14

8 0 0
                                    

Mingi POV

Aku tarik Yonghwa keluar dari kelas kemudian terus tarik dia masuk dalam kereta. Aku call Seongjoo yang Yonghwa sakit since Yonghwa ada kelas petang dengan Prof Kim. Aku terus bawa kereta ke suatu tempat yang tenang..... Yang hanya aku tahu Lee Yonghwa pergi untuk nangis.

Sebaik sahaja sampai, aku minta dia turun lepas tu minta dia ikut aku. Kami sekarang ada kat sebuah tempat yang sunyi.... Tak sunyi mana pun. Tempat ni nampak tenang gila. Aku tahu kenapa dia pilih tempat ni sebagai tempat dia tenangkan diri dia. Taman Yeouido, tempat yang tenang dan cantik. Selalu tempat ni tempat orang. Satu bangku yang selalu dia duduk dekat tepi sungai tu.

"Tempat ni.... Macam mana awak...."

"Aku selalu nampak kau bersedih kat sini. Lagipun setiap kali dorang buli kau dulu, kau lari kat sini, menangis sorang-sorang. Aku kalau tahu kau sedih, mesti cari awak kat sini." Ops! Ish! Mingi! Mulut kau ni!! "Eh jangan salah faham eh, saya risau je. Mana lah tahu kalau awak buat benda tak elok, kan?"

Yonghwa tergelak kecil. "Bunuh diri? Saya ni bijak tahu, tak adanya nak bunuh diri ni. Mengarut." Ujarnya. Lalu muka aku di padangnya seketika.

Aku perasan yang Yongha termenung melihatnya. Satu senyuman diukir di bibir lelaki itu. " Kenapa? Muka aku ni ada benda pelik ke?" soalku sambil mengusap rambut si gadis itu.

Tiba-tiba Yonghwa peluk aku. Aku agak terkejut tetapi aku peluk balik sebab aku tahu yang gadis itu perlukan pujukkan seseorang. Yonghwa lepaskan pelukkan mereka. " S-sorry...Tak senonoh perangai saya tadi." Ujarnya.

Aku geleng lalu tarik Yonghwa dalam pelukkan. "Yonghwa, selama aku kenal kau.... Tak pernah sekali pun aku tengok kau nangis." Kepala Yonghwa diusap lembut. "Kau luahkan je semua yang kau pendam selama ni. Okay?" aku usap kepalanya dengan lembut.

Kemudian dia peluk aku balik, aku pun balas pelukkan dia, aku gosok-gosok belakang dia dengan lembut. "Anne, aku..... aku risau sangat masa kau hilang. Kau pergi mana Anne?" Soal Mingi.

"Saya pergi Macau. Saya sengaja daftar sekolah tu. Ambil ujian untuk masuk ke sekolah di Macau. Dapaat lulus. Mulanya saya nak tolak tapi sebabkan oppa kata ada peluang belajar yang elok, lebih baik saya pergi. Hari tu.... hari akhir kita jumpa dekat sekolah, sebenarnya saya nak bagitahu hal ni. Tapi..... tak sangka pula. Rasa tidak rela pada awalnya tiba-tiba berubah jadi tekat tanpa ragu." Katanya dengan perlahan pada akhir. Jujur hatinya masih sedih dan kecewa. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut Yunho amatlah menyakitkan.

Mingi hanya berdiam. Dia tidak tahu apa yang mahu dia katakan. "Mingi.... masa tu.... awak, Yunho dan yang lain ada kat atas. Masa tu awak semua buli budak tu ke?" Soalnya. Jika betul kawannya itu seorang pembuli, maka dia akan menjadi orang pertama yang akan halang kegiatan mereka di kampus.

Mingi geleng kepalanya. "Kami tak buli dia pun. Aku pun baru sampai atas roof bila mereka panggil. Bila sampai tu aku nampak mereka dah pukul budak tu. Aku pun pelik, kenapa dia nak buli budak pula. Setahu aku, mereka tak pernah membuli. Aku tanya mereka, mereka kata budak ni....mengintai. Budak ni rakam budak perempuan kat sekolah bila dorang tengah tukar baju. Urgh... pervert. Aku pun marah juga. Tapi aku tak pukul dia sebab aku dah nampak teruk budak tu kena." Jawabnya.

Anne keliru. "Dia tak buli? Maksudnya apa yang dia katakan saya masa tu......betul atau dia sengaja?" Soal Anne.

Mingi angkat bahunya. "Kau pun tahu Yunho tu handsome, ramai peminat kat sekolah. Jadi reputation dia tinggi. Kau pula selalu ada dengan dia, rapat macam isi dengan kuku. Ramai lah pikir kau ada perasaan dengan dia. Dorang katalah kau ni gemoklah, hodohlah, tak padan dengan Yunholah, kau tak layaklah. Tambah dengan keluarga kau yang tak kaya tu. Kau faham-faham jelah mulut manusia ni. Jadi Yunho segan berada dengan kau. Aku rasa masa tu dia ambil kesempatan untuk jadi bad boy dan terus benci kau. Kau perasan kan yang mula-mula dia elok jumpa kau, lepas tu marah kau untuk small things, mula kata benda kasar, pastu bagi kau cold treatment. Dah tu elok kau nampak dia pukul orang, otak geliga dia tu mulalah nak buat kau benci dia juga. Laju je otak 5G dia tu jalan nak buat kau benci dia. Dengan San dan Yeosang kutuk kau, lagilah otak 5G jadi 10G. Laju bebenor." Perli Mingi.

