"MACAM mana dengan denda semalam?" soal Lionel sambil mengambil tempat bersebelahan Lewis yang sedang menjamah roti.
"Kau pergi tanya dia sah-sahlah okay. Dia kan dah biasa dengan pisau semua. Memang tak ada luka kat badan dialah cerita dia" jawab Efron apabila sedari tadi Lewis hanya mengatup mulut.
Kepala Lewis jatuhkan membenarkan tanggapan yang dibuat oleh Efron. Makanan yang tersisa di sisi bibir diseka sebelum membuka suara.
"Betullah tu cuma adalah sikit tangan aku luka. Biasalah maestro guna pisau nak yang tajam je. Nasib aku ni dah biasa dengan semua pisau tu. Kalau tidak dah arwah dah rasanya aku kat situ" ujar Lewis mengutuk Aysar.
"Kau kira beruntung berbanding kitorang tiga ni lagilah. Dahlah tak biasa dengan pisau lepas tu dapat pulak punishment jenis macam tu. Habis satu badan aku tinggal parut. Buruk dah" keluh Lionel. Masih dia ingat dua minggu lepas dia kena hukuman tu.
Satu badan dia habis luka-luka. Memang nak elak tu boleh elak. Tetapi masalahnya kalau dia elak pisau yang dibaling Aysar makin teruk lagi hukuman dia akan dapat.
Dan disebabkan itu badannya menjadi penghadang. Ya , dia duduk membelakangi Aysar sewaktu lelaki itu membaling pisau ke arahnya. Tak sanggup rasa nak tengok mata tajam pisau tu!
"Siapa suruh kau tak belajar dengan aku. Hari tu aku nak latih kau tak nak. Kau tak habis-habis dengan senjata pistol kau tu semua. Kononnya headhunter mestilah kena mahir semua senjata termasuklah pisau. Betul tak Lionel Skylar?" sinis dan sarkastik Lewis bersuara. Biar bagi headhunter seorang ni sedar diri.
Kalau setakat pistol dengan senapang tu semua mahir tapi cuma satu jelah kelemahan mereka. Tak boleh tembak dari jarak jauh. Kalau dekat beberapa meter bolehlah.
Hanya dua orang saja yang mahir tembak dari jarak jauh. Tak lain tak bukan ketua mereka Aysar Emeer dan Lionel Skylar. Jangan tanyalah kenapa Aysar Emeer tahu dah nama pun ketua mestilah perlu mahir semua benda.
"Perli aku?"
"Eh , tak. Tak perli cuma bagitahu benda yang sebenar" datar suara Lewis berkata.
Harry yang duduk di tepi Lionel hanya mendiamkan diri. Tiada kata yang mampu diluah selain hanya menjadi penonton. Biarlah dua orang ni berdebat sesama sendiri!
"Tadi aku rasa macam nama aku kena seru?" Aysar yang tiba-tiba datang berdiri di hujung meja. Terdiam terkutik semua orang dekat meja makan. Tiada satu suara pun yang membalas selain hanya bunyi kipas yang berbunyi.
"Aik , diam pulak. Tadi kemain rancak borak. Sampai satu rumah dengar. Ni aku datang terus diam eh. Asal takut?" bukannya dia tak dengar perlian yang dilemparkan Lionel padanya. Bukan apa nak kutuk tu boleh tapi janganlah kuat sangat!
Macam nak bagi satu dunia dengar yang dia ni macam kejam sangat. Kira okaylah hukuman baling pisau tu berbanding kena tembak ke nak suruh dia tukar. Dia on je!
"Memasing tak nak mengaku. Aku ubah hukuman korang and thank Lionel. Aku dengar kau kutuk aku tadi. Jangan salahkan aku. Salahkan kawan korang sendiri" tutur Aysar tegas sebelum berlalu pergi.
Tanpa amaran , punggung milik Lionel ditendang Lewis.
"Asal kau tak mengaku bebal. Aduh , mampuslah kita" muka diraup Lewis. Sudah serupa orang frust bercinta je gaya dia. Muka dia tu memang tak boleh control rilex. Walhal belum kena pun hukuman baru Aysar tapi dah merungut dulu.
"Tak , kau rilex boleh tak! Kita belum kena lagi kau dah macam ni. Macam manalah kalau dah kena nanti entah-entah lagi teruk kau tunjuk reaksi kau" ujar Lionel tenang. Namun , di dalam hati terselit jugak ketakutan.

ANDA SEDANG MEMBACA
His Angel
Hành động[ 4th book by leesottt ] HIS SERIES 2 Tengku Aysar Emeer jejaka dingin melayu berkacukan italy itu menyimpan satu rahsia yang tidak sesiapa pun tahu kecuali kawan baiknya. Di Malaysia dia hanyalah sekadar CEO syarikat yang berjaya tetapi sebaliknya...