"KALAU ya pun tutuplah mulut tu. Sampai sini boleh bau mulut kau" tanpa tapis Lionel membalas selamba pada Lewis yang duduk berhadapannya di atas lantai.
"Memanglah aku tak gosok gigi. Itu yang berbau sikit" tanpa selindung Lewis berkata jujur. Maklumlah pagi tadi dia bangun secara tergesa-gesa kerana berlawan perlawanan ps4 bersama Harry malam semalam.
Entah apa mimpi jejaka tersebut mengajaknya. Disebabkan hal itu dia hanya mandi kambing sekadar membasahkan badan sahaja asalkan tidak melekit dan berlengas.
"Pengotor gila kau ni?" kepala milik Lewis ditolak ke belakang.
"Apa benda yang memekak pagi-pagi buta ni?" suara garau yang mencelah antara pertengkaran dua jejaka membuatkan mereka menoleh memandang.
"Mimpi ke ni?" Lewis menggosok-gosok matanya. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba muncul lelaki ni ke dah nak mampus?
PAKK!!!
"Aduh"
"Agak-agak mimpi lagi ke?" kasar Ayaaz Emran membalas. Geram sebenarnya dari tadi lagi dia dengar dua orang ni terpekik terlolong. Ingat pejabat ni bapak diorang punya agaknya.
"Shibal sakkiya sakit nate" Lewis mengeluh perlahan. Lama-lama boleh amnesia dia kalau macam ni. Sikit-sikit hempuk kepala dia. Lepas ni jangan tanya kenapa kalau dia tak ingat biodata diri dia.
"Kau apasal tiba-tiba balik?" Lionel sekadar memerhati dari tadi akhirnya bersuara. Matanya tidak berkelip melihat Ayaaz kerana penampilan lelaki kelihatan amat berbeza sebelum kali terakhir dia jumpa.
Nampak lagi segak dan penampilan Ayaaz boleh dikatakan amat kemas. Badan yang berotot dan sedikit tegap itu menunjukkan jejaka tersebut kuat bersenam.
"Saja lagi pun nak release tension kejap before balik semula ke pangkalan" ujar Ayaaz bersahaja. Kerusi kosong yang berada di belakang Lionel dan Lewis didudukinya. Letih seharian sebenarnya kerana dia baru sampai semalam. Tidur pun masih tak cukup.
Lionel mengangguk perlahan. Peralatan mainan yang dimain dikemas setelah melihat Lewis sudah mula terbongkang tidur. Dasar tak senonoh budak ni. Mana- mana tempat pun boleh jadi tempat tidur.
"By the way aku nak tanya dekat kau. Ada ke baru-baru ni perempuan kacau adik aku" tanya Ayaaz tanpa tapis. Malas dia nak berkias. Kalau boleh dia nak elakkan gadis tersebut daripada mendekati adiknya yang berbahaya itu.
"Oh ada dekat club kau macam tak kenal adik kau ka..."
"Tak ni aku tak main-main dengan kau. Ada ke perempuan cuba nak mengorat adik aku. Kalau kau nampak depan-depan mata kau sendiri" kolar baju milik Lionel ditarik kasar berhadapan mukanya. Wajah serius ditayang di hadapan Lionel.
"Aduh , kau ni. Kau fikir aku bergurau ke aku dah kata ada dekat club sana. Berlambak perempuan nak mengorat adik kau. Kau tak faham bahasa apa lagi?" sedikit meninggi suara Lionel hingga menganggu tidur Lewis.
"Apa yang korang gaduh ni?" terpisat-pisat Lewis bangun. Keningnya sedikit berkerut melihat Ayaaz dan Lionel sedikit tegang.
Lionel menolak kasar tangan Ayaaz dari memegang kolar bajunya.
"Kau kalau datang sini sekadar nak bergaduh dengan aku better kau blah. Aku malas nak layan gila kau dengan adik kau tu" ujar Lionel tanpa memandang muka Ayaaz di belakangnya.
"Adik beradik semua sama mental" omel Lionel perlahan.
Dia takkan pernah tumbuk muka kawan sendiri selagi mereka tidak membelakanginya. Selagi pergaduhan itu boleh selesai dia akan sekadar berbalah guna mulut sahaja.

ANDA SEDANG MEMBACA
His Angel
Aksi[ 4th book by leesottt ] HIS SERIES 2 Tengku Aysar Emeer jejaka dingin melayu berkacukan italy itu menyimpan satu rahsia yang tidak sesiapa pun tahu kecuali kawan baiknya. Di Malaysia dia hanyalah sekadar CEO syarikat yang berjaya tetapi sebaliknya...