༊ 05 회 :Silver Haired

20 7 1
                                    

EPISODE FIVE
TAEHYUNG

          Taehyung tidak pernah tahu bagaimana rasanya menggunakan kerusi roda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          Taehyung tidak pernah tahu bagaimana rasanya menggunakan kerusi roda. Tapi sekarang dia tahu. Tidak selesa. Mungkin kerana kakinya yang panjang. Dari membengkok, dia seringkali mahu melunjurkan kedua belah kaki ke hadapan. Seokjin kelihatan seperti sedang melemparkan pandangan tidak berapa senang setiap kali dia melakukan hal itu.

          Situasi antara mereka berdua pelik. Sama macam jangkaan Taehyung. Memang janggal kalau bertemu kawan lama secara tiba-tiba. Dia pun bukan begitu rapat dengan Seokjin. Seokjin adalah orang terakhir yang masuk ke dalam lingkungan persahabatan mereka. Itupun beberapa bulan sahaja sebelum berpisah. Namjoon yang memperkenalkan.

          Ia bermula dari Taehyung dan Jimin. Mereka seumur. Lepas tu, ada pula Jungkook. Jungkook menjadi penyebab Namjoon menyertai mereka. Jimin membawa Hoseok, seorang senior kelab tari. Hoseok berkawan dengan Yoongi. Tidak lama kemudian mereka mendapati bahawa Hoseok, Yoongi dan Namjoon sebaya. Apabila Namjoon melangkah ke alam universiti, di situlah masa di mana dia bertemu Seokjin. Sekiranya sekarang umur Taehyung adalah 28, Jungkook 27. Hoseok hyung, Yoongi hyung, Namjoon hyung...29. Seokjin 31. Semua mereka berturutan kecuali Seokjin. Seokjin adalah bendasing. Dapat menyesuaikan diri pun kerana sikapnya yang entah apa-apa. Mulutnya banyak, Taehyung masih ingat.

          Secawan coklat panas diletakkan di atas meja di hadapan. Taehyung menyampaikan ucapan terima kasih melalui isyarat mata. Seokjin faham. Mungkin. Kerana selepas itu dia mengukir senyuman nipis.

          Kerusi di seberang dijadikan tempat duduk. Taehyung mengangkat lengan kanan ke udara. Pergerakannya penuh berhati-hati. Dia masih lemah. Lemah macam baru bangun tidur sahaja. Mamai.

          Permukaan minuman panas yang berwap ditiup. Kemudian isinya dihirup sedikit. Manis. Tapi masih panas. Taehyung letakkan cawan kembali ke atas meja. Lidahnya terbakar. Namun dia diam.

          Seokjin sedang merenung. Dia pura-pura tidak perasan. Pandangan dijatuhkan ke atas riba. Tiada apa yang menarik.

          Bunyi Seokjin menghirup minumannya sendiri kedengaran. Taehyung fokus benda lain. Di ruang dapur ini, hanya mereka berdua yang datang mengisi. Mana Dr. Son?

          "Taehyung-ssi." Taehyung memainkan jari antara satu sama lain. Masih menunduk. "Kau ni ejen rahsia  ya? Aku fikir kau masuk kem tentera."

          Cerita yang panjang sekiranya Taehyung mahu menerangkan. Dia pula tidak pasti sama ada dia boleh bercakap dengan lancar.

          "Jaehyun bagitahu kami maklumat pasal kau. Dia kata kemungkinan besar kau takkan balik pergi akademi. Takkan kerja dekat sana lagi. Jadi, dia bagitahu jelah yang kau ni seorang ejen. Dia kata, kau antara yang paling hebat dekat sana. Menakjubkan, ya?"

          Bahu kanan Taehyung bergerak sendiri. Namun dia masih menunduk. Seokjin menjedakan ayat seketika, membaca reaksi Taehyung. Tiada balasan, malangnya.

❪ DISCONTINUED ❫ 🕯  ─ ❝ 블러디 메리 ❞ | 魔鬼 Healer Killer : Bloody Mary ♡ Where stories live. Discover now