[THE CRUEL BEAST]
Bila buka mata, perkara pertama aku nampak cumalah bilik yang usang. Dipenuhi dengan sarang labah-labah dan hampasan kayu. Spesies debu jangan dikata, berada di merata tempat. Tebal macam salji. Dari celahan tingkap, aku boleh mengecam pohon yang rendang. Jadi aku tak fikir aku berada di tengah-tengah bandar ataupun pusat beli belah, Pavilion kesayanganku. Logik akal, mestilah aku berada di dalam hutan. Kiri kanan dipenuhi dengan rimba. Aku tahu itu!
Otak mula berfungsi. Mengimbas semula apa yang berlaku sebelum aku berada di tempat ini. Senang kata, sebelum aku pengsan dan dibawa ke sini.
Kejadian pertama yang aku ingat, rumah aku diceroboh oleh orang asing. Kemudian mereka mengugut aku. Selepas itu... ya, mereka tekap mulut dan hidung aku dengan satu kain!
Dengan magisnya, duniaku terus bertukar gelap. Mungkin serbuk Fairy Godmother yang diletak itu berkesan membuatkan aku terlelap seketika. Tak guna. Aku tak sedarkan diri sehinggalah sekarang.
Di sini, aku diawasi oleh tujuh orang lelaki yang tak pernah aku kenal. Tipulah kalau aku cakap aku tak gerun. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gementarnya aku ketika ini. Dalam hati berdoa agar aku tidak diapa-apakan oleh mereka semua.
Suasana menjadi kelam-kabut bila ruangan di luar menjadi bising dengan bunyi... tembakan? Mungkin!
Sekali lagi aku mendapat kejutan bila koklea aku dengar bunyi pintu ditendang kuat dari luar. Lantas kepala menoleh melihat ke depan. Dengan cepatnya, beberapa orang mula masuk ke ruangan ini.
Mataku menangkap kelibat seseorang yang sangat aku kenali. Dia datang menyelamatkan aku. Oh dear... my prince charming!
1...2...3...
Permainan bermula!
Bang! Bang! Bang!
YOU ARE READING
Dangerously In Love (hold)
RomanceIni adalah kisah seorang diva bertemu dengan jejakanya... THALIA - sekali dia kenyit mata, semua lelaki boleh tunduk kepadanya. Cantik, hot dan meletops. Memang gadis idaman bagi semua orang. Tapi, ada seorang jejaka yang datang dari planet mana pun...