EPISODE TEN
ELLA AUDREYHari ini adalah harinya.
Dia akan pulang. Ke Seoul.
Tiada Jungkook di sana, namun hatinya rasa ringan sedikit. Setelah memeriksa barang-barang yang berkemungkinan telah terlepas dari pandangan dan tidak dikemas di dapur tingkat bawah, Ella memanjat anak-anak tangga menuju ke bilik semula. Dia telah menyiapkan Hana dan Jeongsan terlebih dahulu. Kembar itu berada di ruang tamu tingkat bawah, sedang melakukan apa sahaja yang mereka sedang lakukan.
Ella membiarkan pintu terbuka luas. Bagasi telah diangkut dulu ke dalam bonet kereta, diuruskan oleh pemandu yang akan menghantar mereka ke lapangan terbang. Hanya ada tinggal sebuah beg sandang sahaja, berisi barang-barang kecil yang Ella mahu sentiasa ada dengannya. Tiada beg masing-masing untuk Hana dan Jeongsan kerana mereka sudah besar. Tak perlu risau tentang susu dan lampin. Hanya kerenah semasa di dalam kapal nanti.
Penerbangan ke sini beberapa bulan lalu, kembar itu sangat bising. Terlalu banyak mulut. Entah berapa kali dia mengingatkan agar mereka duduk elok-elok di atas kerusi. Tidak. Mereka lebih berminat berdiri agar dapat melihat dengan jelas awan di luar tingkap. Permukaan tingkap yang lutsinar kabur terkena wap nafas masing-masing. Apabila mereka akhirnya bosan dan tertidur, Ella berhati-hati mengelap tingkap tersebut dengan rasa serba salah. Kemudian dia menghubungi Jungkook, buat komplen apa yang sudah berlaku.
Beg di atas katil disangkut ke bahu dan Ella mengamati seluruh ruang bilik buat kali terakhir. Terlalu kerap. Dia sedar bahawa dia terlalu kerap berpindah-randah sepanjang hayat yang dia ada. Ia bukan satu perkara yang asing lagi.
Dia berjalan ke arah pintu, yakin bahawa tiada sebab lagi dia perlu menoleh. Tombol dipulas kemudian tup! Pintu ditutup. Kosong.
Jimin sedang mendaki anak tangga terakhir sebaik sahaja dia berpaling. Segaris senyuman melekat di bibir lelaki itu.
"Hei." Ella menegur. Nadanya lebih riang berbanding yang dia niatkan.
Dia perasan akan pakaian Jimin. Terlalu kasual. Anak matanya bulat. Wajah Jimin direnung. "Awak takkan ikut balik?"
Jimin tersenyum lebih lebar lagi, seakan-akan sudah menjangka bahawa Ella akan mengajukan soalan tersebut.
Kepala digeleng, dan dia menjawab, "tak. Saya takkan ikut balik sana."
Sebarang macam teori yang muncul di kepala Ella simpan buat diri sendiri walaupun dahinya sudah lebih dari cukup untuk memberi bayangan bahawa dia sedang menilai itu ini.
Faye membiarkan Jimin tinggal di sini?
Hidup manusia dia sekelilingnya semakin menghairankan.
"Oh." Hanya itu yang terlepas di balik ruang antara dua bibirnya.
"Saya datang nak ucapkan selamat tinggal. Itu saja."
"Tak. Jangan selamat tinggal. Saya rasa kita akan jumpa lagi, kan?"
"Ya, kalau awak balik sini lagi. Tapi saya rasa tak."
"Siapa tahu?"
Jimin melepaskan tawa yang kedengaran sama seperti mendengus. Kemudian dia menyelukkan tangan kiri ke dalam poket seluar. "Kalau macamtu, jumpa lagi. Ah, dan kembar tu dah racing pergi luar."
Petanda bahawa dia perlu segera bergerak dan turun ke bawah.
"Terima kasih."
Ucapan tersebut keluar secara spontan. Senyuman Jimin hilang, air muka tenangnya digantikan dengan kekeliruan.
"Untuk?"
Ella mengangkat bahu, "saya tak tahu. Tapi, terima kasih."
"Okey? Sama-sama."
Tawa mereka bersatu.
"Okeylah. Saya pergi dulu. Jumpa lagi."
"Jumpa lagi."
Ella memegang tali beg sandangnya dengan sebelah tangan. Senyuman terakhir diberikan kepada Jimin, lalu dia turun ke tingkat bawah.
Perjalanan pulang ke Seoul bermula sekarang.
YOU ARE READING
❪ DISCONTINUED ❫ 🕯 ─ ❝ 블러디 메리 ❞ | 魔鬼 Healer Killer : Bloody Mary ♡
Horreur[ ⚠ TRIGGER WARNING ⚠ ] © lastsarang | January 2022 ❝ Hell is empty, and now all the devils are here. ❞ 爱 ─ Boy With Luv Episodes : Volume 1 Part III All Rights Reserved Mereka harus menang, tidak kira apa jua cabaran yang datang. ✤ Date of Publishm...