[ 4th book by leesottt ] HIS SERIES 2
Tengku Aysar Emeer jejaka dingin melayu berkacukan italy itu menyimpan satu rahsia yang tidak sesiapa pun tahu kecuali kawan baiknya.
Di Malaysia dia hanyalah sekadar CEO syarikat yang berjaya tetapi sebaliknya...
"GRAZIE zio (Terima kasih Pakcik)" selesai sahaja pintu teksi itu ditutup dan hilang dari pandangan barulah Nisa memusingkan badannya ke belakang. Bibir melakar senyuman manis. Jelas di matanya kini dia berada di Sicily.
Hampir satu jam duduk dalam teksi hingga ingin rasa nak muntah. Maklumlah pelbagai bau yang ada di dalam kereta itu. Yang pastinya mampu buatkan Nisa rasa tidak selesa.
Nak cakap bau arak pun macam iya jugak sebab bau tu boleh tahan menyengat dan rasa nak muntah. Nasib baik tempat dia nak pergi ni dah sampai kalau tidak mahunya dia muntah dalam kereta teksi tu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Sekarang ni aku nak cari dia dekat mana?" kepala Nisa garu. Topi yang hampir terjatuh dari kepala dibetulkan Nisa. Itulah awal-awal tak rancang main redah je nak datang.
Telefon dikeluarkan Nisa dari kocek seluar sebelum status instagram milik Aysar Emeer dibuka.
"Macam kenal je tempat ni!" dahi Nisa berkerut seiring dengan kepala diangkat mendadak. Mata Nisa membulat besar apabila gambar yang dilihat sama dalam status instagram Aysar.
"Mean dia ada berdekatan sini ke?" Ommo!
Pipi Nisa tekup sebelum bibir menarik senyuman lebar. Kaki mara melangkah manalah tahu dia dapat terserempak dengan Aysar Emeer. Per tak boleh bayang kalau betul-betul terjadi.
BUK!
"Aduhhh , sakit gila" dahi yang dirasakan mungkin akan lebam dipegang. Mata sebelah dibuka Nisa. Tengok macam badan orang tapi lama-lama tengok macam besi pulak. Keras gila waktu langgar tu!
"Ehem , sampai bila kau nak pegang dahi tu?"
Suara garau yang masih ada sedikit dialek itali yang bersuara itu buat Nisa terpegun. Dengar dari suara mesti tuan badan ni hensem. Laju kepala Nisa angkat.
Tergamam Nisa dibuatnya. Tadi baru je cakap dalam hati terus terjadi depan-depan. Tapi ni siapa yang patut cari siapa ni Aysar ke dia patutnya? Kalau ikut kisah novel watak heroin yang macam acah-acah sengaja langgar watak hero supaya sambut. Tapi dia? Macam dah lari dari tajuk je.
Kaca mata yang tersarung di muka tampan itu buat Nisa menelan air liur. Gugup dia rasakan apabila dapat berhadapan dengan Aysar Emeer. Hilang terus kosa kata yang dia dah rangka sebelum jumpa jejaka itali ni.
"Hello , kau ni okay ke tak?" dahi Aysar berkerut. Perempuan ni pandang siapa. Kepala ditoleh ke belakang. Takkan pandang anjing tu kot? Dah fall in love ke macam mana. Ghisau bethol!
"Saya okay. Thank care pasal saya" malu-malu Nisa membalas. Dapat dirasakan mukanya berbahang panas. Tidak disangka yang dia akan dapat bertemu dengan lelaki itu secepat yang mungkin.
Dahi Aysar berkerut. Perempuan ni gila ke? Celah mana datangnya care dia tu. Dia bertanya pun sebab nampak tadi dahi Nisa merah. Agaknya keras sangat badan dia sampaikan boleh menyebabkan dahi orang lain sampai hampir berlebam.