Part 2

507 21 0
                                    


Menempuh segala
Cinta dan rindu
Kasih dan syahdu
Diam dan membisu
Jangan biarkan terus begitu...

Sedang enak aku menyanyi sambil melayari laman insta sambil tertiarap.. Bukan apa saja tengok gambar2 pria hot gitu.. Bunyi ketukan pintu bilik membuatku menoleh sedikit..

Addan : " Masuk..." laung ku lagak macam bilik aku saja.. Padahal menumpang.. Hahhahaa..

Muncul wajah dani dengan senyuman kerang busuknya. M

Dani : " Dan, kau belum nak tidur kan?"

Addan : " Kalau kau nampak aku dah pejam mata tidur la tu.."

Dani : " jangan nak tidur lagi.. Bukan aku tak tahu kau jenis burung hantu.. Eh Dan, aku nak tanya sikit.."

Addan : "Sikit kau tu Dan aku percaya banyak jugak jadinya nanti..."

Dani : "hehhe.. Tak aku musykil sebenarnya sekarang.. Kau buat apa dekat kampung aku ni.. Seorang interior designer duk melangut kat kampung aku pasai pa? Tak masuk akai tahu dak.. Ke kau lari rumah.."

Addan : " Untuk pengetahuan encik Dani la ye, aku dihantar oleh ayah aku untuk wakil urus beli tanah hujung kampung tu.. Ayah berkenan nak buat rumah rehat kat sana...lari rumah? Kau ingat aku ni budak2 ke nak lari rumah bagai.. "

Dani :" hahaha.. Baru tahu.. Kau bukan leh percaya sangat..otak kau kan tak berapa nak center.. "

Addan :" Habis otak kau center la.. 2 kali 5 ja.. Kalau aku sengal kau lagi sengal tahu.. "

Addan :" Eh dan.. Nak tanya ni.. Kau jangan kecik hati ey.. "

Dani : " Tanya ja la.. Sebelum aku tanya 1001 soalan yang bermain diminda ku ini"

Addan : "memang dak la aku nak layan soalan 1001 kau tu.. Tak aku nak tanya ok ke kerja kat kilang rempah tu? Aku ajak kerja dengan aku kau taknak.. Nak dekat dengan kampung la"

Dani : "ok la.. Bos pun baik.. Heh kau ingat aku kerja babu kat kilang tu ka? Aku kerja sebagai pegawai pemasaran kot.."

Addan : "Sapa bos kau kat sana Dan!?"

Dani : " aku sebut pun macam kau kenal.. Eh Dan kau berapa lama kat kampung aku ni.."

Addan : "Soalan macam nak menghalau ja ni.."

Dani : "ada gak aku sepak orang sat gi ni.. Aku tanya ja.. Untung2 lama ada gak teman aku.."

Addan : " Sebenarnya sampai projek siap.. Tapi aku pinjam rumah kau ni sebulan ja.. Sementara cari rumah sewa kat sini.."

Dani : "mengada kau nak cari rumah sewa bagai.. Takde.. Aku tak izinkan.. Duduk je dengan aku.. Bilik ni memang kosong... Kau macam tak biasa dengan mak ayah aku.."

Addan : " memang itu lah aku mahu Dan oi.. Tapi kau faham2 la ayah aku macam mana.. Mana dia kasi aku susahkan org lama2.. Awal2 bagi arahan tau.. "

Dani :" Nanti aku slow talk dengan ayah hang.."

Addan :" semoga berjaya la ye.. Aku dah putus asa cakap kat dia.. Dalam lembut bicara ada degilnya terselit.. Setegheshhh.. "

..................................................................................

Aku memarkir kan kereta ditempat khas untuk pelawat..melilau mata memerhati tempat kerja Dani..aku ingat kilang cikai ja maklumlah dekat kampung kan..

Addan :" Besar gak kilang ni.. Rempah apa yang dia buat ey.. Kenapa aku tak tahu wujudnya jenama ni? Eh masak pun tak pernah mana nak tahu rempah bagai.. Hahahah"

CINTA TAK PERGI (complete) Where stories live. Discover now