lain. bunga yang satu itu tak sama seperti bunga yang lain. sangat berbeza dimatanya.

"salah ke kalau saya nak beri bunga tu pada orang yang saya sayang? salah ke kalau bunga tu saya beri buat satu-satunya perempuan yang bererti buat saya?"

redup saja mata sara memandang kaunter meja tersebut. soalan lelaki itu bagaikan menusuk kejiwanya. sakit. itu apa yang sara rasakan. namun dia sedar siapa dirinya.

"tak salah." sara menggeleng kepala. hujung birai matanya mula memberat dengan air mata. laju saja sara menyekanya.

"jadi apa sebabnya awak nak mengelak dari saya? apa salah saya?" soal zafri lagi. senyumannya semakin mekar melihat wanita itu seperti hendak menangis saja. sejujurnya zafri tak suka bila lihat wanita itu menangis cuma untuk kali ini saja.

semakin deras air mata sara mendengar. dengan beraninya, sara mengangkat wajah dan anak matanya yang sudah kabur itu memandang tepat ke anak mata zafri. semakin sakit hatinya bila dari samaran kaburan itu terlihatnya seperti lelaki itu tersenyum kearahnya.

"awak ni jahatkan?" soal sara dengan bengang. entah apa yang lelaki itu inginkan darinya. dulu lelaki itu beriya mendekatinya namun bila hatinya mula mekar untuk zafri, lelaki itu sekarang seolah-olah mempermainkan hatinya.

"so this is how rejection feels like." gumam sara. selama ini sara tak pernah lagi menaruh hati kepada mana-mana lelaki selain zafri. rasa bercinta dengan mana-mana lelaki, dia tak pernah. rasa ditolak... rasanya ini adalah kali pertamanya.

"my sara--"

"jangan panggil saya macam tu kalau awak tak maksudkannya! awak ni memang lelaki tak gunakan?! mudah menaburkan kata lepastu biarkan hati saya sakit! awak ni jahat!" sara menghamburkan rasa dihatinya. cukuplah dia rasa diperbodohkan oleh lelaki itu.

"mula-mula awak dekati saya seolah-olah awak memang sukakan saya. bodohnya saya untuk menilai mana satu nyata dan palsu. lelaki semua sama saja! hanya tahu mainkan hati wanita!" bentak sara lagi. air matanya masih lagi deras mengalir.

"ya, saya mengaku saya memang sukakan awak. salah ke?"

soalan zafri itu mengundang lagi amarah dihati sara. inilah masalah lelaki. tak cukup satu! sara cukup bengang dengan sikap lelaki yang tak pernah ada rasa puas itu.

"salah!"

"apa yang salahnya? perasaan suka tu lumrahkan? bagi saya tak salah kalau saya sukakan awak. jadi sekarang ni saya nak awak fahamkan saya, kenapa pula awak rasa semua ni salah?"

berkerut dahi sara. mudah betul lelaki ini memutarkan kata. baru tadi dia kata dia sayang akan seseorang itu sehingga seseorang itu bererti buatnya.

"keluarlah zafri. saya taknak tengok muka awak lagi. kalau awak nak beli bunga untuk orang yang awak sayang tu, silakan. saya tak halang tapi jangan mempermainkan hati seorang wanita."

makin bertambah berkerut dahi zafri mendengar bait-bait bicara sara itu. tak kelakar buat sara tapi ianya satu jawapan buat zafri. sekarang dia dah dapat jawapan yang dia mahukan.

"dengar sini maisara ayesha, saya beli bunga ni--"

"saya taknak dengar dan taknak mahu tahu!" cantas sara. lelaki itu tak habis-habis nak sakitkan hatinya saja. cukup sekali saja dia dengar. hatinya tak cukup kuat untuk mendengarnya.

"salah ke kalau saya beri bunga tu untuk mama saya?"

tergamam sara mendengar satu baris perkataan itu.

"apa maksud awak?"

"salah ke kalau saya cakap saya sayangkan mama saya? salah ke bila saya cakap mama saya bererti dalam hidup saya, hm, maisara ayesha?"

 terkelu lidah sara hendak menjawab soalan lelaki itu. apakah?

"sekarang ni saya dah dengar apa yng awak cakapkan dan saya cukup yakin bahwa saya tak bertepuk sebelah tangan. betul?" sudut bibirnya terangkat, mengukirkan senyumannya.

ᴠᴏᴛᴇ, ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ & sʜᴀʀᴇ.
ᴛʜᴀɴᴋ ʏᴏᴜ.

bunga yang terakhir ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang