Penat! Seluruh rongga badanku terasa lenguh sekali. Urat-uratku cekang. Kantuk mata pula masih lagi memberat. Badan aku betul-betul lesu. Memang tak cukup tidur.
Pukul dua pagi juga semalam aku tiba di rumah papa dari Switzerland. Perjalanan yang agak jauh. Kepenatanku memang tahap maksima. Kalau tak fikir akan perut yang lapar, memang aku sambung syahid semula. Bukan main lagi perutku berbunyi minta diisi. Kali terakhir aku makan pun pukul sembilan malam semalam.
Jam di dinding aku lihat. Dah pukul sembilan pagi. Cukup dua belas jam aku biarkan perut aku kosong. Waaa... harap gastrik tak singgah! Satu hal pula aku kena pergi dating di klinik.
Aku bangun malas-malas dari katil. Gaun tidur merahku dibetulkan sedikit. Rambut pula dibiarkan. Kusut masai. Aku malas betul hendak melangkah turun dari katil. Tak ada siapa yang mahu tolong bawakan makanan kepada aku ke?
Meminta kau, Thalia! Mengada!
Lambat-lambat aku keluar dari bilik.
Grr... grr... grr... laparnya! Satu per satu tangga diturun. Dari jauh aku nampak mama dan papa sedang berbual dengan seseorang. Tubuhnya membelakangiku. Seorang lelaki. Berkot hitam dan bercap. Tubuhnya tak familiar di mataku.
Siapa pulak yang datang?
Nampak gaya aku kena naik semula. Tak sanggup aku turun dengan penampilanku yang buruk ni. Jatuh imej diva seorang Thalia. Baru aku hendak berpatah balik, mama menyahut.
"Thalia, where are you going? Sinilah."
Aku rasa nak ketuk dahi sendiri! Wargh! Nampak gaya terpaksa aku berpaling semula ke arah mama. Cepat-cepat aku mempamerkan senyuman kepada mereka.
Lelaki berkot itu turut memandangku. Saat mata kami berlaga- aku rasa nak pengsan! Jantung beritma laju!
Dia?! Macam mana dia boleh ada di sini?! Lelaki yang aku rempuh macam ragbi di airport semalam. Waaa!
"How Switzerland? Updatelah dekat mama."
Ini bukan masa yang betul mama. Thalia tengah barai ni! Sabar sekejap!
"Kejap ya, Thalia nak naik atas mandi dulu!" Berdesup aku lari naik ke bilik! Bala! Apa yang dia fikir bila nampak aku dengan keadaan yang buruk itu? Memalukan!
Cepat-cepat aku mandi. Segala sabun mandian aku sapukan ke badan. Biar kulitku tampak lebih mulus dan lembut. Siap mandi, aku mula prep muka. Lotion juga aku sapu di betis dan lengan. Beg make-up aku capai dan mula melukis di wajahku. Hari ni tema soft. Baju pun aku memilih untuk pakai baju berwarna merah jambu. Lipstick dan eyeshadow juga merah jambu. Semuanya merah jambu! Masuk warna tu dengan warna rambutku yang diblonde.
Barbie term. Sukanya!
Setelah berpuas hati aku menilik penampilanku di cermin, aku mula mengorak langkah untuk turun semula. Kali ini aku turun dengan penuh keyakinan! Aku yakin, siapa yang memandang aku pasti akan terjatuh cinta!
Lihat sajalah mama dan papa mula terpengun melihat aku turun dari tangga. Lelaki berkot hitam masih tak perasan akan kehadiran aku sehinggalah aku tiba di ruang tamu itu.
"Hello ma and pa," aku menegur kedua syurgaku. Kepala aku toleh kepada lelaki berkot itu di sebelah kananku.
"What a beautiful day, kita ada tetamu hari ni!"
Sapa aku girang. Dia hanya mengangguk kepadaku, pandang sekali lalu dan matanya kembali fokus kepada mama dan papa semula.
"Hye, my name is Thalia." Aku menghulurkan tangan untuk berjabat dengan lelaki itu. Namun dia hanya melihat tanganku tanpa ingin menyambutnya. Dia hanya mengangguk.
"Gevran."
Sombong menonggek! Tak apa... tak apa.
