𝓑𝓐𝓑 40

795 27 2
                                    

( Play pulang piano version by isomniacks)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

( Play pulang piano version by isomniacks)

Daniel duduk di bangku kecil di luar rumah yang menghadap ke arah pantai pada waktu malam.

Mengambil angin segar setelah hampir sebulan dia berkurung di dalam bilik dikeranakan tragedi yang dilaluinya sebelum ini.

Bila diingat semula, segala perasaan di dalam diri Daniel bercampur baur.

Dia menutup matanya.

Angin sepoi pantai menyapa wajahnya.

Benda pertama yang diingat, kematian Felix.

Lelaki yang selalu bersamanya sejak dia masih belajar. Lelaki itu selalu berada di sisinya tidak kira susah atau senang.

Walaupun kadang-kadang perangai Felix sangat menyakitkan hati nya tetapi perangai itu lah yang paling dia rindukan sekarang.

Aksi gay nya, aksi lemah-lembut nya dan senyuman manis lelaki itu. Semuanya masih segar bermain di dalam minda Daniel.

Benda kedua yang dia ingat, ketika dia kehilangan Aurora. Bidadari Dunia dan Akhirat nya.

Hatinya bagai ingin gugur selepas dia tidak melihat Aurora disisinya selepas dia sedar dari tidurnya di hospital.

Jujur, ketika itu dia merasa ingin membunuh dirinya. Daniel seperti tidak dapat meneruskan hidup tanpa Aurora disisi.

Perkahwinan kontrak yang dirancangkan dulu telah dibuang. Nak buat apa lagi dengan Kontrak itu?

Aurora sudah menjadi milik Daniel Aidan sepenuhnya dan Daniel menjadi Milik Aurora Dilaila sepenuhnya.

Benda terakhir yang ingin dia ingat sekarang adalah kematian Ibunya, Farah.

Bak kata orang lain, ' sejahat-jahat dia, dia tetap ibu kamu' .

Itu memang betul tetapi Daniel telah disakiti sejak dari kecil. Tidak mendapat belaian kasih sayang dari seorang ibu. Ibu kandungnya. Wanita yang melahirkannya.

Belaian seorang bapa? Dia dapat kasih sayang bapanya tetapi hanya sementara. Allah telah mengambil Ayahnya terlebih dahulu.

Daniel hanya menumpang kasih sayang kepada orang sekelilingnya. Kasih sayang yang tidak diminta tetapi diberikan dengan rela.

Wanita yang bergelar ibunya itu sudah menyakitkan hati nya dengan sangat banyak. Yang Daniel mampu sekarang adalah memaafkan wanita itu dan mendoakan sesuatu yang baik untuk kedua Arwah ibu dan bapanya.

Johnny, dia berterima kasih dengan Johnny. Lelaki itu selalu bersama dengan nya sejak dari kecil. Sepupu kesayangannya yang sudah dianggap seperti adik-beradik nya sendiri.

Sedang leka Daniel mengimbas masa lampau, dia terasa seperti ada orang mengambil tempat duduk disebelahnya.

Apabila mata dibuka untuk melihat wajah orang yang duduk disebelahnya, wajah Kai menyapa penglihatannya.

MY LOVE, AURORAWhere stories live. Discover now