Seminggu aku hanya terperap dalam rumah tanpa berbuat sebarang kerja atau bersuka-ria di luar. Mungkin effect malu berkaki ayam, mungkin!
Hanya berbaring di atas katil, ulang-alik membuka Netflix, belek majalah dunia fashion, makan, tidur dan ulang semula. Kadang-kadang, bosan juga.
Tina dan Qis langsung tak ajak aku keluar. Mesej juga tak berapa kerap. Hanya update apabila ada gosip panas berlaku dalam grup. Aku pun tak mengajak mereka keluar. Entahlah. Tak ada mood.
Tapi... aku nak keluar!
Baby Coo dah siap dirawat dan selepas kejadian hari itu, aku langsung tak menaikinya. Tersadai saja di dalam garaj.
Papa dan mama pula tak ada di rumah. Sudah menjelang tiga hari. Mereka berdua ada kerja di luar negara. Jadi, tinggallah aku dengan bibik-bibik kesayanganku.
Siapa ya yang aku boleh ganggu pada hari-hari begini? Sungguh aku dilemma!
Tiba-tiba deringan daripada telefon bimbit berbunyi. Tertera nama Gevran.
Uuu, Gevran!
Haram untuk aku menolak panggilan daripada dia. Lantas butang hijau kutekan.
"Hello."
"Bersiap cepat, saya ambil awak pukul 2 tengah hari."
Aku terpinga-pinga.
"Nak pergi mana?"
Tut... panggilan ditutup! Lagi bertambah kepingaan aku itu!
***
Pukul dua tepat dia tiba di rumahku. Aku pula, pukul dua tepat baru nak pilih baju apa yang nak dipadankan untuk keluar dengan dia!
Dengan make up yang belum dimagiskan lagi di wajahku, pemilihan handbag yang belum dibuat dan high heels setinggi mana yang menjadi pilihan.
Tambahan pula Gevran yang tak henti-henti membuat panggilan ke atasku. Urfff- aku tertekan!
Panggilan masuk lagi.
"Iya, bagi saya lagi sepuluh minit. Janji sharp saya turun!" Aku merayunya.
Gevran melepaskan keluhan. Nampak sangat yang dia tak puas hati dengan aku.
"Cepat sikit. Kalau tak nanti saya naik dan heret awak keluar."
Aku terus menyiapkan diri. Dengan keadaan yang tergesa-gesa! Make up pun main tepek aje. Cukup syarat agar muka aku nampak ceria dan berwarna.
Tak sempat belek tubuh di cermin, aku terus turun ke bawah dan pintu kereta Gevran dibuka dan aku masuk ke dalam perut kereta itu.
"Tetap lewat satu minit."
Aku jeling Gevran. Satu minit je pun. Berkira. Dia tak ada adik perempuan ke? Ataupun sekurang-kurangnya, dia tak pernah tengok mak dia bersiap ke?
Eh hello, perempuan memang bersiap lambat. Kena terima perkara itu. Beballah.
"Ingat bersiap lama-lama, rupa dah cantik macam Cinderella."
Aku hairan. Dia nak cakap aku tak cantik ke macam mana ni?
"Saya tak cukup cantik dari Cinderella ke?"
"Cuba ambil phone dan buka camera. Lihat di wajah awak."
Hai... lain macam saja. Kenapa aku rasa tak sedap hati? Cepat-cepat aku keluarkan telefon pintarku. Selfie camera aku buka dan tala ke wajah.
Bahagian dahi dan mata, cantik. On point. Checked.
Bahagian hidung dan pipi. Sharp. Checked.
Bahagian bibir. Eh?
Oh papa! Cepat-cepat aku capai tisu basah dan mula tonyoh berdekatan area itu. Rupa-rupanya lipstick aku comot. Bukan sedikit tetapi banyak! Sudahlah lipstick berwarna merah menyala. Buruk betul aku melihatnya.
Kedengaran dengusan kecil Gevran menemani kami berdua. Aku jeling tajam ke arahnya. Suka betul dia bila melihat aku clumsy begini.
"What?"
"Janganlah gelak. Lupakan apa yang awak nampak ni. Buat-buat tak nampak!"
Masih lagi bersisa tawa Gevran sembari dia menggelengkan kepalanya.
