PROLOG

597 26 0
                                    

Sicily , Italy

BINGIT bunyi pistol di segenap markas Dragon Slayer itu.

BANG BANG BANG

"Berapa lama lagi kau nak macam ni maestro?" soal Harry marah.

"Kau pergi jelah tak payah nak ambik kisah pasal hal aku!" ujar Aysar Emeer dingin.

"Haih aku tak tahu nak kata apa lagi dengan kau ni maestro" ujar Harry. Dahi diurut pening dengan perangai kawannya sebenarnya.

Sudah beberapa tahun berlalu tapi masih tidak berubah. Akibat kecewa yang teramat sangat membuatkan kawannya berubah menjadi seorang yang dingin dan kasar.

"Dia tak sudah lagi ke?" soal Lewis kepada Harry dari belakang. Keropok yang berada di tangan dimasukkan ke dalam mulut.

"Kau tengoklah sendiri aku dah tak tahu nak pujuk hati ketua mafia tu macam mana lagi" Harry berlalu pergi. Sudah berkali dia nasihatkan kawannya. Tapi masih tiada perubahan.

Lewis hanya menggelengkan kepalanya. Dah dua-dua sama naik angin macam mana nak selesai masalah? Dalam diam Lewis mengeluh perlahan melihat perubahan Aysar. Menangis air mata darah pun bukannya boleh kembali seperti dulu.

Terbuntang mata Lewis apabila melihat Aysar tiba-tiba pengsan di hadapan matanya.

"HARRYYY" keropok sudah di buang ke lantai. Kaki berlari ke arah Aysar yang sudah pengsan di depan punching bag.

"Kau kenapa ni menjerit-jerit" Lionel yang mula-mula mahu marah dengan Lewis terus tidak jadi apabila melihat susuk tubuh Aysar pengsan.

Berlari terus dia ke tubuh Aysar. Tangan Aysar diangkat lebam dan sudah berdarah. Dalam diam Lionel mendengus perlahan. Suka sakitkan diri!

"Kau kalau nak gaduh dengan aku lain kali jelah. Ni tolong aku angkat maestro hantar pergi hospital. Mana si Harry dengan Efron?" soal Lewis pada Lionel yang sudah mengangkat tubuh Aysar bersama-sama dengannya.

"Efron macam biasalah settle hal syarikat. Harry kau tahulah dia kan lepas marah maestro terus keluar rumah nak tenangkan hati dia yang tengah panas tu" terang Lionel bersahaja.

Kepala Lewis menggeleng.

"Woi , kau yang kat sana tu tolong bukak pintu untuk maestro ni cepat" ujar Lionel kasar pada anak buahnya yang menjaga di hadapan pintu markas.

Sejurus pintu kereta dibuka. Tubuh Aysar terus diletak di seat belakang. Bahu yang terasa lenguh diendahkan. Lewis dan Lionel terus mengambil tempat duduk di hadapan.

Laju pacuan empat roda itu bergerak keluar daripada kawasan markas Black Fighter itu. Dalam beberapa minit, mereka sudah sampai terus tubuh Aysar diangkat dan diletak di atas stretcher.

Nasib baik waktu Lionel bawak kereta tadi Lewis sempat mesej dengan Doktor Faris. Tidaklah mereka menunggu untuk memanggil nurse semua.

Pintu bilik bedah yang dibuka mengejutkan Lewis dan Lionel. Laju mereka bangun dari tempat duduk.

"Macam mana Faris dengan condition maestro?" soal Lewis tanpa menangguh.

Faris mengeluh perlahan sebelum memandang muka dua sahabatnya yang belajar di universiti yang sama dengannya dahulu.

"Macam biasalah Lewis. Tak cukup rehat dan badan dia kurang air. Dia tak makan ke?"

Lionel yang mendengar sudah meraupkan mukanya. Tidak tahu mahu buat apa dengan ketua mafia itu. Kalau nasihat pun tak jalan apatah lagi kalau orang suruh makan.

His AngelWhere stories live. Discover now