Mingi POV
Hari ni aku tak rasa nak makan break fast bibik buat pun. Muak betul pagi-pagi asyik makan pancake, cherries dengan telur. Dia ingat ni British ke apa?
So aku decide nak pergi cafe milik Anne dengan abang dia dan dua lelaki lain, aku rasa yang lagi tu dorang punya bussiness partner kot. Rasanya Anne ada bagitahu hari tu.
So aku pun masuk dalam cafe, tak sibuk sangat dalam cafe ni. Mybe sebab pagi lagi kot. Hari pun hujung minggu, mestilah ada yang masih terbongkang atas katil lagi, kan?
"Anne... ANNE!" Seorang lelaki memanggil Anne seperti nak marah, tak silap aku dia tu kawan Anne masa Anne pergi Macau kan? Lucas kan nama dia?
"Kenapa?"
"Tolonglah saya ni, mesin espresso ni macam tak bergerak je." Pinta Lucas. Rosak ke mesin tu?
Aku nampak Anne tengah periksa mesin tu. Kemudian dia berdiri tegak memandang ke arah Lucas dengan faceplam. "Tak pasang suis macam mana nak berfungsi?" Pula.... Ingatkan rosak.
"Anne?!" Seseorang panggil Anne tapi dia tak balas sebab sibuk bebel kat Lucas. Comel. "YAH LEE YONGHWA!"
Lee Yonghwa?
Aku pandang Anne kemudian dia pandang ke arah lelaki kacak, Changmin. Artis yang terkenal kerana bekerja di cafe. "Kenapa? Oppa Yonghwa minta maaf kalau hwa buat salah tapi jangan marah." Katanya mengalahkan rap.
Anne tu Yonghwa? Yonghwa yang aku kenal ke? Tapi Yonghwa yang aku kenal bukan orang secantik Anne. Yonghwa gadis gembal dan bulat di mana selalu diejek oleh orang ramai.
Aku kena tanya dia. Anne dengan Yonghwa ni siapa. Perlu ke?
Aku menuju ke kaunter pandang ke arah Anne tepat pada matanya. "Hi Mingi!" Aku pandang dia tepat pada mata. Yonghwa? Mustahil.
"Saya nak..... Ice Americano dan satu potong..." Apa yang Yonghwa selalu masak untuk Ateez yang aku ingat rasa dia? Aku baca menu dessert pada papan. Ada red velvet cake. "Satu potong red velvet cake."
Dia menekan sesuatu ada skrin kemudian bagitahu aku harga. Aku pun bayar kemudian ajak dia berborak. Tak salah rasanya, customer rak ada kat kaunter. Borak sikit lepas tu dia bangun ambil aku punya order then bagi aku.
Dia duduk balik depan aku. Aku decide nak tanya dia fasal tadi. "Anne, tak sangka kita ni cepat rapat kan? Macam dah lama kenal je." Sengaja aku main tarik tali dulu, nak tengok riaksi dia.
Dia tergelak kekok. "Ye? Saya tak rasa macam tu pula." Ujarnya.
Aku makan kek red velvet dia, sumpah rasa sama dengan Yonghwa punya. "Rasa kek ni samalah macam kawan saya punya. Ingat tak yang saya cerita fasal perempuan yang kami pernah buli tu?" Dia dah tersedak air, lepas cepat-cepat cover.
"Ouh tu? Ingat, Seongjoo pun ada cerita fasal fia jiga. Baru niat nak jumpa dia, tak sangka pula dia dah pindah." Kenapa kau tipu, Anne?
Rasanya aku kena tanya soalan maut ni. Bukan aku je yang curious dengan nama sebenar dia. Aku tahu ramai orang Korea sekarang dah buat nama orang putih tapi.... Anne kata dia pernah satu sekolah dengan Seongjoo maksudnya kitorang pun lah, kan? "Anne? Apa nama betul awak eh?" Aku tengoj riaksi muka dia. Nampak gelabah tapi dia cuba cover.
"Ouh nama betul eh? Nama betul saya-"
"Lee Yonghwa." Aku potong kata-kata dia. Terbeliak besar mata dia pandang aku..
