Sedikit pemerah pipi ditambah sebagai pengakhir solekan untuk makan malam yang akan diadakan sebentar lagi.
Aurora yang berdress labuh berwarna hitam yang berkain sutera , berlengan panjang dikenakan dengan tali pinggang yang dililit pada dressnya sehingga menampakkan bentuk pinggang nya yang ramping.
Solekannya kelihatan natural dengan gabungan warna yang lembut. Rambut hitam nya dilepaskan.
Daniel yang lalu di hadapan biliknya ternampak Aurora yang sedang melihat pakaiannya di cermin panjang di hadapannya.
Daniel berpakai kemeja putih dan berkot hitam panjang sehingga paras lutut.
Rambutnya disikat kebelakang dengan kemas menampakkan dahinya. Jam Rolex dipakai di pergelangan tangannya ditangan kanan.
Daniel memandang Aurora dari atas ke bawah.
" Gorgeous" bisik Daniel seorang diri, matanya masih lagi tertumpu pada belakang badan Aurora yang masih lagi sibuk melihat dirinya di cermin.
" Dah siap?" Aurora terkejut apabila mendengar suara Daniel dari belakang. Dia pusing ke belakang dan ternampak Daniel yang sedang bersandar di pintu biliknya .
Aurora membetulkan pakaian dan rambutnya.
" Ha? Oh.. ha dah siap" Aurora mengambil beg tangan Gucci nya dan berdiri di hadapan Daniel sambil tersenyum malu.
"Jom" Aurora membontoti Daniel dari belakang sehingga ke kereta Daniel.
Aurora dan Daniel berpimpin tangan dan masuk ke dalam dewan yang kelihatan sangat mewah itu. Dengan meja yang di alas dengan kain berwarna merah dihiasi dengan lilin berwarna emas yang kelihatan terserlah diatas setiap meja di dalam dewan itu.
Semua orang yang berada di situ hanyalah orang-orang ternama seperti Dato dan Datin dan juga Tan Sri dan Puan Sri. CEO syarikat-syarikat besar juga berkumpul di satu meja.
Lampu chandelier yang besar berada di atas untuk menyerlahkan lagi keadaan di dalam dewan itu.
Semua wanita di sekeliling Aurora kelihatan sangat seksi dan menawan. Ada yang berpakaian dress pendek dan ada yang berdress merah menyala.
YOU ARE READING
MY LOVE, AURORA
Romance"Never in my life, I've been betrayed like this, Aurora Dilaila." "You're the one who lied to me, Daniel Aidan." Cold? The man named Daniel . The sweetest? A girl named Aurora. Daniel Aidan seorang CEO yang berusia 24 tahun, yang tidak percaya baha...