Anne tergelak kecil apabila mendengar perlian Mingi. Yunho memang budak bijak dan idea selalu pertama yang dikeluarkan. Baru tengok soalan terus ada jawabannnya. Sebangai pelajar yang pandai, Anne juga kadang-kala tercabar dengan Yunho di zaman persekolahan mereka.

Yeosang mendekati Seongjoo. Kalau bukan sebab alasan Seonghwa mengajak mereka berdua makan malam, tiadanya gadis itu berjumpa dengan Yeosang

Seonghwa yang melihat mereka, perlahan berdehem. "Makan, kalau makanan sejuk jangan nak salahkan waitress eh. Aku tanpar sekor-sekor." Ujar lelaki itu.

Yeosang memandang Seonghwa. "Hyung, aku tahu nama panggilan kau angry bird, tapi tak perlulah-" ayatnya terhenti apabila melihat wajah lelaki itu yang memandangnya dengan pandangan maut. Dia terus memandang ke arah lain, mengelak dari bertembung mata dengan Seonghwa. Seongjoo senyum sindir selepas pandangan tajam abangnya mode on.

Anne's POV

Aku keluh berat selepas selesai kelas pertama. Kemudian mata aku kesan susuk tubuh Yunho yang sedang menuju ke arah aku. Aku biarkan lalu kemas barang aku dan hiraurkan Yunho yang berada di samping aku.

"Yong- Anne, saya nak cakap sesuatu." Katanya, tapi aku tidak terus respon.

Aku bangun lalu keluar dari kelas, Yunho membuntuti  aku seperti anak anjing. "Musuh ada benda apa yang elok dibualkan?" Soalku dengan nada dingin langsung tidak memandangnya.

"Anne.... aku- pasal hal kau adalah Yonghwa.... tapi macam mana??? Yonghwa yang saya kenal-"

"Gemuk, hodoh, miskin?" Dia memotong ayat Yunho. Melihat riaksinya yang terdiam seperti mengatakan apa yang dinyatakan semuanya benar. "Saya malas nak cakap dengan awak." Kemudian dia membuka langkah.

"Anne! Bagi aku jelaskan!" Jeritnya apabila susuk tubuh gadis itu sjauh dari dirinya.

Yunho kejar gadis itu tetapi jarak mereka agak jauh. Kemudian dia nampak Anne masuk ke dalam kereta Mingi dengan senyuman lebar. Yunho mengekuh apabila kereta milik Mingi hilang dari pandangan.

"Song Mingi...." keluhnya.

Seseorang menepuk bahu Yunho, menarik pandangannya. Tidak lain dan tidak bukan, Choi San dan Jung Wooyoung. Dua sahabat baik yang dikenali sebagai cute friendly couple oleh pelajar kampus.

"Patutlah setiap kali aku tengok Anne, aku rasa macam kenal je." Ujar San. Wooyoung angguk tanda setuju.

"Yunho, aku dengan San dah minta maaf dekat Anne. Kami dimaafkan. Yeosang... dia pun dah jinta maaf. Sekarang dia tengah usaha pujuk Seongjoo pula." Ujarnya.

Lelaki tinggi lampai itu memandang mereka pelik. "Apasal korang minta maaf, senang je dia maafkan?" Soalnya. Sedangkan dia minta maaf, susah untuk diterima gadis itu.

"Ikutkan, kami bukannya jahat pada Yonghwa dulu. Layan dia sama macam kau layan dia dulu. Dah kau tu yang tak boleh terima bila orang gosip kau ni selera KO, mulalah kau ada firasat nak benci dia. Sampai kami pun terjebak." Terang San.

"Lagipun Jung Yunho, kau kenal dia dari kecil. Kau paling rapat dengan dia. Tambahan lagi, dia suka kau. Mestilah dia marah sangat. Kau libatkan keluarga, makin membaralah api dia." Tegur Wooyoung.

Yunho hanya mengeluh lalu mengusutkan rambutnya tanda geram. "Eh sudahlah korang ni. Tak membantu betul!" Kemuian lelaki itu meninggalkan dua sahabatnya dalam kekeliruan.

"Apa masalah dia ni?" Soal San.

"Orang tak terima fakta memang macam tu. San, kita makan tteokbokki nak? " tiba-tiba dia teringin makan tteokbokki di suatu sudut kedai berdekatan yang dijual olehseorang nenek.

"Ha marilah kita."

TBC

Ha lama aku tak update. Busy menanjang. Hahahahaja. Korang sabar ya. Lepas ni aku akan update lagi but! 3 minggu ni tak kot. Aku tengah final exam ni. Sorry ya. Bye.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 09, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Not Hating Nor Love - (Not Jung Yunho TVXQ but Jung Yunho Ateez)Where stories live. Discover now