Baby Coo aku buat hal.
Keluar dari kafe, masuk dalam perut kereta dan tangan aku cuba untuk menghidupkan enjin Baby Coo, malangnya ia tak hidup. Wargh!
Rasa nak bertukar jadi mama Hulk. Baru saja aku pergi buat 'medical checkup' dia. Ni dah buat ragam semula. Memang minta disembelih.
Tina dan Qis awal lagi sudah pergi. Tak sempat aku nak tumpang mereka. Terpaksalah aku call papa dan menyuruh orangnya datang mengambilku.
"Hello, pa."
"Yes, honey?"
Mulalah aku nak mengadu tentang Baby Coo yang rosak. Papa menyuruh aku untuk tunggu sebentar, nanti ada orang tolong ambilkan. Nasib baik cuaca tak berapa nak terik. Hanya cakar manja-manja epidermis. Kalau tak, berkicap juga badanku. Dengan fashion barbie berpink-pink ni, kena hadap pula haba mentari yang panas, terbakar aku jadinya.
Orang papa tak sidai aku lama. Hanya sepuluh minit masa yang diambil sebelum dia tiba di hadapanku.
Sebuah Audi TT berwarna hitam pekat. Hai... macam kenal! Buka saja pintu kereta, aku boleh nampak seorang lelaki berjaket hitam dan bercap.
Sah, aku memang kenal!
Terus naik selera aku dibuatnya! Mod nak bertukar ke mama Hulk, terus rasa macam nak bertukar ke groot. I am groot!
"Hye, handsome!"
Dia tidak membalas sapaanku. Biasalah, sombong menonggek! Aku duduk di sebelahnya dan sitbelt aku tarik ke sisi.
"Berjodoh kan?"
"Huh?"
"Iyalah, selalu sangat berjumpa. Tanpa rela!"
Gevran melepaskan breknya dan kereta mula meluncur laju keluar dari ruangan kafe.
"Saya hanya menjalankan kerja. Tak ada kena mengena dengan jodoh tahi kucing awak tu."
Auch! Mulut dia kalau tak pedas bila bercakap memang tak boleh agaknya. Sikit-sikit nak fire aku. Naga betul!
Lagi menaga bila dia bawak kereta macam nak pergi ke alam barzakh!
"Slowlah sikit bawak kereta, ingat ni racing ke?"
"Kenapa? Awakkan nak mati dengan saya. Kita mati sama-samalah."
Dia pulang semula paku buah keras. Sakit pulak hati aku. Gevran memang tak ada insurans mulut ke? Sagat-sagat mulutnya di jalan baru tahu.
Ini satu kesalahan! Aku report sama papa! Sudahlah lagu pun tak dipasang. Sunyi saja antara kami berdua. Aku menggerakkan jariku. Menekan skrin di keretanya. Memilih siaran yang aku suka.
Kena pula bila lagu deja vú oleh Beyoncé dimainkan, aku rasa nak berjoget!
Baby, seems like everywhere I go
I see you, from your eyes, your smile
It's like I breathe you, helplessly I reminisce
Don't want to compare nobody to youVibing!
Aku pandang pula Gevran di sebelah yang begitu fokus memandang jalan raya di hadapan.
Boy, I try to catch myself
But I'm out of control
Your sexiness is so appealing
I can't let it go
Oh!Kereta Gevran menjadi pusat karaokeku. Layan habis! Menyerlah kedivaanku di hadapan Gevran ketika ini. Harap dia tergoda! Muehehehe.
"Suka Beyoncé?" Tiba-tiba dia bertanya kepadaku. Masih matanya tepat memandang di hadapan. Langsung tak menoleh ke arahku. Dia betul-betul memberikan 100% fokusnya pada pemanduan di jalan raya.
"I would die for Beyoncé."
Dia senyum smirk.
"Really? Now guess what song do I sing."
Giliran aku pula senyum smirk.
"Try me, Beyoncé!"
I'm one of one
I'm number one
I'm the only one
Don't even waste your time trying to compete with me
No one else in this world can think like me
I'm twistedRoll eye. Senang sangat!
"Alien supperstar. Common la, album renaissance semua beyhive suka kut. Album paling slay dan seksi."
