EPISODE THREE
ELLA AUDREYPada ambang tahun baru, Ella keguguran.
Beberapa hari sebelum itu, dia memang tidak sedap hati. Bahagian perut sering rasa nyeri, belakang badan kerap rasa sakit. Pada masa dia sedar, dia telah sedaya upaya mengalihkan perhatian seketika dari kepergian Jungkook, namun nampaknya dia sudah terlambat apabila dia tetap perlu dimasukkan ke hospital apabila rasa nyeri sebelumnya berubah semakin teruk. Kali ini diikuti dengan darah.
Di dalam wad, dia sendirian.
Semasa pembedahan, dia sendirian.
Semasa menjahit luka, dia sendirian.
Apabila dia menangis, dia sendirian.
Dia tidak menangis meraung. Itu tidak mungkin kerana bahagian bawah badannya masih pedih. Sedangkan untuk bernafas pun dia hampir mengalah. Dia hanya menangis senyap. Bersyukur yang jururawat atau doktor tidak membuka pintu. Atau tidak, tangisannya akan bertambah buruk.
Sebelum dia memutuskan untuk tidur, doa dititipkan kepada Tuhan buat diri sendiri.
Kemudian buat Jungkook.
Dia telah menghantar Bell pergi secara tidak sengaja, tapi dia berharap Jungkook faham buat masa sekarang, dia tidak mampu melalui semuanya sendirian.
Air mata boleh kering nanti.
Tapi bukan sekarang.
Belum lagi.
•••
Doktor telah berusaha sehabis baik untuk mencari punca sebenar mengapa keguguran boleh berlaku. Tiada masalah di dalam rahim. Namun semasa Faye memaklumkan bahawa pihak ibu baru sahaja kehilangan suami, doktor yang mengurus mendiamkan diri.
Apabila dia datang setiap hari untuk melihat perkembangan Ella Audrey, dia nampak seperti sedang berhati-hati menyembunyikan kebenaran bahawa dia tahu tentang hal itu.
Pendarahan adalah teruk buat peringkat awal ini. Dia perlu menukar pad dengan kerap biarpun sudah memakai saiz yang paling besar. Sangat sukar untuk dia membongkok sedikit semasa mencuci kotoran. Terlalu sakit sehinggakan air mata tidak dapat dikawal dari jatuh melimpah. Sebaik sahaja selesai, dia keluar seperti tidak ada apa-apa berlaku.
Dia tak pasti mana yang lebih sakit. Melahirkan lengkap atau terhenti di tengah jalan. Selepas beranak, menunaikan hajat di tandas akan menjadi pedih buat beberapa hari. Tapi sekurang-kurangnya rasa pedih itu membuahkan hasil. Keguguran? Dia masih sendirian.
Ella memutuskan untuk tidak bercakap hanya kerana dia mahu menjimatkan tenaga. Sekiranya dia membuka mulut, kulit di bahagian perut seakan-akan ikut bergerak, dan sakitnya masih menyengat. Apabila ia semakin membaik nanti, dia akan bercakap. Lagipun dia masih ada Hana dan Jeongsan di rumah. Apa reaksi mereka sekiranya Ella tidak berkomunikasi dengan mereka?
YOU ARE READING
❪ DISCONTINUED ❫ 🕯 ─ ❝ 블러디 메리 ❞ | 魔鬼 Healer Killer : Bloody Mary ♡
Horror[ ⚠ TRIGGER WARNING ⚠ ] © lastsarang | January 2022 ❝ Hell is empty, and now all the devils are here. ❞ 爱 ─ Boy With Luv Episodes : Volume 1 Part III All Rights Reserved Mereka harus menang, tidak kira apa jua cabaran yang datang. ✤ Date of Publishm...