༊ 06 회 :Intention

17 7 0
                                    

EPISODE SIX
ELLA AUDREY

          Suara api dari unggun di hadapan memenuhi ruang telinga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Suara api dari unggun di hadapan memenuhi ruang telinga. Selepas makan malam, Ella duduk di atas sofa tunggal di ruang tamu tingkat dua. Rumah Faye bukanlah satu tempat yang asing, namun dia masih tidak dapat mengetepikan perasaan bahawa dia jauh dari 'rumah'. Rumah yang dia sendiri tidak tahu di mana letaknya. Malah bukan juga di Seoul.

          Mungkin dia maksudkan Jungkook. Jalan pulangnya.

          Melepaskan keluhan, cawan putih yang baru sahaja diteguk sedikit air di dalamnya diletakkan di atas meja pendek di hadapan. Satu lagi minuman yang Faye berikan kepadanya untuk pemulihan badan selepas keguguran. Sebelum ini, selepas bersalin. Tiada satu pun yang sedap atau manis, tapi dia telan sahaja. Tiada apa yang dia lebih harapkan sekarang selain daripada sihat sepenuhnya.

          Dalam 6 bulan...itupun bergantung juga, dia mengingatkan diri agar berhati-hati.

          Ella menyandarkan badan. Dia memerhatikan nyalaan api di seberang meja dengan renungan kosong.

          Kehadiran Jimin beberapa minit selepas itu membuatkan dia tegak, namun masih lagi bersandar. Jimin melemparkan senyuman nipis yang dibalas sekadar untuk bersopan, sebelum melabuhkan punggung di atas satu lagi sofa tunggal bersebelahan.

          "Apa khabar awak harini?"

          "Okey je. Tak ada masalah." Ella berhenti sekejap. Dia mahu menyambung. Anak mata bertembung dengan sahabat kepada suaminya itu. "Walaupun saya rasa makin lambat sihat dekat sini."

          Ella tersenyum kemudian. Jimin berjaya menangkap maksud tersirat di sebalik ayatnya.

          "Awak nak balik Seoul?" Ella menunduk, senyuman di bibir dikekalkan. "Saya tak pasti. Tapi apa yang saya tahu ini bukan rumah saya."

          "Awak nak Jungkook."

          Senyap seketika. Senyuman Ella hilang akhirnya. "Ya." Rendah, tidak jelas tapi nadanya bukan seperti nada yang mahu menangis.

          "Tahanlah beberapa tahun lagi. Tak ada sesiapa doakan dia pergi. Dan tak ada sesiapa akan gembira kalau awak pun ikut sekali."

          "Saya tahu."

          "Tiba masanya nanti...kita akan jumpa dia juga."

          "Mhm." Ella mengangguk.

          "Jangan putus asa. Anak-anak awak ada."

          Senyuman Ella kembali muncul apabila wajah Hana dan Jeongsan sekilas lalu di hadapan mata. Kembar itu bersama dengan Faye di ruang tamu tingkat bawah, menonton televisyen. Perlukah dia mendapatkan mereka sekarang?

❪ DISCONTINUED ❫ 🕯  ─ ❝ 블러디 메리 ❞ | 魔鬼 Healer Killer : Bloody Mary ♡ Where stories live. Discover now