Cinta Tak Pergi
Watak :
1) Faliqh Wadhi (T)
2) Addan Munsy (B)Addan POV
Kaki melangkah keluar dari kereta yang telah dimatikan enjinnya.. Terus aku melangkah menghampiri tangga rumah kayu tersebut..
Addan : "Assalamualaikum.."
Tak sampai 5 minit salam ku berjawab.. Muncul wajah yang lama sudah tidak singgah di penglihatan ku..
Dani : " waa...." terus terkelu lidahnya. Mata membulat melihat aku..
Aku ukir senyum lebar..
Addan : " suprises.... I'm back... "
Dani mendekati aku... Terus menjerit seperti kerasukan...
Dani : " Addan ke ni? Omg balik pun kau... Aku rindu kau Dan...".
Dia memeluk tubuhku.. Dia nilah merupakan sahabat baik ku waktu sekolah menengah dulu..Addan : "Aku rindu kau juga Dan kuasa 2..hahhaa.."
Dani : "Eh jap.. Kau buat apa kat kampung aku ni? Setahu aku KL nun jauh disana..."
Addan : "Hehhee... Aku ada kerja sikit kat sini.. Boleh dak aku tumpang rumah kau sementara kerja aku selesai... Kalau kau sudi la.. Kalau kau tak sudi aku sewa homestay la jawabnya.."
Dani : "Ceh... Ayat takleh blah.. Kau sewa homestay aku declare putus kawan.."
Addan : "Ni aku sayang kau ni. Ni bila agaknya kau nak jemput aku masuk ni.. Lenguh kaki berdiri ni.."
Dani tepuk dahi..
Dani : " Teruja jumpa kau sampai lupa jemput masuk. Masuk2.. Buat macam rumah sendiri.. Mak dengan ayah aku ada kat kebun sekarang ni..."
Addan :" Patut sunyi je rumah kau... "...
................................................................................
Damainya suasana kampung.. Petang2 kayuh basikal macam ni sungguh menenangkan.. Aku saja pinjam basikal ni dari Dani sebab lama tak bawak basikal..
Tengah2 aku syok kayuh tu sekawan angsa duk serang aku.. Aku apa lagi pecut la... Punya laju aku kayuh basikal tu...
Sampai di satu simpang aku hilang kawalan...basikal aku merempuh sorang mamat sampaikan dia jatuh ke dalam petak sawah padi..Nasib aku jatuh tebing ja.. Aku lihat dia yang sudah berkubang...
Faliqh : "Kau reti bawak basikal ke tak ni? Kalau aku arwah tadi macam mana?"
Addan : "Maaflah bang.. Tak sengaja langgar. Brake tak makan... Abang ok ke?"
Faliqh : "Kau tengok aku ok ke tak sekarang ni? ...badan aku dah berkubang gara2 kau bodoh"
Err tau la marah tapi ayat tu cuba la manis sikit
Addan : " ala kotor boleh cuci kan.."..
Faliqh : "apa kau kata?begini ke akhlak kau bila buat salah kat orang? Takde akhlak.."
Ya Allah mulut dia ni..
Addan : "Excuse me saudara, saya tak sengaja.. Lagipun saya dah minta maaf kan.. Tak payah la MANIS sangat ayat tu bahasakan orang.."..
Faliqh : " Aku tak pernah tengok kau kat kampung aku ni... Kau pendatang ada hati nak cari pasal dengan aku.."..
Aku gulingkan mata keatas.. Sakit otak melayan mamat ni..
Addan :" Whatevers...Sambung la bebel kot2 padi2 tu nak dengar. Saya nak balik dulu.. Dah senja dah.. "
Ee.. Patutnya aku langgar guna lori tadi tak pun jentolak...
..................................................................................
Dengan berbekalkan amanah ayah aku berdiri lama rumah kampung yang tersergam indah.. Ya uniknya rumah ni.. Cantik..
Addan : "Assalamualaikum...."
Bunyi pintu dibuka makin lebar senyuman ku...
Si Dia : "Waalaikumussalam...". Muncul lelaki lewat 20an. Wajahnya series nak mati..
