—y e n a
Aku memeluk leher Jihoon dengan erat dan merehatkan kepala aku di bahunya. Series cakap, aku tak sangka dia yang jumpa aku. Aku nampak yang dia panik dan risau gila bila jumpa aku tadi. Aku terharu dan aku gembira sebab yang jumpa aku adalah Jihoon dan bukannya Jaehyuk. Dah 10 minit berjalan, tiba-tiba ada lampu suluh dihala pada kitorang.
“Choi Yena! Park Jihoon?!”
“Sir Joon!!”
Rupanya pasukan keselamatan dan cikgu Joon jumpa kitorang. Aku dan Jihoon di bawa balik ke base camp semula dan aku dirawat di khemah rawatan. Dahi dan lutut kaki aku terpaksa dipakai bandage sebab luka. Haih, nasib baik tak teruk mana. Selepas dirawat, aku pergi jumpa kawan-kawan aku yang lain.
“Yena-ah! Kau okay tak?!! Kau tahu tak kitorang risau gila dengan kau! Aku nak pergi tolong cari kau tapi cikgu tak kasi!!” ucap Dami dan memeluk aku dengan erat. Aku menganggukkan kepala dan tengok diorang yang tengah tengok aku dengan muka risau.
“Betul cakap Dami, ikutkan hati memang kitorang nak redah je hutan tu.”
“Aku okay lah. Cuma luka kat dahi dengan lutut kaki je. Mana Jihoon, Minju dengan Jaehyuk?” tanya aku selepas leraikan pelukan dengan Dami. Dami menunjuk ke arah diorang yang tengah bercakap dengan Jihan. Ya, aku pun ada benda nak selesaikan dengan Jihan tu. Aku berjalan mendekati mereka.
“Baik kau mengaku sekarang, Jihan! Kenapa kau buat Minju dengan Yena macam tu?! Nasib baik diorang tak apa-apa tau! Kalau diorang sakit atau masuk hospital macam mana?! Kau nak bertanggungjawab?!” marah Jaehyuk. Jihan menjeling dan menyilangkan tangannya ke dada. Jihoon merenung tajam muka Jihan.
“Aku tak sangka kau macam ni. Apa salah diorang pada kau?!”
“Fine! Memang aku buat! Memang aku pukul kepala Minju dan tolak Yena kat tebing! Aku benci diorang berdua! Sebab diorang, korang marah-marah aku macam ni! Sejak dari Minju datang dan kenal korang, korang terus jarang layan aku! Sekarang, korang melebihkan Yena pula! Aku yang kenal korang lebih lama pun, dah tak penting untuk korang semua!! Aku cemburu tau tak!!” marah Jihan.
“Itu alasan paling gila pernah aku dengar. Hanya sebab jeles? Yah! Kitorang layan semua orang sama rata je kan?! Apa masalahnya?!” marah Junkyu. Jihan pandang Junkyu dengan mata yang sudah berkaca-kaca. Adakah semua benda ni berpunca sebab aku?
“Kau tak ada di tempat aku, sebab tu senang kau bercakap. Mula-mula, semua orang rebutkan Minju. Dari Jaehyuk sampai lah Jihoon. Padahal, Minju tahu aku suka Jihoon. Sekarang Yena datang, semua orang macam nak rebutkan dia pula! Mata aku semak tau dengan semua ni!!” marah dia lagi. Aku menundukkan kepala.
YOU ARE READING
Secret Husband [PJH]
Romanceⓢⓔⓒⓡⓔⓣ ⓗⓤⓢⓑⓐⓝⓓ Diorang berdua terpaksa kahwin pada umur yang muda sebab nak jaga maruah keluarga. Kahwin tanpa cinta tu, boleh terima lagi. Ini nak kena rahsiakan hubungan diorang demi nak elakkan fitnah kawan-kawan disekolahnya. Mampu ke diorang pe...