༊ 10 회 :Lost

20 4 0
                                    

EPISODE TEN
TAEHYUNG

          Taehyung tidak pernah rasa begitu keliru dalam hidupnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Taehyung tidak pernah rasa begitu keliru dalam hidupnya.

          "I have been waiting for some time." Kata Johanna, mengetuk-ngetuk kuku jari telunjuk yang panjang di lengan kerusi. Kerusi itu lebih sesuai dipanggil takhta. Tapi bukan buat mana-mana raja, bukan buat mana-mana permaisuri. Ia adalah untuk Johanna Miller.

          Taehyung tidak menjawab. Kepalanya terdongak merenung wajah Johanna. Kedua belah tangan menggenggam satu sama lain di belakang badan. Apa yang dia buat di sini? Dia juga tidak tahu. Seperti apa yang dia sudah sebutkan, dia sendiri keliru.

          Tapi dia ingat dia ada menerima panggilan. Bukan melalui telefon, melalui angin, melalui daun, apa saja yang ada di sekeliling yang kepunyaan alam. Ia adalah satu pengalaman pelik.

          Ada sesuatu tidak kena.

          "Remember me?"

          Taehyung mendapati dirinya mengangguk.

          "Good," kepala Johanna senget sedikit, berpuas hati. "Remember yourself?"

          Taehyung mengangguk.

          "Very good...what's your name again?"

          "Taehyung."

          Dia disoal seperti robot. Johanna mengelipkan mata sekali, seperti dia sedang mengangguk menggunakan anggota badan lain. Taehyung perasan akan sebuah ukiran patung wanita di belakang takhta yang diduduki oleh Johanna. Wanita bergaun, rambut yang berombak, topeng yang menutup bahagian hidung ke atas dan ada bentuk tajam di hujung, seakan-akan mata pedang. Oh, dan pedang sebenar berada dalam tangannya. Sebuah tengkorak di bahagian dada. Ia adalah sebuah patung yang paling misteri pernah Taehyung lihat.

          Johanna bergerak. Dia menyilangkan kaki, lengan kanan menongkat dagu. Dia memerhatikan Taehyung dengan penuh minat. Taehyung menundukkan pandangan sopan, tapi tak boleh.

          "You are bound to me now."

          Hati Taehyung meronta dengan kenyataan itu. Ada sesuatu yang tidak kena. Dia dipaksa, dipaksa, dipaksa. Namun entah kenapa, reaksi protes dan memberontak tidak terukir di wajahnya.

          "I am yours, as you are mine. The ritual is done."

          Ritual apa? Taehyung mahu berlari, dia mahu mencekik...apa sahaja. Tetapi tidak, tidak...

          Johanna bersandar semula, tenang. Dia mengalihkan pandangan ke kiri, ke arah seorang lelaki lengkap bersut. Keadaan di ruang ini begitu senyap sehinggakan kehadirannya dan dua orang wanita yang lain tidak terperasankan.

          "Bring him to his room."

          Taehyung mahu menjerit, namun sekali lagi dia mendapati tubuhnya tidak sebulat kata dengan kemahuannya. Dia akur.

• • •

          Bilik yang dimaksudkan tidak terlalu jauh. Taehyung melalui satu lorong panjang, sebuah pintu di hujung sekali dibuka oleh lelaki yang bersut tadi. Dia berdiri di jenang pintu, kedua belah tangan menggenggam satu sama lain di hadapan tubuh. Taehyung merenung lelaki itu. Dia mahu mengajukan banyak soalan, malah mungkin mahu melemparkan penumbuk, tapi keengganan yang tertanam dalam dirinya terlalu kuat.

          "Silakan."

          Mengejutkan, kening Taehyung terjungkit sedikit, lelaki itu bercakap dalam bahasa yang dia fahami. Tidak seperti bahasa lidah asing Johanna.

          "Tolong jangan menolak apa-apa. Andainya ada pun perkara yang boleh ditolak, semuanya dah terlambat."

          Hmp.

          Taehyung menahan dengusan kasar terlepas dari hidung. Dia jarang sekali menjeling, namun lelaki yang bersut itu menerima jelingannya. Langkah kaki dibawa ke hadapan, melepasi jenang pintu. Dan pintu ditutup di belakang dengan senyap oleh lelaki tadi.

          Taehyung memerhatikan sekeliling. Bilik yang tidak terlalu luas. Bagus. Sebuah katil...almari...meja dan kerusi disusun di hadapan tingkap. Taehyung merentas bilik tersebut untuk menolak tingkap tersebut agar terbuka. Tiada angin yang menyapa wajahnya. Di luar, pokok-pokok yang tinggi menghalang pandangan dari terus meneroka lebih jauh. Dapat dilihat dari kedudukan tingkap tersebut, di bawah ialah sebuah gelanggang bersimen yang luas.

          Taehyung mendongak. Dia melekapkan tangan ke permukaan meja. Langit yang biru di atas sana ditatap seketika.

          Tiba-tiba sahaja, jantungnya seakan-akan diremuk oleh sesuatu. Dia rasa sakit. Dia rasa sunyi.

          Dia rasa...takut.

          Geuneun jigeum eodie isseulka?
          (Where is he now?)

        

❪ DISCONTINUED ❫ 🕯  ─ ❝ 블러디 메리 ❞ | 魔鬼 Healer Killer : Bloody Mary ♡ Where stories live. Discover now