Aku tarik semula tanganku. Papa tergelak dan mama menggeleng-gelengkan kepalanya. Nampak sangat yang dia tak suka benar dengan perangai bebas laku anaknya yang seorang ini.
Kisah apa? Memang Thalia dilahirkan untuk menjadi nakal dan kuat mengusik! Aku melabuhkan dudukku di sebelah Gevran. Dia kelihatan tersentak. Mungkin terkejut yang jarak kami tak sampai seinci. Hujung sikuku dapat menyentuh hujung sikunya.
Aku nampak di wajahnya yang dia betul-betul tak selesa. Namun sedaya upaya dia cover agar riaknya tak ketara. Suka betul aku melihatnya. Lebih suka kerana aku menyakatnya!
Diam antara kami berempat. Tiba-tiba pula malaikat lalu. Suasana menjadi awkward bila aku ada. Ah sudah- sambunglah berbicara!
"Kita ikut idea asallah kalau begitu. Apa-apa awak boleh refer kepada saya terus. Nice job, Gevran. Saya berbangga dengan awak."
"No problem, tuan. Apa-apa saya akan update kepada tuan semula. Terima kasih kerana berpuas hati dengan hasil kerja saya."
"Kerja apa?" Aku menyampuk. Mama mula menjeling ke arahku. Oops! Nak tahu jugak!
Gevran tidak memandangku. Hanya papa yang sudi menjawab.
"Kerja jadi spy untuk anak papa sorang ni sewaktu dia di Switz."
Terkejut aku mendengarnya. Betul ke papa pasang spy untukku?
"Seriously, pa?"
"Iyelah. Takut dia liar di negara orang. Bukan boleh predict apa yang ada dalam hati dia. Suka bebas laku."
Aku dah agak...
"Papa ni... tak percaya anak sendiri ke?" Aku dah mula keluarkan bunga-bunga merajuk. Muncung aku mendepa. Sampainya hati!
Papa tertawa.
"Bukanlah. Papa gurau je. Ni projek baru papa dengan syarikat di Itali. Itulah, lain kali jangan nak menyampuk bila orang bercakap. Kan dah kena diri sendiri."
Aku memandang dengan hujung mata ke arah Gevran. Mukanya dingin. Nampak yang dia langsung tak terhibur dengan usikan papa ke atasku. Memang bekulah dia ni!
Jari tiba-tiba gatal. Aku mula mencuit pinggang Gevran. Terkejut dia dibuatnya. Laju saja refleksi tubuh badannya melompat sedikit ke atas. Aku mula menawan tawa. Penggeli rupa-rupanya mamat ni.
Dia memandang ke arahku. Keningnya diangkat sebelah. Seperti menyoal apa kes dengan aku.
"You ada nampak tak apa yang I nampak ni?" Mama menyoal papa. Papa hanya tersenyum.
"Anak dara kita tengah mengorat anak teruna orang."
Ralat! Mana ada tengah mengorat! Tengah menggoda!
"Thalia, behave. Janganlah usik Gevran sangat."
"Mana ada Thalia mengusik. Thalia cuma nak berkawan dengan dia je."
Gevran memandangku. Satu kenyitan mata paling gedik aku hadiahkan. Terus dia beralih ke depan semula! Ekekeke. Seronok pula aku melihatnya.
"Alang-alang ni, Gevran lunch sekali dengan kami. Semua hidangan sudah terhidang di meja. Mari."
"Maaf tuan, saya rasa saya tak boleh. Saya harus pulang segera." Gevran menolak. Aku yang baru nak ada selera makan terus terbantut!
"Marilah dulu. Puan dah masakan khas untuk kamu. Bukan senang puan nak masak, tahu?"
Papa memujuk. Alahai... mama memasak? Bukan main. Bila aku ada di rumah, boleh dikatakan jarang mama turun ke dapur. Selalunya bibik saja yang memasak.
Hai... mama pun dah jatuh hati ke dengan Gevran? Tak adil! Aku sauk papa nanti!
"Baiklah."
YOU ARE READING
Dangerously In Love (hold)
RomanceIni adalah kisah seorang diva bertemu dengan jejakanya... THALIA - sekali dia kenyit mata, semua lelaki boleh tunduk kepadanya. Cantik, hot dan meletops. Memang gadis idaman bagi semua orang. Tapi, ada seorang jejaka yang datang dari planet mana pun...