"M-"
"Changmin hyung panggil kau Yonghwa tadi, aku dengar dengan jelas." Terus 'ber-aku kau' dengan dia. Dah kenal lama, mestilah aku tak nak formal sangat.
"Mingi, awak nak bagitahu yang lain ke?" Kenapa dia nak sorok lagi.
"Tak boleh?"
Dia mengeluh. "Yonghwa yang dulu dah tak wujud. Sekarang Anne yang wujud. Mingi, saya tak nak Yunho layn saya macam dulu lagi. Saya penat."
"Kau lari dari kitorang?" Dia lari sebab kitorang tipu dia? Sebab kitorang layan dia dengan teruk lepas dia dapat tahu siapa kitorang yang sebenar ke?
Anne geleng kepala dia kemudian pandang aku depan mata. "Memang niat saya dari kecil nak belajar luar negara. Saya tak lari dari korang."
Aku mengeluh. "Boleh tak bagitahu aku niat sebenar kau? Aku janji, aku tak bagitahu sesiapa."
" Saya mengaku jelah, saya memang penat dengar kritikan dari semua orang tapi saya tak kesah semua tu sebab saya tahu tak ada guna pun dnegar semua kritikan tu, tapi bila saya dengar dari orang yang saya rapat dan saya sayang sebagai kawan, awak ingat saya tak terkesan ke?" Air mata dia mula mengalir. Aku pandang ke arah abang dia yang dah pandang aku dengan mata membunuh dia, Lucas pula cuba untuk halang Eden.
"Yonghwa, aku minta maaf sangat dengan sikap aku dulu. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terjebak dengan Yunho. Tapi aku harap kau faham, Yunho tu dibesarkan oleh ibu bapa yang tak peduli perasaan dia." Yunho memang dibesarkan oleh ibu bapa yang tak pedulikan dia, masa dia tadika dulu, dia ada performance tapi parents dia tak pernah datang. Sekolah rendah pula dia kena paksa belajar beful-betul tambah dia kena paksa berlatih piano. Naik sekolah menegah dia kena masuk semua pertandingan piano dan jadi pemain piano national negara, jadual dia sibuk sangat. Highschool pula dia kena belajar betul-betul untuk warisi perniagaa keluarga. Sekarang pula..... Dia nampak bebas sikit tapi masih buat semua yang dia buat dulu. Parents pula tak pernah ada untuk dia.
"Saya tak benci korang, saya cuma takut. Takut kena layan dengan teruk macam tu. Jadi Mingi, tolonglah jangan bagitahu Yunhi dan yang lain pasal saya. Ya?" Kau menderita kerana kami Yonghwa, kenapa aku nak bagitahu dorang? Aku akan tolong kau.
"Selain aku, siapa lagi yanag tahu?" Soal aku mestinya bukan aku sorang yang tahu pasal ni.
"Seongjoo dan Jongho." Jongho pun tahu fasal ni? Patutlah dia rapat je masa Yonghwa jadi Anne.
Tak sempat aku nak kata apa-apa Lucas datang. Muka dia nampak benggang. "Finally someone know about your real identity. I warn you Song Mingi, if you dare to tell anyone about this, not her or her brother gonna kill you but me." Walaupun bahasa inggeris aku teruk tapi aku masih faham lagi apa yang dia cakap.
"Kenapa kau prihatin sangat dengan Yonghwa? Kau suka dia ke?" Dia protective memgalahkan abang kandung Anne sendiri.
"Kalau kau kenal dia dengan iklas, kau akan tahu kenapa kau nak sangat prihatin dengan dia." Katanya kemudian masuk ke dapur semula.
TBC
YOU ARE READING
Not Hating Nor Love - (Not Jung Yunho TVXQ but Jung Yunho Ateez)
Fantastik"Kau jangan ingat aku dekat dengan kau sebab aku suka kau lah! Berangan je kerja kau. Aku dekat dengan kau tu sebab aku nak mainkan hati kau je. Kau ingat sini eh, perempuan yang gemuk macam kau ni tak layaklah nak bercinta dengan aku. Tak ada seler...