01 | ANGEL

413 20 1
                                    

2 tahun lepas ,

KEPALA baju hoodie dinaikkan apabila melihat seseorang yang diperhatikan sedari tadi sedar akan kehadirannya.

Earpiece ditelinga dipegang Aysar.

"Harry gerak-gerak Fredo dah perasan kehadiran aku. Kau jaga bahagian pintu depan. And Efron kau jaga pintu belakang jangan sesekali bagi Fredo terlepas" ujar Aysar. Jejaka itu mula bergerak mengikut langkah Fredo yang seakan berjaga-jaga.

Tetapi dia lebih cekap membuat kerja. Bibir mengukir senyuman sinis apabila dirinya sudah mahu mendekat pada musuhnya.

"Maestro aku pulak nak kena buat apa?" soalan yang dilempar oleh Lewis di earpiece buat bibir Aysar terketap kuat. Waktu gentinglah ni dia nak tanya soalan pelik-pelik. Diam jelah orang tengah buat kerja ni!

Mahu saja dia memaki hamun pada kawannya seorang itu!

"Diamlah sial! Kau ni buta ke apa tak nampak maestro tengah buat apa kat tengah tu. Ada jugak makan kaki aku ni kang" seakan faham Lionel menolong Aysar menjawabkan bagi pihak Lewis padanya.

Bibir Lewis tercebik. Tanya je kan itu pun nak marah. Period ke apa Lionel ni?

Lega hati Aysar rasa apabila salah seorang dari anak buahnya tolong jawabkan. Langkah Aysar berjaga-jaga. Dirinya masih cuba bersembunyi disebalik kotak-kotak yang bertimbun di dalam gudang itu.

Apabila hanya tinggal beberapa langkah lagi jaraknya dengan Fredo. Tidak menunggu lebih lama Aysar mula berlari sebelum kakinya ditendang pada belakang badan Fredo.

"Ahhh merda. sei inutile Ryder ( Ahhh sial. Tak guna kau Ryder)" Fredo melepaskan jeritan. Tubuh yang terdampar di atas lantai lekas-lekas dibangunkan apabila melihat Aysar seakan mahu memijak mukanya.

"È colpa tua ok perché non sei sensibile a ciò che ti circonda ( It's your fault okay because you're not sensitive to your surroundings)"

Seiring dengan ucapan dari Aysar itu dapat Fredo rasakan sekali lagi badannya ditendang dari belakang. Fredo yang masih belum dalam keadaan bersedia terjatuh kembali. Bibirnya ketap kuat. Sial!

Bibir Aysar mengukir senyuman sinis. Rasa bertuah pun ada jugak kerana Fredo tidak dapat memahami bahasa melayu. Lagi mudah kerjanya bila dia dapat memberi arahan dekat anak buahnya dengan penggunaan bahasa yang tidak dapat musuhnya faham.

"Ryder Arlo, sei assolutamente certo che io sia entrato in tua compagnia. E se altre persone (Ryder Arlo kau betul-betul pasti ke aku yang ceroboh masuk ke dalam syarikat kau tu. Manalah tahu orang lain)" saja Fredo bermain dengan psikologi Aysar.

Aysar senyum senget.

"Ti ricordi che sono stupido come te? Ho la prova della tua faccia chiaramente sulla telecamera di sorveglianza. Dopotutto, dal tuo stile sei solo così (Kau ingat aku bebal macam kau ke? Aku ada bukti muka kau terang-terang ada dekat CCTV. Lagi pun , daripada gaya kau seorang je yang macam tu)" nak menipu dia pun agak-agaklah.

Dia bukannya bodoh seperti mafia yang lain dan boleh ditipu sesenang mungkin. Dah 15 tahun dirinya sebati dengan dunia gelap ini. Mana mungkin dia tidak percaya.

Malas mendengar lebih ayat melalut dari mulut Fredo. Aysar terus melepaskan tembakan di lutut dan bahu milik Fredo.

"AAAAHHHHHHHH" jatuh melutut Fredo dibuatnya. Dahi mula berkerut hebat apabila terasa daging di isi kaki dan bahu seakan dicarik.

Harry dan Efron yang memang sedia ada di belakang lelaki itu terus mengangkat dan membawa pergi setelah diberi isyarat mata oleh Aysar.

Lambaian kecil sempat diberi pada Fredo yang meronta dalam pegangan anak buahnya.

His AngelWhere stories live. Discover now