༊ 08 회 :Homecalling I

13 6 0
                                    

EPISODE EIGHT
TAEHYUNG

          Mata yang berwarna kelabu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Mata yang berwarna kelabu. Taehyung pasti ahbeoji dengan eommanya akan berfikir dua tiga kali sebelum mengaku dia adalah anak sulung mereka yang telah terputus khabar buat beberapa minggu lalu..

          Taehyung beralih dari cermin dan melangkah keluar dari bilik mandi. Dia bersedia untuk pulang hari ini.

          Di atas katil tempat dia berbaring dan berehat sebelumnya ada sebuah beg bagasi kecil yang terbuka. Isi di dalam adalah beberapa helai pakaian lengkap. Tiada yang lain. Taehyung mengorak langkah mendekati.

          Jari-jemari runcingnya bekerja menutup bagasi tersebut. Jari manis palsu sebelah kanan berfungsi dengan baik. Namun Taehyung masih dapat merasakan sedikit perbezaan. Dia masih rasa kosong dan kehilangan satu anggota. Jari manis yang sekarang dia miliki masih bukan jari sebenar. Dia membuang ingatan tentang bagaimana dia boleh putus sebelah jari. Kepala digelengkan sekali. Zip bagasi berjaya ditutup.

          Dia sudah pulih. Dia boleh berjalan sendiri. Dia boleh bercakap seperti dulu. Berlawan? Dia tidak tahu.

          Taehyung menurunkan bagasi miniya ke permukaan lantai. Dia berjalan menuju ke arah pintu. Buat kali terakhir sebelum keluar, dia memerhatikan pemandangan wad kecil yang pernah menjadi rumahnya buat beberapa minggu di belakang. Citrine. Dia akan ingat tempat ini.

          Sepanjang perjalanan ke tingkat bawah, Taehyung terpaksa menggendong bagasinya. Dia tidak tahu apa yang lebih bermasalah. Dia terlalu tinggi atau pemegang bagasi terlalu pendek. Kalau dia berniat mahu mengheret sahaja, roda bagasi tidak akan mencium lantai. Terlalu kecil dan terlalu pendek jika dibandingkan dengan ketinggiannya.

          Beberapa orang staf yang hanya memakai baju sopan tetapi kasual mengangguk dan tersenyum. Taehyung berhati-hati membalas setiap satu. Ada juga pesakit-pesakit lain bertebaran di sisi lorong yang dia lalui. Ada yang duduk di tepi tingkap, berbual sesama sendiri. Seperti yang dia tahu, rumah sakit ini bukan rumah sakit biasa. Ia lebih kepada 'rumah' buat para pesakit berbanding 'rumah sakit'. Taehyung masuk ke dalam lif. Apabila sedar yang tiada orang lain menyertai dia turun, dia melepaskan nafas lega.

          Pertemuan dengan wanita bernama Johanna langsung tiada di dalam kepala. Tiada juga Kim Seokjin. Apa yang terkandung dalam fikiran adalah Hanguk. Seoul, Daegu, dia akan pulang.

          Ting! Pintu lif menggelongsor terbuka dan Taehyung menyambung langkah keluar. Lobi di tingkat bawah yang luas agak lengang keadaannya pagi ini. Taehyung menangkap kelibat Dr. Son di pintu utama, menunggu. Dia lambat perasan akan kelibat Taehyung, namun sebaik sahaja mereka bertembung mata, doktor wanita itu tersenyum.

          "Dah boleh balik harini."

          Taehyung rasa begitu ringan. Perasaannya...badannya...dia akan pulang.

          "Terima kasih. Untuk semuanya." Taehyung sedar yang senyuman pada bibirnya begitu lebar.

          "Saya berbesar hati." Dr. Son menayangkan senyuman yang sama. Kedua belah tangannya digenggam di hadapan badan. Tubuh dipalingkan ke arah halaman bangunan yang luas. Tap, tap, Dr. Son mengorak langkah ke hadapan.

          "Saya harap rahsia kami selamat dengan awak, Taehyung-ssi." Dahi Taehyung berkerut sekejap, lambat faham apa yang dimaksudkan oleh Dr. Son. Dia juga ikut sama menyambung perjalanan. Apabila dia akhirnya dapat menangkap maksud permintaan tersebut, bibir Taehyung terbuka sedikit. Aaa...

          "Jangan risau, doktor. Tak ada sesiapa pun akan percaya kalau saya bagitahu."

          Dr. Son berhenti di anak tangga pertama. Dia berpusing semula. Mata mereka bertemu. "Kami cuma nak pastikan keselamatan pesakit-pesakit lain. Saya doakan awak pun selamat dekat luar sana."

          Taehyung merenung ke kejauhan. Dunia. Ia dirasakan lebih besar daripada biasa. Dia seperti seekor semut yang kecil sedang berusaha memastikan nyawa terus berjalan. Kecil dan payah.

          "Terima kasih sekali lagi."

          Dr. Son mengangguk.

          "Perjalanan awak balik akan diuruskan sepenuhnya oleh pekerja kami. Selamat tinggal, Kim Taehyung."

          Tiba masanya dia benar-benar pergi dari rumah sakit Citrine, Taehyung tidak melepaskan peluang mencuri pandangan kali terakhir ke belakang. Doa dititipkan agar dia tidak perlu kembali.

❪ DISCONTINUED ❫ 🕯  ─ ❝ 블러디 메리 ❞ | 魔鬼 Healer Killer : Bloody Mary ♡ Where stories live. Discover now