Banyak hidangan yang disediakan. Jenis-jenis makanan kampung. Tak diva tapi bertambah-tambah juga nasi aku jadinya. Makanan kampung bukanlah tipikal perut aku. Tapi bila ada 'makanan' lain yang terhidang di depan mata, memang aku makan dengan penuh selera!
Di ruang makan aku duduk bertentangan dengan Gevran. Sedari tadi lagi aku hanya memerhatikan gerak-gerinya. Sopan betul dia makan. Tertunduk-tunduk. Langsung tak angkat kepala melihat aku atau papa dan mama. Sebelum kami menjamah hidangan, dialah yang mengetuai bacaan doa untuk kami.
Tanpa sebutir pun bicara keluar dari mulutnya, dia tetap setia menjamah nasi dengan penuh tatasusila. Haihlah... hijau betul mamat ni.
Hanya aku, papa dan mama sahaja rancak berbual. Sesekali dia akan mengangguk apabila papa dan mama menegurnya.
Muka Gevran tetap beku. Dan masih pedas!
Suapan terakhir aku masukkan ke dalam mulut. Kunyah-kunyah dan aku telan. Jus oren di sebelah dicapai dan diteguk. Tatkala ini, mata Gevran naik sesaat ke mukaku.
Sebuah kenyitan mata paling menggoda aku berikan. Kenyitan mata barbie!
Dia turunkan semula pandangannya. Haha!
"Thalia ada nak keluar ke mana-mana ke?" Mama bertanya sambil dia mencapai beberapa potongan buah epal. Aku dan mama selesai menjamu selera. Tinggal papa dan Gevran saja yang masih belum habis.
"Nak, mama. Ingat nak jumpa Tina dan Qis kejap lagi. Kenapa mama tanya?"
"Nothing. Jaga diri ya, jangan pulang lambat sangat."
"Alright ma'am. Tak lama pun Thalia keluar. Ada gossip yang panas Thalia mahu kongsi dengan dia orang." Semasa aku sebut gossip panas, pandangan paling berapi saja aku talakan ke arah Gevran. Intonansi suara saja aku gemersikkan lagi. Aku tahu dia tahu aku menyerunya.
Dia? Dia memang gossip yang panas! Pedas! Naik selera Tina dan Qis jadinya kalau aku buka cerita tentang jejaka terhangat di hadapan ni.
Gevran hanya buat bodoh. Suapan terakhir masuk ke dalam mulutnya. Jus oren diteguknya.
"Awak nak epal?" Aku tanya.
Dia geleng.
"Awak nak tembikai?"
Dia geleng.
"Awak nak saya?"
Dia mengangguk? Lambat lagi! No reaction! Ceh!
"Thalia!" Mama di tepi menjeling tajam. Marah benar bila aku usik Gevran. Aku tunjuk sengih. Tunjuk muka tak bersalah.
"Maaf ya, Gevran. Anak saya ni special sikit. Kalau datang mood ulat beluncas dia, boleh mengucap semua orang." Mama berhujah.
Special? Waaa... lain macam mama!
"Tak mengapa, puan. Saya faham."
Apa yang dia faham? Yak yak yeay saja. Mama memandang aku dari sisi. Sebuah kenyitan mata nakal aku berikan kepada mama. Gevran di depan diam membisu.
Selepas papa selesai makan, Gevran pun mula beredar. Dia meminta pamitan dari papa dan mama sebelum mula melangkah keluar dari ruang tamu. Aku membututi dia.
"Nanti!" Gevran berhenti melangkah. Tubuhnya kaku. Aku yang dibelakang datang berdiri betul-betul di depannya. Kedudukan kami agak rapat. Gevran mengundur ke belakang setapak.
Aku mendongak melihat wajahnya. Sorry, bukan aku yang rendah tapi dia yang terlalu tinggi. Tiada langsung riak di wajahnya. Senyumannya mati. Beku!
"Saya tahu memang papa upah awak untuk ikut saya ke Switzerland. Now tell me, adakah awak beritahu kepada papa semua aktiviti yang saya buat di sana?"
Gevran tenang mendengar. Dia memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluar jeansnya. Matanya lama merenung ke dalam mataku. Macam nak ditembus saja!
"Kenapa? Takut rahsia awak bocor?"