Gevran tersenyum. Menampakkan dua lesung pipitnya yang tak berapa nak dalam. Tapi tetap nampak lesung pipit. Manisnya.
"Awak ada lesung pipit."
"Kenapa?"
"Ia manis. Awak memang handsome."
"Siapa cakap saya tak handsome?"
Aku diam. Menyesal pula bila kembangkan dia. Tarik balik! Reversed!
"Saya pulak cantik tak?"
"Tak."
"Comel?"
"Dua kali ganda comel lagi cipanzi pada saya."
"Habis tu, apa perkataan yang boleh diskripsi saya kalau semua tu tak ada?"
Gevran tak fikir lama. Terus dia melemparlan api naganya!
"Gedik dan sengal."
Gevran memang nak aku smackdown dia! Dasar naga berapi! Menggelegak hatiku dibuatnya. Dikatanya aku gedik dan sengal? Kurang gula!
Pantas jari aku tekan punat untuk membuka tingkap. Bila tingkap diturunkan setengah, aku jerit kuat-kuat.
Gevran pantas menghalangku. Dia menutup mulutku dengan tangan kirinya. Tapak tangan sebesar alam. Penuh mulutku. Nak gigit pun tak lepas!
"Apa awak buat ni? Gila ke?"
Dia marah aku. Berkerut-kerut keningnya. Tingkap perlahan-lahan ditutup dari punat di sebelah sisinya.
"Memang saya gila bila awak cakap saya gedik dan sengal. Itulah sengal saya sebenarnya kalau awak nak tahu." Tarik muncung sedepa!
"Apa orang luar akan fikir nanti, tak pasal-pasal mereka anggap saya cuba nak culik dan rogol awak."
Aku senyum gatal.
"Banyak-banyak perkara, perkara tu juga terlintas di otak awak. Atau... awak memang ada niat?"
Gevran melepaskan keluhan berat. Dia nampak penat sebenarnya nak melayan aku yang gila ini.
"Tak teringin saya dengan awak. Dan saya tak teringin langsung dengan siapa-siapa. Jangan nak cuba-cuba burukkan saya. Saya masih suci."
Aku pelik dengan ayat Gevran. Jadi, dia ingat aku tak sucilah ni? Nak kena!
"Hello, awak ingat awak seorang ke yang suci? Awak saja nak kenakan saya bukan?"
"Itu hal awak dan saya tak mahu ambil tahu. Jangan pernah buat gila dengan saya, Thalia or you will pay for it. Jangan pernah berani dengan saya. Saya lebih bahaya daripada apa yang awak sangka."
Adakah dia cuba mengugut aku? Oh, langsung aku tak takut! Setakat Gevran, jejaka hot dan pedas berapi aku tak takut. Boleh lagi aku sesah sampai lembik.
Gevran melajukan lagi Audi TTnya.
"Makin lama awak dengan saya, makin banyak masalah yang saya akan hadapi. Baik cepat-cepat saya hantar awak. Selesai masalah. Membebankan saya saja."
Dush! Dush! Dush!
Dia anggap aku sebagai masalah?
How dare you- Apa, beban?Aku mengecilkan mataku.
"Listen here, handsome. I will make troubles around you until you bow into me. Keep my promise, Gevran!"
"Bla... bla... bla... now turun. Kita dah sampai."
Aku buka pintu dan keluar dari perut kereta. Dengan marah yang ada di dada, aku hempas kuat-kuat pintu kereta Audi TT yang tak bersalah itu.
"Hey!"
Dari belakang aku dapat mendengar Gevran memarahu aku. Ah, kesah apa! Aku tahu kelemahan lelaki di mana, kalau tak harta dan perempuan, mesti keretanya! Padan muka Gevran, rasakan hampasan perempuanku!
YOU ARE READING
Dangerously In Love (hold)
RomanceIni adalah kisah seorang diva bertemu dengan jejakanya... THALIA - sekali dia kenyit mata, semua lelaki boleh tunduk kepadanya. Cantik, hot dan meletops. Memang gadis idaman bagi semua orang. Tapi, ada seorang jejaka yang datang dari planet mana pun...