Bab 8

323 11 4
                                    

Pasar seni memang tempat yang sangat menarik untuk diperkenalkan kepada orang luar mengenai kesenian dan kebudayaan kita orang melayu di sini. Setiap ukiran yang diwujudkan mempunyai nilai estetikanya tersendiri.

Kerana itulah yang menjadikan 'seni itu mahal'. Ia berharga pada mata yang tahu nilainya. Aku lihat ramai pengunjung dari luar negara yang teruja melihat barang-barang antik yang ada di setiap booth di dalam pasar gadis ini.

Semuanya nampak elegan. Tambah-tambah lagi bracelet dan barang perhiasan yang lain. Memang laku laris.

Kami menjelajah seluruh pelusuk yang ada di dalam pasar gadis ini. Gevran setia di sisiku. Banyak juga booth yang dia berhenti. Kebanyakannya booth yang menjual kereta kecil yang diukir dengan kayu atau besi.

"Ukirannya jelas dan terperinci. Cantik."

Aku setuju dengan Gevran. Kereta kayu kecil yang dipegangnya sangat cantik. Sebuah kereta lama yang dijadikan contoh ukiran, Volkswagen Beetle.

"Awak suka seni?"

Dia memandang ke arahku.

"Seni itu separuh dari hidup saya. Tanpa seni, hidup saya tak berwarna."

Dia meletak semula kereta kayu kecil itu. Mencapai pula kereta kayu kecil yang lain.

"Seni ini ada banyak cabang. Muzik adalah salah satunya. Sebab tu saya cakap, tanpa seni hidup saya tak berwarna. Tanpa muzik hidup saya kosong. Unexpected, saya suka dengan ukiran seni yang sebegini. Ia unik dan berharga. Saya yakin satu kereta kecil ini mesti harganya beratus ringgit."

Kami sambung berjalan ke hadapan. Hari minggu begini, tentunya ramai pengunjung. Berpusu-pusu. Pengunjung luar dan dalam negara, bercampur.

Tiba di satu booth yang menjual buku-buku terpakai, kami berhenti di situ. Aku mencapai sebuah buku yang disusun. Buku itu bertajuk 'After'.

Belek dan belek. Blurb di belakang aku baca. Menarik!

"Anna Todd seorang penulis yang senang untuk faham Bahasa Inggerisnya. Setiap buku dia saya ada. Pengolahan cerita yang menakjubkan. Dia antara salah satu penulis yang saya suka."

Wow! Tak tersangka pula aku yang lelaki ini suka membaca. Jarang-jarang aku berjumpa dengan lelaki yang suka membaca, tambah-tambah novel cinta begini. Unexpected!

"After ni kalau awak nak tahu, dia merupakan sebuah karya fan fiction yang digambarkan Harry Style sebagai heronya," jelas Gevran. Dia mengambil buku yang lain.

"Ugly Love by Colleen Hoover. Saya tak pernah baca buku ni."

"Saya pun," aku menyampuk. Kami sama-sama membaca blurb di belakang buku tersebut.

"Ugly love. Cinta hodoh. Bagi awak, adakah cinta itu hodoh?" Aku memandang ke arah Gevran. Menunggu jawapan dari mulutnya.

Dia senyum senget.

"Cinta itu... benar-benar hodoh."

"Kenapa?"

"Love will make you do crazy things. Sama ada perkara positif atau negatif. Kalau positif, okay. Tapi kalau negatif, bukankah hodoh? Plus, cinta itu buta. Bila kita buta, kita akan rasa kita hodoh."

Penyata Gevran tak boleh pakai! Buat perut aku keras nak gelak saja. Dia pun tergelak sekali. Menampakkan barisan gigi putihnya yang menawan itu.

Kacak.

Dan entah kenapa ayat 'love will make you do crazy things' itu melekat di fikiranku tika ini. Aku mengalihkan pandanganku.

Rama-rama yang baru nak mengepak aku halau turun ke dasar perut semula.

Dangerously In Love (hold) Where stories live. Discover now