01 | m a j l i s k i t a

416 16 0
                                    

—y e n a

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

y e n a

Nama aku Choi Yena.

Umur aku, 19 tahun.

Hari ini, hari paling mengejutkan dan paling bersejarah dalam hidup aku. Sebab apa? Sebab aku akan bergelar isteri kepada seorang lelaki yang aku tak kenal. Kenal sekadar biasa je.

Aku terpaksa terima dia jadi suami aku atas desakan mama dan papa. Kalau tak, memang tak lah aku nak kahwin pada umur aku yang masih 19 tahun ni. Patutnya sekarang aku ada kat perpustakaan tengah study untuk exam dan bukannya berada di bilik makeup ni.

 Patutnya sekarang aku ada kat perpustakaan tengah study untuk exam dan bukannya berada di bilik makeup ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Dah siap, wah cantiknya cik Yena. Nampak simple tapi beautiful!” puji madam stylist yang selesai pasang makeup kat muka aku. Aku tak ada mood langsung nak jawab pujian tu. Hanya senyuman kecil sahaja aku berikan. Kalau cantik, tapi kahwin dengan orang yang aku tak cinta nak buat apa?

“Wah! Cantiknya anak mama! Tak sangka lah!”

“Mama, betul ke apa yang Yena buat ni? Tak rasa macam semua benda ni terlalu cepat ke? Yena tak ada peluang langsung nak kenal dengan lelaki tu. Lagipun, Yena muda lagi.” keluh aku. Persiapan perkahwinan ni dalam masa seminggu tau tak. Aku tak tahu langsung. Diorang memang rancang benda ni semua tanpa pengetahuan aku.

“Tak apalah, lepas kahwin pun kamu boleh kenal dengan dia. Apa yang penting kamu kahwin dengan dia. Kan mama dah cakap, ini semua untuk kebaikan kamu. Kamu nak ke duduk serumah dengan lelaki tanpa ikatan apa-apa? Mama tak nak tau tak. Lagipun, dia baik orangnya.” ucap mama dan letakkan kedua tangannya di atas bahu aku. Wajah aku berubah muram.

“Lama ke mama dan papa pergi?”

“Lama sayang, ambil masa berbulan atau setahun. Bisnes ni penting untuk papa kamu. Mama harap sangat, kamu faham. Kamu kena duduk serumah dengan dia, lama. Itu sebabnya kamu kena kahwin dengan dia.” ucap mama dengan riang untuk beri semangat pada aku. Aku mengangkat wajah dan tengok pantulan mama di cermin besar tu.

Secret Husband [PJH]Where stories live. Discover now