15 | h u s b a n d

204 12 0
                                    

—y e n a

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

y e n a

Aku menghembuskan nafas lega lepas pakai pad. Nasib lah Jihoon cepat tadi. Kalau tak, dah bocor tau tak. Aku melangkah keluar dari bilik air dan tengok Jihoon yang tengah duduk di kerusi meja belajar aku. Muka dia nampak macam risau sangat. Aku tersenyum dan duduk di atas katil. Dia terus tarik kerusi aku dan mendekati aku.

“Kau dah okay?”

“Erm, dah. Tapi, perut aku masih ada rasa sakit. Biasalah period pain ni, besok baru hilang sakitnya.” ucap aku. Jihoon menghela nafas lega dan hulurkan aku heat pack serta beberapa bar coklat. Dia belikan benda ni untuk aku? Aku yang berasa terharu ambil benda tu dari tangannya.

“Aku cari google tadi..cara untuk kurangkan sakit perut period. Dia kata kena letak heat pack atas perut dan juga makan benda-benda manis macam coklat. Aku tak tahu kau suka coklat apa..jadi aku beli je mana yang sedap.” ucap Jihoon dan menggosok-gosok lehernya kerana rasa kekok. Aku tertawa kecil.

“Hehehe, tak apa. Aku tak kisah pun. Terima kasih tau. Kalau tak ada kau, aku tak tahu lah apa jadi. Aku malu sebenarnya nak cakap benda ni pada kau. Yelah...benda ni kan privasi untuk perempuan.” ucap aku dan menundukkan kepala. Jihoon ambil satu bar coklat dari tangan aku dan membuka plastiknya. Kemudian, dia berikan pada aku.

“Macam aku cakap tadi, aku ni suami kau. Kau dah jadi tanggungjawab aku. Aku dah berjanji pada keluarga kita untuk jaga kau. Kau takyah malu lah dengan aku. Kalau bukan dengan aku, siapa lagi kau nak cakap? Nak call Dami? Kalaulah rumah Dami tu dekat. Lainkali, cakap je. Okay?” ucap Jihoon. Aku mengangguk dan ambil coklat tu. Kemudian, aku menggigitnya.

Massiesseo. (Sedap)”

“Haih, baguslah kalau macam tu. Oh ye, aku tengok nota kau tadi. Kau belajar kimia ke? Rajin betul kan kau menulis balik nota dalam buku teks tu. Padahal boleh je kau ambil gambar dan baca dalam phone.” ucap Jihoon dan menyilangkan tangannya ke dada. Aku melihat ke arah buku nota yang ada di atas meja.

“Aku memang suka menulis. Lagipun, aku bukan salin balik sebiji dalam buku tu. Aku cuma tulis point penting je.” ucap aku dan sambung mengunyah coklat bar tu. Dia menganggukkan kepala dan sambung berbual dengan aku. Kadang-kadang aku tertawa dengan apa yang dibualkan.

Berbual dengan dia buatkan aku lupa yang aku tengah period pain. Macam-macam benda aku bercakap dengan dia. Aku tak bosan apabila bercakap dengan dia. Daripada 5 bar coklat tadi, dah tinggal 1. Seronok sangat makan coklat sambil berbual dengan dia. Aku baru tahu, kalau Jihoon seseorang yang seronok untuk di ajak berbual.

“Uish, dah 1 jam kita berbual rupanya? Dahlah, aku nak pergi gosok gigi dan tidur. Esok sekolah kan. Kau pun rehat tau. Takyah nak belajar lagi. Esok ada kalau nak study. Jangan nak over-study sangat.” ucap Jihoon dan bangun meletakkan semula kerusi aku. Kemudian, dia kemaskan meja belajar aku. Aku melihat dia dengan senyuman.

Secret Husband [PJH]Where stories live. Discover now