PAPAN keyboard ditekan-tekan gadis itu. Satu persatu gambar yang muncul di instagram diperhati. Kadang-kala tangannya akan menekan tetikus untuk like setiap gambar yang dirasakan cantik.
Beberapa minit membelek-belek gambar tersebut. Tiba-tiba tetikusnya terhenti pada satu gambar lelaki. Lama gadis itu memerhati gambar jejaka itu. Bangunan yang megah berdiri di belakang menandakan jejaka itu berasal dari Italy.
Nisa menongkat dagunya. Bibir menarik sengih. Entah kenapa dia terbayang dirinya yang berhidup dengan jejaka itu. Patut ke dia try jejaka ini.
Lagi pun dia lawa , cantik dan seksi. Bukan ke setiap lelaki suka akan perempuan ciri-ciri begini. Tak begitu?
"Mintak jelah dengan Ummi. Mesti Ummi bagi punya aku pergi Italy" omel Nisa bersendirian. Perancangan sebenar dia sekarang ni tengah berfikir untuk menyambung degree dalam jurusan perniagaan.
Tapi dia sendiri tengah berfikir untuk menyambung di mana. Dan sambil-sambil tu dia belek gambar di instagram. Manalah tahu muncul idea jika tengok gambar sesorang yang tengah travel ke apa kan?
Selepas saja dia tengok gambar jejaka itu tadi. Itu yang dia decide untuk sambung di sana dan sambil-sambil tu dia menyelam pekasam hingga ke pangkal lengan dekat jejaka Italy tu.
"Ummi!" Nisa memanggil Datin Sofia yang kebetulan jalan di hadapan bilik.
Dada Datin Sofia urut. Apa panggil dia sampai terjerit melolong. Tak senonoh betul anak dara seorang ni.
"Ya , kenapa Kak Ngah?" pintu bilik anak keduanya ditolak lembut. Datin Sofia melabuhkan punggung di hujung birai katil. Nisa dipandang bersama kening yang terangkat.
"Ehm Kak Ngah dah decide nak sambung belajar dekat Italy. Ummi okay je kan?" lambat-lambat Nisa bercakap sambil memandang muka Datin Sofia.
Bibir Datin Sofia mengukir senyuman. Ingat ke apalah Nisa panggilnya tadi. Rupanya dah tahu nak sambung belajar dekat mana. Buat suspen orang jelah.
"Ummi tak kisah pun Kak Ngah nak sambung belajar dekat mana. Lagi pun Along sendiri mampu lagi nak tanggung Kak Ngah" anak lelakinya seorang itu menggantikan tempat arwah suaminya sebagai CEO.
Dia pulak? Membuka cafe sendiri. Sudah bertahun lama sebenarnya dia bukak. Jadi adalah sedikit sebanyak duit tepi.
"Kalau Ummi dah benarkan. Kak Ngah nak pergi mohon universiti dekat sana"
"Yelah Ummi keluar dulu. Nak pergi turun bawah masak" Datin Sofia mula bangun daripada katil anaknya. Setelah itu daun pintu kembali ditutup rapat oleh Datin Sofia.
Nisa yang melihat tiada lagi bayangan Datin Sofia menghela nafas. Fuh nasib baik Umminya bagi. Kalau tak jenuh jugak dia nak memujuk semata-mata untuk pergi sana.
Jari mula naik mengetik paparan google untuk mencari university yang berada di Italy. Nisa menongkat dagu seketika. Rasanya dulu dia pernah baca satu buku ni.
Buku tu dulu ada tulis tentang university dekat Italy. Dagu diketuk-ketuk Nisa. Cuba untuk mengingatkan university apa. Jarinya memetik baru dia ingat.
University of Catania!
Universiti ni boleh dikatakan terkenal jugak. Kerana pelajar antarabangsa je yang boleh masuk ke sana. Bayaran dia pun jangan katalah mahal. Sebab university ni hanya menerima pelajar yang pandai dalam segi akademik dan kokurikulum.
YOU ARE READING
His Angel
Action[ 4th book by leesottt ] HIS SERIES 2 Tengku Aysar Emeer jejaka dingin melayu berkacukan italy itu menyimpan satu rahsia yang tidak sesiapa pun tahu kecuali kawan baiknya. Di Malaysia dia hanyalah sekadar CEO syarikat yang berjaya tetapi sebaliknya...