Hrmmmm dari susuk macam pernah ku lihat.. Tapi dimana ya? Pelanduk 2 serupa barang kali..
Addan : "Abang, ni rumah Haji Sabri ke?"
Dia asyik merenungku tajam.. Bagai mahu dikunyah.
Dah kenapa pandang aku macam tu? Aku berbogel ke sekarang ni? Aku tunduk pandang tubuhku.. Sempurna diselaputi baju... Eeeee
Addan : "Excuse me.. Pekak ke?"
Si Dia : " Datang rumah org buat perangai sombong pulak... Ada ke tetamu panggil orang rumah pekak? Kau je tau.. Tak ada adab.."
Addan : " Dah saya tanya tak jawab.. Saya tanya la pekak ke idok.. Kot pekak boleh saya praktis bahasa isyarat.. "
Si Dia : " Kau beradab sikit kat rumah orang boleh? Kalau tak sila berambus.. "
Addan :" Eh awak pun tak beradab dengan tetamu.. Ada ke patut biarkan tetamu tunggu lama kat luar ni.. Panas tahu... "
Si Dia :" Aku lesing jugak kau ni kang.. Dah la hari tu kau selamba ja tinggal aku lepas langgar aku.."
Langgar? Setahu aku mana ada aku langgar lari org..
Addan :" Eh eh jangan nak sebarang tuduh ye.. Selama saya hidup tak pernah lagi langgar lari orang tau... Boleh jatuh fitnah.. Saya boleh saman awak.. "
Si Dia :" Saman la kalau berani.. Aku ada bukti kau langgar aku.. Tu depan basikal kau kemek tu kesan langgar aku hari tu.. Kesan lumpur pun masih kat tayar basikal tu.. "
Dia menunjuk pada basikalku.. Eh basikal dani... Hehhe..
Larhhh mamat loklak ni rupanya.
Addan :" Owh awak la ye yang saya langgar guna basikal tu... Patut macam kenal je rupa badan. Cuma muka tak ingat sebab time tu muka awak ade lumpur.. "
Si dia : "Tu je kau cakap.. Excuse me? Adab mana adab..."
Eh dia ni dari tadi adab 2..beradab la sangat.
Addan : " adab dekat kilang adabi... Dah tu saya nak cakap apa? Hai saya yang langgar awak hari tu? Nama saya Addan.. Awak siapa nama? Macam tu?"
Si dia :" kau berambus..semak tengok muka kau.. "
Eee selamba halau aku..
Addan : "Kalau saya taknak? Saya nak jumpa Haji sabri bukan dengan awak.. Ingat saya tak semak ke tengok muka awak.. Kacak lagi selipar saya kot.."
Si Dia : "Kau kata apa? Lancang sangat mulut kau datang rumah orang..."
Haji sabri : " Faliqh apa yang kecoh tu..Atuk solat pun tak senang..."
Muncul wajah tua seorang lelaki... Nilah kot Haji sabri. Segak walaupun dah berumur..
Wait.. Faliqh Rupanya nama mamat adabi ni..
Addan :" Assalamualaikum atuk.. Saya Addan.. Ayah saya syukri.. Mai ni nak bincang sesuatu.. "
Haji Sabri :" la ayah hang dah habaq anta wakil.. Awat hang tak jemput dia masuk Faliqh?"
Addan : "Dia duk sibuk soal siasat saya atuk..."
Terus dia menjeling tajam.. Ingat aku kisah..
Haji Sabri : " Mai la masuk.. Faliqh hang tak keja ka? Senang nya lepak rumah atuk ni?"
Faliqh : " Keja... Ni mai hantar lauk ibu bagi tadi..Faliqh pergi dulu atuk ya.. "
Ketika melintas aku, sempat aku berbicara dengan nada perlahan..
Addan : " Ingat rumah dia.. Rupanya rumah atuk.. Eksyen je lebih.. ".
Faliqh :" Kau cakap apa? "
Terus aku mengorak langkah laju mengikut atuk..
YOU ARE READING
CINTA TAK PERGI (complete)
RomanceKisah percintaan Addan dan Faliqh... Cerita ni saya publish balik dari cerpen tu versi yang lengkap..