𝓑𝓐𝓑 19

615 22 2
                                    

Sudah genap 7 bulan Aurora dan Daniel membina rumah tangga dan dalam tempoh masa itulah, Aurora tidak nampak apa-apa perkembangan dari Daniel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah genap 7 bulan Aurora dan Daniel membina rumah tangga dan dalam tempoh masa itulah, Aurora tidak nampak apa-apa perkembangan dari Daniel. Rahsia yang ingin diketahuinya pun tidak pernah terungkai.

Sampai bila mereka akan terus begini? Sampai bila Daniel akan terus berahsia? Dia mesti dan dia berhak untuk tahu segalanya tentang Daniel.

Kadang-kadang Aurora dapat merasakan yang dirinya tidak penting di dalam hidup Daniel. Dia tidak tahu satu pun perkara tentang Daniel.

Aurora sedang termenung memikirkan masa depannya bersama Daniel apabila tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada orang yang membuat panggilan.

Nama kontak di pandang sekilas sebelum telefon diletakkan di telinga.

"Hello ma?" Sudah lama ibunya tidak menghubungi Aurora dan sudah lama juga dia tidak pergi melihat keadaan Aunty Farhana kerana dia terlalu sibuk dengan hal rumah tangganya.

"Hai sayang mama, how are you?" Lembut suara Puan Camilla menanyakan khabar anaknya.

" I'm fine mama. How about papa and Leo?" Dia sangat rindukan dua orang pujaan hatinya itu. Terumatanya Leo. Budak tembam kesayangan Aurora.

"Hmmm I know you will ask about your papa and Leo. Papa is already go to work but Leo is here beside me." Leo yang berada di sebelah Puan Camilla menjadi teruja apabila namanya disebut begitu juga dengan Aurora.

Telefon di tangan Puan Camilla dirampas sekali gus.

" Ya Allah budak ni " bisik Puan Camilla dengan perlahan. Nasib baik budak lagi, kalau tidak dah kena dah ni.

" HEYYO MOMMY RARA!!!" Leo menjerit seronok memekakkan telinga Aurora. Aurora mengerutkan keningnya menahan sakit telinga apabila mendengar suara nyaring Leo.

" Hey Leo.. sayang mommy ni sihat?" Soalan Aurora disambut dengan ketawa kecil yang comel dari Leo.

" Hmm Leo okay jerr sihat jerrr. Hensem lagi. " Leo berkata dengan bangga bersama tangannya diletakkan di dada.

Aurora hanya tergelak kecil. Aurora sangat rindukan Leo. Terutamanya, kerenah si Leo. Sikap periang si Leo itu membuatkan Aurora sangat rindukan Leo.

" Mommy Rara.." tiba-tiba Leo berbisik ditelefonnya. Aurora mengangkat sebelah keningnya. Dalam telefon pun nak berbisik ke budak ni?

" Abang jahat tu ada kat situ ke? " Aurora mengerutkan wajahnya. Itu je ke yang Leo ingin tanya? Sampai berbisik bagai takut ke apa?

"Kenapa tanya pasal abang Daniel? Dia kerja sayang.. malam baru balik. " Aurora membalas dengan nada yang lembut.

" Takdelah nanti tiba-tiba dia ambik mommy Rara dari Leo masa kita tengah seronok berborak, haaa kang tak pasal-pasal hilang nyawa orang tua tu." Aurora menahan tawanya. Dia suka melihat kerenah Leo dengan Daniel. Mereka terlihat sangat comel apabila bergaduh.

MY LOVE, AURORAWhere stories live. Discover now