"Nasib baik saya tegur. Kalau saya jahat macam awak, saya tak tegur langsung. Malulah awak sampai ke balik nanti."
"Saya jahat? How dare you... sejak bila saya jahat? Saya ni perempuan paling baik. Jangan sampai saya tunjuk sisi kebaikan saya kepada awak, takut nanti awak jatuh cinta aje dengan saya."
Aku tarik muka sombong, bangga, dan menggoda!
"I swear I'm not. You don't impress me, Thalia. Saya langsung tak berminat dengan awak."
Pedas!
Gevran memulakan perjalanan kami.
"Awak nak bawa saya ke mana?"
"Pergi servis kereta saya."
Sabar... dia suruh aku bersiap-siap untuk teman dia pergi servis Audi TT ni saja? Sabar...
Perjalanan tak adalah jauh mana. Masih lagi dalam kawasan Kuala Lumpur. Bila sampai, kami dikehendaki keluar dari perut kereta dan berehat di tempat yang disediakan.
Nama saja pergi servis kereta, empat jam juga aku kena sidai! Ini memang tak boleh bersabar! Walaupun ruang ini nampak classic dan selesa untuk aku duduk, tetap aku tak suka!
"Saya nak pergi tempat lain!" Aku bangun dari sofa. Peluk tubuh dengan gaya paling mengada sekali.
"Pergi mana?"
"Have fun."
Gevran melipat surat khabar yang dibacanya. Dia memandang ke arahku.
"Kereta saya masih servis. Nak naik apa pergi sana?"
"Lrt ada."
Gevran pandang aku. Aku pandang dia. Idea aku... macam seronok saja!
***
Aku duduk di sebelah Gevran. Sama-sama menunggu lrt tiba. Sekarang ini tak berapa ramai lagi orang. Tunggulah pukul lima dan enam petang nanti, memang berhimpit di dalam lrt.
Biasalah, masa untuk orang pulang dari kerja.
Tinggal lagi dua minit untuk lrt tiba. Kami sama-sama bangun dan berdiri belakang dari garisan kuning. Tak sabar pula aku nak naik kenderaan awam ini.
Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki ke dalamnya. Kali terakhir pun aku rasa sewaktu aku sekolah menengah dulu. Itu pun, baru dua kali!
Papa dan mama melarang benar untuk aku naik lrt. Sebuah kelebihan yang ada di Kuala Lumpur ini yang aku rasa rugi betul kerana aku tidak menggunakan kelebihan itu.
Sekarang, aku nak berseronok. Graf perasaan teruja naik mendadak dalam hatiku.
Akhirnya, lrt tiba. Aku mula menepuk tangan. Dah macam beruk dapat bunga! Aku melangkah mendahului Gevran masuk ke dalam lrt.
Agak ramai orang dalam lrt. Semua kerusi mempunyai penduduknya. Jadi, aku dan Gevran terpaksa berdiri. Tidak lama kemudian, lrt mula bergerak.
Mungkin pegangan aku di tempat pemegang atas kepala tidak kuat, akibat inersia oleh gerakan lrt ini, tubuhku terdorong ke belakang. Terlanggar Gevran dan secara refleksinya, kedua-dua tanganku naik mendakap dadanya.
Aku terkejut! Terpana!
Angkat kepala untuk melihat wajah Gevran. Tiba-tiba mata kami bersatu. Menjentikkan satu rasa yang luar biasa di dalam hatiku tatkala dia masih merenungku dengan renungan yang... aku sendiri tidak tahu apa ertinya.
Aku melarikan pandangan. Tangan juga aku jauhkan dari dada lelaki itu dan memegang tempat pemegang dengan erat sekali. Moga situasi tadi tidak berlaku lagi. Memalukan!
Destinasi kami seterusnya ke Pasar Seni. Aku hanya menunggu. Dan entah kenapa aku rasakan yang mata Gevran masih lagi ke wajahku.
Dalam diam, rama-rama mula mengepak baharu.
YOU ARE READING
Dangerously In Love (hold)
RomanceIni adalah kisah seorang diva bertemu dengan jejakanya... THALIA - sekali dia kenyit mata, semua lelaki boleh tunduk kepadanya. Cantik, hot dan meletops. Memang gadis idaman bagi semua orang. Tapi, ada seorang jejaka yang datang dari planet mana pun...