𝓑𝓐𝓑 5

761 28 9
                                    

Ding dong!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ding dong!

Loceng rumah Puan Camilla berbunyi.

Puan Camilla yang sedang menonton tv itu melihat kearah pintu rumahnya.

"Siapa pula lah yang datang ni?" Bebel puan camilla seorang diri.

Dia bangun untuk menuju ke pintu rumahnya.

Apabila Puan Camilla membuka pintu, reaksi muka Puan Camilla berubah.

Reaksi muka Puan Camilla menjadi dingin dan datar.

Jean Pierre, bekas teman lelaki Aurora.

Manakala, Jean memberikan Puan Camilla senyuman yang manis.

Pandai lelaki itu berlakon.

Mari kita tengok lakonannya itu menjadi atau tidak.

"How are you aunty? Long time no see." sapa Jean dengan mesra.

Puan Camilla menjelingkan matanya.

"Why are you here? You and Aurora is over." dingin Puan Camilla membalas.

Jangan haraplah Puan Camilla ingin melayan lelaki itu seperti dahulu.

Dahulu, Puan Camilla melayan Jean seperti anak nya sendiri.

Tetapi selepas Aurora menceritakan segalanya kepadanya tentang Jean, Puan Camilla membenci Jean dengan sepenuh hatinya.

"Aunty please. I want to see Aurora. I regret leaving Aurora. I want one more chance with her." rayu Jean dengan air mata palsunya.

"Menyampahlah aku dengan jantan ni" bisik Puan Camilla.

Jean memandang wajah Puan Camilla pelik.

"You said something aunty?" Soal Jean pelik. Dia tidak faham Bahasa Melayu. Seumur hidupnya dia hanya tahu bahasa Perancis dan juga Inggeris.

Senanglah jika Puan Camilla atau Aurora ingin memakinya dalam Bahasa Melayu kerana dia tidak faham sepatah apapun.

"Aku cakap kau bodoh. Kenapa?"

"I don't understand what you say aunty."

"I said that Aurora doesn't want to meet you."

Kesian lelaki itu ditipu oleh Puan Camilla. Siapa suruh bengap sangat tidak belajar Bahasa Melayu dengan Aurora dahulu. Itulah sibuk melayan perempuan lain. Ha, hadaplah kena maki dalam bahasa lain.

MY LOVE, AURORAWhere stories live. Discover now