❀02❀

33 16 0
                                    

Zara meramas poket baju kurungnya apabila dia tidak menjumpai kunci basikalnya.

"Macam mana aku nak pulang ni." Kata Zara sendiri sambil menyelongkar begnya untuk mencari kunci basikalnya.

"Oi. Cari ni ke?" Tanya Rayyan sambil tersenyum sengat. Dia menunjukkan kunci basikal kepada Zara. Membesar mata Zara apabila dia telah menjumpai kunci basikalnya yang berada di tangan Rayyan.

"Bagi balik." Kata Zara tanpa nada sambil menghulurkan tangan kepada Rayyan. Rayyan menggeleng.

"Tak boleh." Kata Rayyan sambil ketawa. Zara mengerutkan dahi. Apasal tak boleh pula tu aku punya lah.

"Bagitau nama dulu." Kata Rayyan sambil mengangkat kening nya. Zara menaikkan bola matanya keatas. Menyampah!

"Zara." Baru Zara ingin mengambil kuncinya Rayyan menjauh.

"Aiph... Nama panjanglah mak cik." Kata Rayyan.

"Zara Natasyah Binti Raziq" Kata Zara datar. Rayyan mengangguk. Rayyan menjauhi Zara lalu menaikkan tangannya keatas.

"Ambil lah kalau dapat." Kata Rayyan sambil mengoyang-goyangkan tangannya yang memegang kunci. Semakin menyampah Zara dibuatnya.

Zara berjalan mendekati Rayyan lalu mengambil kunci dengan mudah.

"Kalau pendek buat cara pendek." Kata Zara berjalan kearah basikalnya selepas mengambil kunci daripada Rayyan. Tersentap Rayyan dibuatnya apabila dikatakan pendek.

"Mana ada saya pendek. Pendek sikit saja dari awak." Kata Rayyan sambil memandang Zara tajam.

"Huh. Apa apa sajalah saya dah nak pulangni." Kata Zara dia terus mengayuh basikal keluar dari kawasan sekolah meninggalkan Rayyan bersendirian.

"Tunggulah nanti aku akan tinggi dari kau." Tekad Rayyan.

❀ CINTA KITA ❀Where stories live. Discover now