-a u t h o r
Pada petang tu, mereka berkumpul lagi di bilik mesyuarat pustakawan. Diorang dah bersetuju untuk masak sandwich dan nasi goreng kimchi. Menu yang sangat mudah dan tak perlukan banyak bahan. Jaehyuk memberikan kertas resepi kepada semua orang.
"Aku dengan Yena, akan pergi beli bahan-bahannya. Tadi, pengetua dah bagitahu kalau bahan nya kita kena beli sendiri. Jadi, aku dengan Yena yang akan beli. Tema masih dirahsiakan, tapi aku rasa menu yang kita pilih ni dah okay." ucap Jaehyuk. Diorang semua mengangguk faham.
"Habis kitorang yang lain ni kena buat apa?"
"Hah, soalan yang bagus. Aku akan bahagi kepada dua kumpulan. Aku, Yena dan Junkyu akan buat nasi goreng kimchi. Minju, Jihoon dengan Jihan buat sandwiches. Barang-barang sandwiches korang lah beli sebab barang nasi goreng kimchi aku dengan Yena yang akan beli." jelas Jaehyuk. Minju angkat tangan.
"Saya akan pergi dengan Jihoon."
"Eh, apasal lak kau pergi dengan Jihoon? Aku yang akan pergi dengan Jihoon." ucap Jihan dan menjeling. Yena melihat Jihoon yang menyilangkan tangan ke dada dan menggeleng. Yelah, Jihan kan suka dengan Junkyu. Minju pula, tak tahu apa motif sebenar dia.
"Jihoon, kau pilih nak pergi dengan siapa."
"Minju. Aku nak pergi dengan Minju."
"Kau dengar tu? Dia nak pergi dengan aku, bukan dengan kau. Jadi, Jaehyuk apa kata kita pergi sama-sama? Kan senang daripada pergi asing? Betul tak?" ucap Minju. Ah, itu motif dia. Dia tak nak biarkan Jaehyuk berdua-duaan dengan Yena.
"Eh, tak apalah Minju. Kita pergi hari lain."
"Apa salahnya nak beli sama-sama pun? Ke korang berdua nak pergi dating. Ingat sikit ni kerja berkumpulan bukan berpasangan." perli Minju dan menjeling. Jaehyuk cuba nak membantah tapi Yena dah halang Jaehyuk. Jaehyuk tengok Yena yang mengangguk dan tersenyum. Kemudian, dia pandang Minju.
"Arasseo, kita pergi sama-sama. Bila kita nak perginya Jaehyuk?"
"Esok."
"Okaylah kalau macam tu. Jumpa esok tau."
Jaehyuk tengok Yena yang masih tersenyum. Kenapa dia terima permintaan Minju tu? Bukan ke dia nak tolong Jaehyuk lupakan Minju? Jihoon yang tak faham dengan penerimaan Yena terhadap permintaan Minju tu pun pandang gadis tu dengan pelik. Apa yang ada di fikiran dia sebenarnya?
"Okay kita sambung bincang benda lain."
"Korang, nak pergi tandas sekejap tau. Korang bincanglah dulu."
YOU ARE READING
Secret Husband [PJH]
Romanceⓢⓔⓒⓡⓔⓣ ⓗⓤⓢⓑⓐⓝⓓ Diorang berdua terpaksa kahwin pada umur yang muda sebab nak jaga maruah keluarga. Kahwin tanpa cinta tu, boleh terima lagi. Ini nak kena rahsiakan hubungan diorang demi nak elakkan fitnah kawan-kawan disekolahnya. Mampu ke diorang pe...