11 | s h e 's b a c k

176 11 0
                                    

—a u t h o r

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

a u t h o r

“Yah! PARK JIHOON!”

Yena dengan Jihoon sama-sama terkejut bila dengar suara Junkyu. Apahal pula mamat tu? Jihoon mendekati Yena dan terus tekup mulut dia dengan tapak tangannya. Yena mula rasa gementar. Eh, ini kalau kantoi habislah. Mesti si Junkyu tu kecoh satu sekolah. Bukan boleh percaya mamat koala sorang tu. Mulut macam tempayan.

“Eh dia ni! Mana dia pergi?! Bukannya nak ambil makanan! Last-last aku juga nak kena ambil! Bongok betul!” rungut Junkyu. Jihoon hanya menjeling. Yena melihat Jihoon yang dekat dengannya. Bila dah dengar tak ada tapak kaki, dia lepaskan tangannya dari mulut Yena. Dia menghelas nafas lega dan pandang gadis itu dengan tajam.

“Kau duduk je sini. Jangan keluar selagi diorang belum balik. Faham?”

“Esh, yelah!”

Jihoon keluar dari bilik tu. Haih, nampaknya nak kena duduk sini lah untuk sementara. Yena berjalan ke arah katil dan duduk di atasnya. Dia mula tersenyum bila ingat balik date dia dengan Jaehyuk. Dia punya romantik tu, buatkan Yena rasa macam tak nak balik rumah tau tak. Haih, kenapa lah rasa macam kejap sangat datenya.

“Takpelah, lainkali kan ada.”

Yena keluarkan tiket muzikal yang diberikan oleh Jaehyuk. Senyuman semakin lebar terukir. Dia rasa seronok sangat harini. Ini kali pertama dia dapat date dengan seseorang yang memang dia suka. Yena baring dan tengok sahaja tiket tu. Sehinggalah, dia tertidur kerana kepenatan berjalan-jalan seharian.

“Okaylah Jihoon, kitorang balik dulu tau. Kau esok jangan tak datang sekolah pula.” ucap Junkyu. Jihoon menganggukkan kepala dan lambai tangan kepada kawan-kawan dia. Sampai kul 11 malam kot diorang melepak. Lelaki kan, biasalah. Lepas diorang balik, Jihoon naik ke atas dan pergi ke bilik utama.

“Dia tidur? Haih, lama sangat agaknya menunggu.”

Jihoon mendekati katil dan duduk di sisi gadis tu. Dia tenung sahaja muka Yena yang lena tidur. Jihoon tengok tiket muzikal yang ada di tangannya. Dia ambil tiket tu dan menghela nafas yang panjang. Mesti dia terlalu seronok memikirkan date dia dengan Jaehyuk sampai tertidur pegang tiket ni. Tengok Yena, buatkan Jihoon teringat dengan Minju.

“Kenapa semua orang yang aku suka, mesti akan jatuh hati dengan Jaehyuk? Dulu, Minju. Sekarang kau. Apa yang istimewa sangat dengan Jaehyuk tu?” keluh Jihoon dan tengok Yena semula. Jihoon meletakkan tiket tu di atas meja lampu dan bangun berdiri. Dia menarik selimut dan menyelimutkan badan Yena.

“Aku tahu kau tak suka dengan aku. Aku sendiri pun, akan cuba buang perasaan yang muncul ni secepat mungkin. Tapi, aku nak kau bahagia. Kalau Jaehyuk boleh buat kau bahagia, aku lepaskan kau untuk dia. Memang patutnya, dari awal lagi aku tolak pelawaan keluarga aku. Tak apa, aku akan tolong kau dengan Jaehyuk. Aku nak kau senyum macam selalu.” ucap Jihoon dengan perlahan.

Secret Husband [PJH]Where stories live. Discover now