Part 6

545 28 0
                                    

Daun pintu ku tutup rapat.. Tak terasa 2 jam berlalu lepak dengan si Dani.. Baru aku hendak masuk ke bilik terpandang Faliqh duduk di sofa dengan wajah ketat..
Dia ni kan muka ketat pun hensem.. Lahai parah dah angau ni..

Aku mengorak langkah mendekatinya..

Addan : "Lama dah awak sampai?"

Dia tidak menjawab soalan aku..

Faliqh : " Kau pergi mana?"

Addan : "Pergi rumah Dani.."

Faliqh : "Siapa benarkan kau keluar tanpa berteman? Lupa dah syarat kau"

Addan : " eh saya minta izin ibu la sebelum keluar.. Ibu izinkan.. Lagipun ke rumah dani je.. Sebelah je..jangan la risau sangat.. Tak mati punya....hahhaha..."

Faliqh : "Kau boleh tak serius sikit pasal keselamatan kau? Kan aku dah kata jangan keluar sorang2.. Kau bodoh ke apa tak boleh nak fikir.. Kalau kau kena apa2 tadi aku nak jawab apa dengan ayah kau"

Terkejut aku mendengar amarahnya.

Addan : " Yang awak nak marah sangat ni kenapa? Saya selamatkan sekarang ni.. Tak payahlah kecoh2.."

Faliqh : "Kau tahu tak kau langgar janji kau.. Kau ni manusia apa ha? Mudah berjanji tapi tak tepati.. Bodoh sangat ke kau tak boleh fikir semua tu?"

Sakit sangat hati aku mendengar kata kata yang keluar dari mulut dia..

Addan : "Ya saya tahu saya dah langgar syarat dan janji saya... Tapi apa hak awak nak kata saya macam tu? Bodoh? Ye saya sebab terima syarat awak tu.. Awak pernah tak fikir perasaan saya macam mana? Saya terkurung dalam rumah ni dengan syarat awak tak kena tempat tu.. Nak buat kerja saya pun awak tak benarkan.. "

Dia menoleh kearah ku. Jatuh setitis airmataku..

Addan :" Dah alang2 saya langgar syarat ni apa kata awak halau je saya dari rumah ni.. Itu kan yang awak nak.. Saya tak bodoh lagi nak faham maksud awak.. "

Aku terus berjalan laju menuju ke bilikku.. Pintu ku kunci.. Perlahan tubuhku melorot bersandar pada pintu..airmata ku makin galak keluar.. Perlu ke marah aku sebegitu?

Nak halau tu cakap je la.. Aku faham kot...
Ingat aku bengap sangat ke.. Duk ungkit syarat tak berhati perut dia tu..arghhh menyesal aku cintakan dia.

..................................................................................

Mata ku buka perlahan. Aku tenyeh sedikit mataku... Pukul berapa dah ni? Tak sedar terlelap di hadapan pintu.. Mak ai pukul 8 malam.. Lama gak aku terlelap.. Tanpa berlengah aku kemas baju2 ku ke dalam bagasi milikku..
Yelah dah orang halau kena la sedar diri...

Usai kemas aku terus melangkah keluar bilik.. Muncul wajah ibu yang risau di ruang tamu...

Makcik Kiah : "Dan nak pergi mana ni? Dan jangan lah macam ni... Faliqh terlepas kata tadi.. Takde niat nak halau dan... Maafkan dia ye nak.. Lagipun dah malam bahaya Dan.."..

Addan : " Dan minta ibu halalkan makan minum Dan selama tinggal disini.. Dan sayang ibu. Izinkam Dan pergi ey... ".. Aku terus melangkah keluar pintu.. Setiba di kereta ku terbeliak mataku melihat tayarnya yang sudah kempis.. Kalau satu tayar takpe lagi.. Ni ke empat empat tayar kempis.. Ni mesti kerja mamat adabi ni. Saja cari pasal dengan aku.. Tunggu kau..

Aku masuk ke rumah semula.. Melihat ibu yang menangis di ruang tamu aku mendekati..

Addan : "Ibu janganlah nangis. Dan tak pergi pun. . Saja berdrama dengan ibu.. Hehehe.."..

Ibu cubit pipi aku..

Makcik Kiah : "Janji jangan pergi tau.. Sunyi ibu kamu takde nanti.. Faliqh tu bukan nak layan ibu.. Sibuk memanjang.."

Addan : "Ye.. Jap bu Dan nak balas dendam kesumat dekat anak ibu soramg tu jap.."..

Makcik Kiah : "Ada2 ja kamu ni.."...

Tanpa menunggu aku terus ke bilik dia mengetuk pintu serupa mahu merobohkan..

Pintu dibuka terus aku tolak tubuhnya dan masuk kedalam. Pintu ku kunci.. Tak nak ibu dengar pertangkaran kami..

Faliqh : "Apa ni masuk bilik orang tanpa izin.."

Addan : "Tak payah nak drama sangat la.. Awak saja kan pancitkan tayar kereta saya.. Kenapa? Benci sangat dengan saya ke sampai macam tu sekali awak buat kat saya.."...

Faliqh : "Ok aku minta maaf pasal tadi dan tayar kereta kau.. Aku taknak kau pergi.. Aku terlepas kata petang tadi.. Aku risaukan kau.. Dengan amarah aku aku terlepas kata.."..

Addan : "Ingat saya kisah dengan kata2 awak.. Awak dah pun berkata terpulang la pada saya nak maaf ke tidak.. Sekarang saya nak awak settle tayar kereta saya esok.. Tak mature nya pedajal kereta orang... Jadi lelaki la sikit.."

Faliqh : "Kau cabar aku ke apa ni? Kau nak tengok aku jadi lelaki?"

Addan : " Yes i dare you Faliqh Wadhi.. Saya cabar awak tumbuk saya untuk lepaskan marah awak tu.."

Dia mendekati aku terus menarik kepalaku mendekati wajahnya.. Terus bibirnya mendarat di bibirku.. Bibirku dipagut kemas oleh bibirnya..

Tergamam aku dibuatnya. Terus hilang amarah yang aku kumpul sejak tadi..

Jam berlalu perlahan dia leraikan tautan bibir kami..

Faliqh : "Aku taknak cederakan kau sebab apa? Sebab aku cintakan kau.. Aku tahu perasaan ni salah.. Tapi hati aku dah pilih kau.. Hanya kau. Sebab tu aku naik hantu risaukan kau... Aku betul2 risaukan kau Addan... Kau boleh pukul aku atas perbuatan aku ni tapi tolong jangan pergi dari aku... Aku nak pastikan kau selamat depan mata aku. "..

Aku melihat wajahnya..tak ku sangka dia juga punya rasa ini..

Aku tersenyum segaris.. Perlahan aku dekatkan jarak kami.. Bibir kembali bertaut.. Lama kami bertikam lidah menahan arus cinta dihati masing2..

Addan :" saya cintakan awak mamat adabi yang selalu ada untuk saya..."

Dia membawa aku dalam pelukan..

Bersambung...

Notes : "Panjang lah pulak cerita ni.. Hahaha.. Sorry ey..

CINTA TAK PERGI (complete) Where stories live. Discover now