13 | s e c r e t

180 11 0
                                    

—j i h o o n

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

j i h o o n


“Jemputlah duduk, ssaem.”

“Terima kasih Jihoon. Aduhai, nasib baiklah kami jumpa rumah kamu. Dah dua tiga kali juga kami mencari. Sir Joon kamu lah, asyik salah waze je.” ucap miss Hana. Aku hanya tersengih kekok dan mengangguk sahaja. Aku pandang ke arah tingkat atas. Mana Yena ni? Jangan cakap dia tak nak turun pula.

“Cikgu dengar cerita yang ibu dan ayah kamu keluar negara?”

“Ya, ssaem. Diorang ada urusan bisnes berpartner kat sana. Mungkin hujung tahun ni atau tahun depan baru diorang balik.”

“Oh yeke. Mesti kamu duduk sensorang kan? Kesian kamu.”

“Tak ssaem. Saya duduk dengan erm, sepupu saya.”

“Sepupu?”

Aku melihat ke arah tangga apabila dengar bunyi tapak kaki turun tangga. Dua orang cikgu tu pun pandang ke tangga. Yena melangkah turun dan pergi ke ruang tamu. Dia duduk di sebelah aku. Aku boleh nampak dia tengah gementar. Aku harap dia okay lah.

“Yena? Dia sepupu kamu? Setahu cikgu, Yena ni tak ada sepupu. Kalau ada pun, semuanya kat luar negara. Kamu berdua ni biar betul?” tanya miss Hana yang mula meragui kitorang berdua. Aku tengok Yena yang masih diam dan menunduk.

“Erm, taklah. Yena ada je sepupu kat Korea ni. Tapi, puan dan tuan Choi tak bagitahu sesiapa. Saya tahu sebab saya cikgu kelas mereka.” ucap sir Joon. Aku menghela nafas lega. Nasib baiklah ada sir Joon yang boleh backup kitorang. Kalau tak, memang aku mati katak kat sini.

“Oh macam tu ke~ Jadi, kenapa kamu berdua duduk serumah? Dah lah ibu dan ayah Jihoon tak ada. Kenapa kamu ada di rumah ni, Yena?”

“Saya tinggal sementara je ssaem. Minggu depan saya akan balik ke rumah semula. Erm, rumah saya tengah renovate. Jadi, saya tumpang rumah Jihoon untuk sementara.” jawab Yena. Aku menganggukkan kepala.

“Ya ssaem. Ibu dan ayah Yena yang suruh dia duduk rumah saya untuk sementara.”

“Oh macam tu. Tapi, kamu berdua bilik asing kan?”

“Eh, mestilah ssaem. Dah kenapa saya nak tidur sebilik dengan Yena pula? Esh, memang tak lah.”

“Tak adalah. Saya memastikan sahaja. Sebab ada kes pelajar lelaki dan perempuan yang duduk serumah. Lepastu, ada yang berkahwin dan ada yang mempunyai anak. Inilah sebabnya kami buat lawatan. Kami nak tangkap pelajar-pelajar bawah umur yang kahwin untuk dibuang dari sekolah.” ucap miss Hana. Aku dan Yena terdiam mendengar berita tu.

Secret Husband [PJH]Where stories live. Discover now