Bab 9

414 21 5
                                    

Malam ini aku bebaskan rambutku dari ikatan sanggul dan di belakang kepala ada bow berwarna hitam. Masuk dengan warna dress aku yang sungguh sassy itu.

Dress yang tak terlalu singkat dan tak terlalu labuh. Just nice. Bahagian dada pula tertutup rapi. Tak terdedah bahagian mana-mana.

Sejujurnya, aku kurang gemar untuk memakai pakaian yang seksi meskipun aku tidak berhijab. Aku tak tahu kenapa. Tak selesa sungguh.

Kami tiba di hadapan rumah Tina. Aku keluar dari perut kereta Gevran dengan berhemah sekali.

Ya, aku heret Gevran.

Pada mulanya, dia keras menolak permintaanku. Muka tegas habis. Bo layan! Lepas aku belai-belai dia manja sikit, barulah dia sejuk hati nak ikut aku juga. Muehehehe.

Belai apa? Jangan nak menguning sangat. Aku gunakan senjata pujuk rayuku yang semaksima mungkin untuk tawan hati nurani naga itu.

Akhirnya, aku berjaya. Itulah orang cakap, hati yang keras masih ada lembut di dalamnya. Cuma kena pandai belai. Memang lembut habis!

Aku berdiri dengan tegak. Menanti Gevran datang ke sisiku. High heels hitamku berkilat pada waktu malam begini, menyuluh mataku akibat pantulan cahaya dari lampu rumah.

Here we go, remember Thalia. You are the main character.

Itu matlamatku. Mungkin nampak seperti narsistik. Tapi tak apa. Aku suka.

Gevran tiba di sebelahku. Dia nampak kacak dengan kemeja hitamnya. Dua butang awal baju itu tidak dibutangkan. Mempersembahkan lagi dada Gevran yang sangat bidang. Dia betul-betul nampak seksi sekarang ini.

Purrr... meow!

Aku berpaut kepada lengannya.

"Eh, apa ni?" Gevran terkejut. Pantas dia menarik lengannya jauh daripadaku.

"Pimpinlah saya masuk ke dalam. Baru nampak sweet sikit."

"Sweet sampai masuk neraka. Saya tak mahu."

Aku jeling terus dia. Jalan menonong masuk ke dalam party tanpa menghiraukan Gevran yang ada di belakangku.

Ramai juga orang yang menghadiri party Tina malam ini. Rata-ratanya kenalan rapat dia. Beberapa orang juga yang aku kenal dan aku tegur mereka.

Ada juga dari rakan-rakan sekolah menengah. Boleh dikatakan, party ini juga reunion untuk kami semua. Tina dan Qis mendekatiku. Kami berpelukan erat. Divaku sentiasa.

"Babe, cantiknya you hari ni!" Aku memuji Tina. Disarungkan dress kembang warna merah di tubuhnya. Nampak garang dan seksi. Aku suka.

Qis pula natural. Gown dia tak terlalu over dan mengada. Nice! Masih nampak kejelitaan kacukan cina itu.

Mereka perasan dengan kehadiran Gevran di sebelah. Qis menyiku lenganku.

"Psst, siapa tu?"

"Boyfriend baru you ke?"

Aku tersenyum kecil, turut memandang ke arah lelaki itu.

"Gevran. Bodyguard I."

Mereka gasp. Pandang Gevran lama.

"Handsome."

"Hawt-e!"

Mereka mula ketawa sesama sendiri. Masing-masing tak puas lagi memandang ke arah Gevran. Nasib baik lelaki itu sibuk dengan telefon bimbitnya dan tidak memberikan fokus kepada perbualan kami. Kalau tak, lagi menjadi-jadi kegedikan para diva.

"Indah betul ciptaan Tuhan seorang ni. Single lagi tak?" Qis bertanyakan kepadaku.

"Kalau dia single, I dulu yang mengorat dia!" Sambil membetulkan anak rambut, aku menjawab.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dangerously In Love (hold) Where stories live. Discover now