EPISODE FOUR
KARINABeberapa hari selepas tahun baru, bandar tempat dia berkeliaran ini penuh dengan orang ramai biarpun cuaca agak sejuk. Dia sendiri memakai baju yang tebal untuk menghalang angin dingin menggigit tulang. Dia berjaya mencuri wang dari beberapa orang manusia yang cuai. Dia bersyukur sekarang dia dilatih sebagai seorang perisik, sebelum belajar di akademi.
Berapa sudah umurnya sekarang? 19 tahun? Ya. Mungkin. Dia tiada perasaan langsung. Dia berharap boleh pergi ke Seoul. Namun dia tidak bersendirian. Jadi agak sukar untuk dia bergerak bersama seorang gadis yang separuh gila.
Karina kembali ke sebuah kawasan lorong yang senyap, tidak ramai orang. Duit yang berjaya dicuri disembunyikan di tempat-tempat berlainan, di sebalik kasut, poket, bahagian pinggang seluar, di bawah topi dan tempat paling selamat dia dapat fikirkan, di sebalik bra. Dia sendiri tak pasti kenapa dia perlu bertingkah begini, tapi yang pasti, dia tidak pernah rasa selamat selepas melepaskan Alice pergi. Buat bebarapa minggu pergerakannya begitu ringan dan yakin. Tapi dia bukan tuan sebenar. Dia sedar diri.
Dengan langkah yang cukup berwaspada, dia berjalan.
Sebelum waktu salji pertama turun di akademi tiba, Karina terbangun secara mengejut di atas katilnya. Sesuatu yang berapi dan terang mengepak-ngepakkan sayap di tingkap. Dia duduk dan menyelak jendela. Seekor burung phoenix sedang memandangnya kembali. Karina rasa kagum pada masa itu, tetapi perasaan tersebut ditenggelamkan dengan rasa tidak senang, muncul tanpa sebarang alasan. Phoenix mengingatkan dia terhadap Jungkook. Mentornya yang sudah tiada.
Kemudian dia nampak Alice memunculkan diri, dalam bentuk rantai di permukaan ambang bawah tingkap. Alice berkata yang dia perlu melepaskan diri, itupun sekiranya dia rela. Sebab kenapa tidak diberitahu. Karina teragak-agak. Di akademi, dia begitu selesa. Namun entah bagaimana, dia sudah terbang keluar dari tingkap, memegang bulu panjang di bahagian belakang milik phoenix tadi. Alice dipakaikan di batang leher.
Dia dibawa merentas sebuah lautan. Kemudian dia nampak rupa sebenar penjara akademi yang sebelum ini cuma didengar melalui cerita sahaja. Sejenis makhluk berkerudung hitam diperbuat daripada asap melayang di mana-mana. Namun cahaya terang sang phoenix menakutkan mereka, membuatkan mereka beralih secara paksa.Karina meletakkan kaki di atas permukaan berbatu yang tidak rata. Dia tidak pasti apa yang perlu dia lakukan, tapi dia menuju ke hadapan, mengikuti arah mana sang phoenix terbang. Jantungnya berdegup kencang. Rasanya bagaikan seperti sedang mengikut jejak langkah mentor yang sudah meninggalkannya. Meninggalkan semua orang.
Di dalam, Karina melintas berpuluh-puluh sel berisi banduan. Semua mereka kelihatan pucat, kurus...mayat hidup. Cahaya terang yang dibawa oleh phoenix di hadapan seakan-akan membutakan. Sudah berapa lama masa berlalu sejak kali terakhir mereka disinari dengan cahaya sebenar?
YOU ARE READING
❪ DISCONTINUED ❫ 🕯 ─ ❝ 블러디 메리 ❞ | 魔鬼 Healer Killer : Bloody Mary ♡
Horror[ ⚠ TRIGGER WARNING ⚠ ] © lastsarang | January 2022 ❝ Hell is empty, and now all the devils are here. ❞ 爱 ─ Boy With Luv Episodes : Volume 1 Part III All Rights Reserved Mereka harus menang, tidak kira apa jua cabaran yang datang. ✤ Date of Publishm...