"Saya tak main-main. Atau... memang awak nak saya bermain?" Aku mengangkat tangan untuk menyentuh jaket hitam Gevran, membelai dadanya.
Belum sempat tangan aku menyentuh jaket hitam itu, Gevran mengundurkan diri setapak lagi ke belakang.
"Jangan pernah berani dengan lelaki. Awak perempuan dan awak patut menjaga diri awak."
Memang jual mahal. Purrr... meow!
"Jadi, baik awak jujur dengan saya."
Gevran nampak tertekan. Malas benar dia mahu melayan aku.
"Saya tak ikut awak ke Switzerland pun, Thalia. Macam yang papa awak cakapkan, kami berbincang mengenai projek baru di Itali. Ia tak ada kena mengena dengan awak."
Dia tersenyum sinis. Lalu dia menyambung ayatnya.
"Tak hingin saya nak jadi stalker perempuan. Tambah-tambah perempuan macam awak. Gedik dan poyo. Buang masa."
Boom! Rasa terbakar hati aku mendengarnya! Mulut Gevran memang lantang! Memang meminta untuk dicium berkali-kali! Memang meminta untuk disesah tanpa ampun!
"Excuse me? Gedik saya gedik berkelas! Poyo saya poyo berkelas! Jangan sampai satu hari nanti awak jatuh hati dengan saya. Jangan nak jual mahal sangatlah."
"Tak akan terjadi dan tak akan berlaku. In your dreams."
"Ramai lelaki yang menangis di bucu katil kerana saya menolak cinta mereka. Tak pernah lagi mereka yang menolak cinta saya."
Gevran melangkah dua tapak ke depan. Kini, aku dapat merasakan deruan nafasnya menyentuh kulit mukaku. Ia mendiskripsikan betapa dekatnnya jarak kami ketika ini.
"Biar saya jadi orang yang pertama."
Wush! Pedas! Panas! Berapi!
"Kalau begitu, beri saya mengorat awak dulu. Kita lihat, siapa yang jatuh ke riba siapa."
Gevran tetap merenung aku dengan mata tajamnya dan entah kenapa aku pula rasa tak tentu arah! Akhirnya aku larikan mata ke sebelah kiri.
Ambil nafas seketika dan aku pandang dia semula! Bukan pandangan biasa tapi pandangan yang totally menggoda! Dia nak main sangat dengan aku kan? Okay! Try me, Beyoncé!
Topi cap Gevran aku pusingkan ke belakang. Kini muncung topi beralih arah. Tiada sudah muncung topi cap di atasku. Ia sudah ke belakang. Sesaat, aku terpana melihat wajah Gevran.
Kacak maut! Semak jetak sunggoh dia ni wey!
Kening tebal yang elok terukir. Wajah bersih dari segala cacat cela. Nampak tak kusam. Dia bebas dari jambang, misai dan janggut. Memang betul-betul bersih! Bibir bukan main pink. Nampak sangat yang dia bukan seorang perokok.
Geram pula aku melihatnya. Aku rakus karang!
"Saya nak mengorat awak, Gevran."
Mata kami masih lagi melekat antara satu sama lain. Tak pernah berganjak. Gevran dengan wajah bekunya dan aku dengan senyuman nipis di bibir. Sama-sama macam nak lawan siapa tutup mata dahulu, dia akan kalah.
"Pergi. Mati."
Aku tarik senyum lebar sedikit. Kening sebelah aku jongket ke atas.
"Dengan awak?"
Mata biru Gevran mengecil. Mungkin dia tak sangka aku akan jawab begitu. Well, kita mati sama-sama, sayang! Saya mati dalam dakapan cinta awak! Muehehehe...
"Saya malas melayan orang gila."
Dia membetulkan semula capnya dan melangkah memasuki kereta yang diparkir tak jauh dari tempat kami berdiri.
Sebuah Audi TT meluncur laju, membelah jalan raya dengan begitu deras, lancar dan padu.
Aku tersenyum.
Gevran memang kacak.
YOU ARE READING
Dangerously In Love (hold)
RomanceIni adalah kisah seorang diva bertemu dengan jejakanya... THALIA - sekali dia kenyit mata, semua lelaki boleh tunduk kepadanya. Cantik, hot dan meletops. Memang gadis idaman bagi semua orang. Tapi, ada seorang jejaka yang datang dari planet mana pun...